TERKINI :

Friday, August 23, 2013

Di kehendaki Polis Baling - Nan, Muhit, Mior, Md Amin dan Itik

Lima dicari bantu siasatan
Wartawan Sinar Harian

BALING - Polis sedang mencari lima lelaki berusia 20 sehingga 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian motosikal sekitar daerah ini.

Mereka dikenali dengan nama samaran iaitu Nan, Muhit, Mior, Md Amin dan Itik dengan salah seorangnya merupakan bekas tentera yang dibuang kerja akibat kesalahan samun dan penyalahgunaan dadah.

Kumpulan terbabit dikatakan licik dan sering mengambil peluang mencuri motosikal termasuk di kawasan terbuka di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kelima-lima suspek itu dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal apabila polis berjaya menahan seorang remaja berusia 19 tahun kerana terlibat dalam kes berkaitan.

Menurutnya, remaja terbabit ditahan di Kulim kerana dipercayai membuang rangka motosikal di tepi ladang Estet Kupang berdekatan Kampung Rambong.

Penahanan remaja itu berjaya menemukan maklumat baru termasuk mengenai ke lima-lima suspek yang dicari.

Sebelum ini, polis Baling dalam Ops Lejang berjaya menahan dua beradik di Kuala Ketil dan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun di Kampung Asam Jawa kerana terbabit dengan kes curi motosikal.

Mat Daud berkata, kebanyakan rangka motosikal yang ditemui itu sudah diketuk nombor casis, bagaimanapun, polis telah menghantar rangka berkenaan ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

1 comment:

ahlee said...

,

Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...