TERKINI :

Saturday, August 17, 2013

BN KEDAH sedang membersihkan kesan pemerintahan PAS..

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


Sejak dapat memerintah semula negeri Kedah, BN Kedah mula melancarkan program-program membersihkan kesan pemerintahan PAS. Mari kita lihat beberapa pembersihan yang berlaku belum sampai satu tahun pemerintahan mereka:

1) Projek pertanian di kawasan pembalakan.

Kita sedia maklum, kerajaan Mukhriz umum untuk menghentikan sementara pembalakan di kawasan Pedu, Kedah. Alasannya - kawasan tadahan, walhal pembalakan bukan di kawasan tadahan. Sebenarnya, pembalakan telah lama berhenti dan projek pertanian sudah dimulakan di kawasan tersebut. Hanya pengumuman kosong untuk menunjukkan kuasa sebagai MB baru.

2) Projek membersihkan KUIN

KUIN adalah kolej kerajaan negeri sebelum pemerintahan PAS lagi. Tetapi KUIN menjadi projek mega pendidikan semasa kerajaan PAS. Walau apa cara sekalipun, projek ini mesti digagalkan untuk memadam nama baik pemerintahan PAS. Pembersihan di KUIN menjadi sedikit sukar kerana sudah wujud kampus induk yang tersergam indah. Namun pembersihan ini wajib dilaksanakan, kerana sakit hati tidak mungkin dapat diubati jika kampus tersebut dibiarkan. Kursus-kursus yang diperkenal semasa pemerintahan PAS mesti dimandulkan dan dimansuh secepat mungkin sebelum putik masak ranum. Demikian jua kampus induknya!

3) Projek Maahad tahfiz Sains Pulau Tuba, Langkawi

Projek ini sudah diluluskan semasa akhir pemerintahan PAS. Tiada khabar, tiada berita mengenai projek ini. Kawasan yang diwartakan untuk pembinaan sekolah tersebut tinggal lalang tumbuh menjadi semak. batu asas sudah lusuh dek lulu hawa. Ura-ura mengatakan pelajar-pelajar maahad tersebut akan terus pengajian mereka di sekolah sedia ada. Projek Maahad ini lebih mudah dibersihkan kerana belum ada bangunan yang siap dibina seperti KUIN.

4) Projek Aman Central, Alor Setar

Projek ini menjadi isu besar tempohari di media UMno dan blogger-blogger mereka, kerana Surau Salihiah terlibat sama. Asalnya kawasan itu tersergam indah bangunan yang terbengkalai pembinaannya selama 20 tahun semasa pemerintahan BN. PAS menyelesaikannya tidak sampai 2 tahun. Bangunan terbengkalai itu diruntuh dan dibangunkan semula untuk menjadi Aman Central. Terkedu dengan kecekapan pemerintahan PAS, projek ini tidak boleh dibenarkan berjaya. Tup tup... kaboom... jumpa juga isu untuk gagalkan Projek Aman Central...yakni isu Surau Salihiah yang mahu dirobohkan untuk didirikan Aman Central. Walaupun Mufti sudah benarkan, proposal pembinaan surau baru yg lebih besar dan selesa dibentangkan, blogger umno/bn dan media terus mencanang isu mahu berjihan mempertahankan surau Salihiah. Sifirnya mudah, jangan biarkan tugu-tugu indah pemerintahan PAS dibina walau apa cara sekalipun.

Akhirnya BN menang sebelum Aman Central siap dibina. Entah mengapa, pemaju Aman Central tiba-tiba menghentikan pembinaan antara bangunan yang besar dalam Alor Setar yang sudah 80% siap. Tidak dapat dipastikan samada mereka berhenti disebabkan tekanan kerajaan negeri atau undur sukarela, setelah beberapa bulan terhenti, hari ini Aman Central itu dimajukan semula pembinaannya. Ada bangunan, sukar untuk dibersihkan.

5) Pelancaran UTC bakal bersihkan Landskap Alor Setar pemerintahan PAS.

UTC merah biru aman makmur bakal memadamkan Landskap Alor Setar hijau kuning kedah sejahtera. Masih segar dalam ingatan bagaimana kerajaan PAS sebelum ini membentangkan cadangan plan transformasi landskap Alor Setar kepada orang awam untuk dikokmen dan dikritik, selama satu minggu di sebuah pameran di City Point. Kerajaanj negeri waktu itu mahu rakyat turut memberi pandangan mengenai hasrat kerajaan negeri. BN memang, City Point diubah menjadi UTC, dan Alor Setar bakal distruktur semula. Jangan biar kesan pemerintahan PAS dilihat dan dikagumi orang ramai!

6) Projek SULIHH baka menjadi ZIPY

Kerajaan BN sebelum 2008 telah mencadang pembinaan hub petroleum terbesar di kawasan Yan dengan nama ZIPY, zon industri petroleum. Dibantah keras oleh PAS dan rakyat tempatan yang melihat tanah-tanah sawah mereka bakal terkorban. Mereka menangkan PAS. Kerajaan pimpinan PAS membatalkan ZIPY dan membuat MoU baru untuk projek SULIHH, yakni projek yang sama, tetapi berpangkalan di tengah laut Sungai Limau, Yan. Tidak melibatkan tanah sawah - tanah sawan kawasan Yan adalah gred A dan terbaik di seluruh Kedah. Bagaimanapun, pemaju gagal meneruskan projek SULIH kerana masalah keewangan dan tender masih dibuka untuk pelabur baru yang berminat. BN menang semula. Rakyat Yan, Ulu Sedaka, Sungai Limau memilih Jamil Khir BN untuk dimenangkan. Mereka lupa kepada buaya ZIPY yang akan baham tanah sawah mereka. Sifir mudah, SULIHH belum ada bangunan kekal - mudah dibersihkan! Jika ZIPY diteruskan semula...Selamat Maju Jaya penduduk Yan!

7) Projek JKKK kembali

PAS menukar JKKK kepada JKKKP. BN menang, kembali kepada JKKK. Tugas JKKK kali ini lebih agresif berbanding JKKK sebelum JKKKP. Sudah banyak kes ADUN BN dan JKKK BN menunjukkan belang kuasa mereka. Salah satu kes yang diceritakan, Seorang Ahli UMNO dalam kawasan SUngai Limau ditimpa musibah rumah terbakar. Bertemu JKKK untuk bantuan. Mungkin JKKK itu tidak tahu itu orang Umno... terus dia halau. "Pergi minta dengan Azizan lah..hangpa bagi dia menang".

8 ) Projek Persekutuan kini rancak kembali

Selama PAS memerintah, projek-projek persekutuan tertangguh. Kini kembali rancak. Sungguh hebat Mukhriz.

9) Projek peduli hape sama rakyat!

Depan rakyat kampong - pakai jubah, baca yasin untuk Ustaz Azizan. Bentang banner dan streamer sepanjang jalanraya dengan kata-kata indah (mcm kopipes dari FB jer) ikhlas dari Mukhriz. Dia tiga ekor Adun turut mengarang kata-kata pujangga rekaan sendiri yang pening orang nak translate. Ikhlas dari YB Haji sekian sekian... Haji beb untuk orang kampung tengok.

Belakang rakyat - Projek Taman Tema 12 bilion. Undang Artis RM500,000 untuk majlis rumah terbuka. Terbang ke Eropah bercuti sebaik saja jadi MB. Sambutan Merdeka bakal dihidang dengan artis-artis hebat, pecikan dan letupan bunga api bakal menghiasi detik 12 malam merdeka di dataran jam besar sungai petani.

Akan terpadamlah 5 tahun sambutan merdeka detik 12 malam ala PAS - Forum, ceramah agama, nasyid, puisi, ...detik 12 malam dilaukan azan, selawat ... di dataran yang sama!

10) Projek-projek lain dan akan datang, hangpa perhatikan sendiri. Lihatlah dengan prejudis dan kritis, anda akan nampak tembelang mereka. Takziah kepada rakyat Kedah, bravo for orang PAS yang protes PAS... bwahahaha

Sekian!

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...