TERKINI :

Wednesday, August 28, 2013

Barack Obama ziarah Malaysia Oktober nanti...patutlah pemilihan agung Umno depa tunda..!!

Tiada persetujuan TPPA ketika lawatan Obama Oktober ini
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 28, 2013

Gambar fail menunjukkan NGO berdemonstrasi membantah pakatan perdagangan TPPA.Gambar fail menunjukkan NGO berdemonstrasi membantah pakatan perdagangan TPPA.Perjanjian perdagangan bebas yang penuh kontroversi tidak akan ditandatangani ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama datang ke Kuala Lumpur dalam rangka kerjanya pada Oktober depan, kata sumber, selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, ia sedang menjalankan analisis kos manfaat terhadap pakatan itu.

Tetapi, jika Putrajaya bersetuju dengan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) itu selepas kajian selesai dan menerima maklum balas, ia mungkin dimeterai ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke AS tahun depan, tambah sumber berkenaan.

“Tidak akan ada sesi tanda tangan dalam tempoh terdekat ini. Kerajaan bimbang mengenai penolakan terhadap TPPA,” sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau berkata, terdapat juga desas-desus mengenai lawatan Obama pada Oktober, terutama selepas Umno mengumumkan lawatan itu, menyebabkan pemilihan parti ditunda.

“Sesetengah orang tertanya-tanya apa kena mengena Obama dengan pemilihan parti. Jadi, menteri yang juga pemimpin Umno mengendalikan hal ini dengan begitu berhati-hati,” sumber lain berkata.

Najib dijadualkan melawat AS bulan depan sebelum perbincangan penutup perdagangan itu tetapi sumber berkata, Malaysia akan mengambil masa secukupnya sebelum bersetuju dengan pakatan itu.

Peningkatan kritikan dan bidasan keras terhadap TPPA menyebabkan Putrajaya mengambil keputusan untuk menangguh sebarang keputusan muktamad sehingga selesai dua analisis kos manfaat terhadap kesan kepada kebajikan nasional dan industri kecil dan sederhana Bumiputera akibat pakatan itu.

Najib dijadualkan untuk bertemu dengan pengkritik paling keras TPPA iaitu Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), hari ini di majlis jamuan hari terbuka dan semua pasti memandang perbincangan mereka mengenai pakatan perdagangan itu.

MTEM melantik bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai perjuangan mereka untuk memastikan Putrajaya meninggalkan rundingan yang bermula sejak 2010 itu dan membabitkan 12 negara dengan jumlah keseluruhan populasi mencecah 800 juta orang.

Pakatan perdagangan itu, jika ia berjaya, akan mencipta ekonomi terkumpul GDP bernilai USD28 trilion, kata pegawai yang terbabit dalam rundingan. Rundingan itu kini berada dalam pusingan ke-19 dan diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei, minggu ini.

Diserang dengan kritikan daripada pelbagai pihak, Miti semalam berkata, mereka akan lebih terbuka dengan umum mengenai TPPA dan akan mendedahkan kajian kos manfaat perjanjian itu.

“Dua kajian itu akan disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan dan keputusannya akan diumumkan kepada rakyat,” kata menteri di majlis rumah terbuka di Kuala Lumpur dan turut mengalu-alukan kritikan tajam Dr Mahathir terhadap rundingan itu.

Dalam seminar MTEM minggu ini, Dr Mahathir menyelar penyertaan Malaysia dalam TPPA dan menggelarnya sebagai pakatan perdagangan terkawal yang direka untuk melayan kehendak AS. Beliau meminta Malaysia menarik diri daripada rundingan itu serta merta.

Banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) menyerang TPPA kerana kerahsiaannya dan kerajaan mempertahankan pemberian maklumat yang terhad berikutan klausa rahsia dan sulit untuk rundingan berkenaan.

Ketika Hari terbuka Miti pada 1 Ogos lalu, Miti mengekalkan kerahsiaan itu adalah perkara yang masih menimbulkan perbalahan dan kerajaan bertegas ekonomi patut dibenarkan kepada pembabitan SOE mengikut fasa mereka. – 28 Ogos, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...