TERKINI :

Thursday, August 1, 2013

Apabila geng BN sendiri tegur Polis jangan bergantung kepada undang-undang pencegahan seperti Ordinan Darurat (EO) untuk memerangi jenayah.

MCA: Polis tak boleh bergantung pada EO

MCA berpendirian bahawa polis tidak boleh bergantung kepada undang-undang pencegahan seperti Ordinan Darurat (EO) untuk memerangi jenayah.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata peruntukan lain perlu diwujudkan untuk mengelakkan salah guna kuasa sekiranya undang-undang itu diperkenalkan.

“Kuasa untuk menahan seseorang individu tanpa perbicaraan tidak harus ditanggung oleh seorang individu sahaja. Perlu ada ruang untuk jawatankuasa semakan untuk semak dan imbang," kata Chua dalam satu kenyataan.

Chua mengulas mengenai peningkatan kejadian pembunuhan dengan senjata api, termasuk dalam kes melibatkan pengerusi NGO pemantau jenayah R Sri Sanjeevan dan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi.


Ekoran itu, timbul gesaan agar undang-undang pencegahan seperti EO diperkenalkan semula.

EO dan ISA, yang turut dimansuhkan, memberi kuasa kepada menteri dalam negeri untuk penahanan bagi pencegahan.

Chua berkata, satu usaha jangka panjang sepatutnya diwujudkan untuk meningkatkan profesionalisme polis.

Ia termasuk tindakan ke atas dakwaan bahawa polis terlibat dalam sindiket jenayah, katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...