TERKINI :

Tuesday, August 20, 2013

Akhirnya UMNO KEDAH & KRONI dapat makan besaq selepas 5 tahun kebuluran...!!

LEPAS 5 TAHUN KEBULURAN, UMNO KEDAH DAN KRONI DAPAT MAKAN BESAQ...

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Perasmian pagi Jumaat 16 Ogos 2013, oleh PM Najib Razak, sebelum beliau melompat ke Alor Setar untuk perasmian UTC bersama MB Mukhriz. Jutaan RM dihabiskan untuk majlis persmian yg dihadiri oleh Najib yg hanya lepak kurang lebih 2-3 jam sahaja.

2) Preparation untuk Majlis itu berlangsung beberapa minggu sebelumnya. Duit dicurah kepada kroni dengan tanpa sekatan.

3) Sewa PA system khabarnya kurang lebih RM45 ribu hanya untuk setengah hari guna. Makan minum di mark-up kurang lebih RM30-RM40 utk satu kepala. Makan cikai-cikai macam kenduri orang kampung saja pun dah macam ni punya mark-up, macamana pula mark-up untuk kontrak lain? Meh kite tengok sket...

4) Masjid dicat baru segera, ditukar karpet baru segera, kerana PM mau solat Jumaat di situ. Khabarnya karpet sedia ada masih agak baru, belum ada tanda-tanda lusuh yang melayakkannya ditukar. Berapa RM disimbah untuk projek segera ini? Siapa yang dapat kontrak, dan berapa mark-up nya?

5) 400 bas lebih kurang, peneroka seluruh negara diangkut untuk ke majlis tersebut. Siapa dapat kontrak bas? Siapa dapat kontrak homestay-homestay untuk VIP Felda? berapa mark-up nya?

6) Hadirin yang diangkut kurang lebih 400 buah bas ke sana dari seluruh negara, dapat buah tangan beg berisi Roti Gardenia, Kek, Air Mineral, Payung dan beberapa lagi. Brapa kroni mark-up untuk ini? Khabarnya lambakan roti gardenia dan kek tidak habis, dan terpaksa direcycle utk program selepasnya. Lihat bagaimana semberono punya calculation utk buah tangan. Tak darab dengan bilangan orang, tapi hanya reti darab dengan bilangan barang.

7) Dalam beg buah tangan disertakan juga beberapa pamplet dan booklet hampir 20 mukasurat yang ekslusif, cetakan berwarna dan kertas yang berkualiti tinggi, anggaran satu booklet maybe RM10 paling koman. Berapa booklet utk dimasukkan dalam setiap beg yang turut berisi Roti Gardenia. Roti Gardnia pun tak habis, bagaimana booklet nak habis? Kalau tambah dengan Mark-up?

Isi kandungan booklet pula memaparkan sirah tertubuhnya Felda... woitt... bukan nak tunjuk sangat sejarah Felda, tapi sejarah Tun Razak dan Najib. Kepala bana apa tunjuk gambar najib masa kecil, tunjuk gambar najib masa anak teruna lagi... Booklet pun mcm album family Tun razak... ingat Felda itu harta Family kamu ke? Ya... Umno, Tun Razak dan Najib serta balaci-balaci sentiasa train dan brainwash rakyat supaya beriman bahawa Felda adalah hak milik keluarganya!

9) Setakat ini dulu pendedahan ini. Nak tau lebih, hangpa siasat sendiri. Memang depa takleh nak kambuih, sebab terang-terang depa mentekedarah.

10) Lima tahun tak dapat makan beb, bila dah habis lima tahun berpuasa, masa ni depa mentekedarah betui-betui. Lima tahun berlapaq, sekarang apa peduli lagi. Belasah betol-betol... takpa... orang kita juga... anak cucu kita juga yang dapat .. kata Tun Mahathir.

Sekian.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...