TERKINI :

Wednesday, August 28, 2013

Aduhai.. PKR nak buat open house pun tak boleh kaa..!!

Majlis Aidilfitri PKR dihalang
William Mangor | August 28, 2013
Beliau hairan kerana aktiviti raya ini bukanlah acara politik tetapi merupakan majlis ramah tamah Aidilfitri
BETONG: Permohonan untuk menggunakan beberapa kawasan lot parkir untuk mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Betong dihalang oleh Majlis Daerah Betong (MDB) atas pelbagai alasan yang meragukan.

Jurucakap PKR Betong, Abang Kassim Abang Bujang melahirkan kekecewaan terhadap MDB kerana menghalang majlis awam.

“Aktiviti di Betong ini adalah satu aktiviti yang PKR kawasan Betong lakukan selepas pilihan raya. Cuma masalahnya apabila kita memohon daripada Majlis Daerah Betong (MDB) untuk menggunakan beberapa lot parkir dibawah pejabat PKR cabang Betong ditolak oleh MDB,” katanya.
Beliau hairan kerana aktiviti raya ini bukanlah acara politik tetapi merupakan majlis ramah tamah Aidilfitri, tetapi permohonan PKR ditolak oleh MDB atas alasan yang tidak munasabah.


“Tempat yang kami gunakan ialah kawasan awam, tetapi adakah kami (ahli politik) juga bukan daripada orang awam?,” soal beliau.

“Antara alasan yang kita terima daripada MDB ialah jika kita mengadakan majlis ini, jalan raya akan mengalami kesesakan yang hakikatnya untuk pengetahuan awam Bandar Betong ialah bandar mati, jumlah kenderaan di Betong tidaklah banyak,” katanya.

“Pihak MDB mengadakan hari pembasmian tikus pada 24 Ogos, tetapi hakikatnya, MDB tidak mengadakannya pun,” beliau maklumkan.

Beliau juga berkata bagi PKR itu merupakan satu alasan, dan bagi orang yang ingin mengadakan majlis awam yang dihalang merupakan suatu bentuk diskriminasi.

“Kita bukan menyamakan mereka dengan PERKASA atau JATI tetapi lebih menyerupai tindakan yang tidak sihat di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

PKR cabang Betong mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada 24 Ogos lalu dan merasmikan bangunan baru PKR Betong.

Beliau memberi amaran kepada MDB supaya jangan mengulangi perkara demikian hatta kepada agama dan bangsa yang ingin menggunakan kawasan awam.

“MDB cuma mentadbr yang sebenarnya milikan kawasan tersebut ialah pihak orang awam, kerana lagipun kita cuma menggunakannya hanya untuk dua jam sahaja dan kehadiran waktu itu mengecewakan kerana pejabat kami sesak dengan tetamu dan jemputan,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...