Busuk sampah
Longgokan sampah di bahu jalan mengundang anjing liar.
 
KULIM - Penduduk di Taman Kota Kenari berhampiran Taman Helang Perdana meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) supaya menangani masalah sampah yang dilonggokkan di bahu jalan sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk, Mohd Tarmizi Hussein ya-ng juga seorang kakitangan awam berkata masalah sam-pah terbiar bukan sahaja men-datangkan bau busuk kepada penduduk berhampiran malah mengundang kehadiran anjing liar ke kawasan itu.

Menurutnya sehingga kini sudah ada dalam kalangan kanak-kanak dikejar oleh anjing liar dan terjatuh ketika melarikan diri.

Katanya, permasalahan seperti ini seharusnya di-pandang serius oleh MPKK terutama penguat kuasa yang menjalankan tugas menangkap anjing berkeliaran.

“Masalah ini timbul apabila penduduk di kawasan ini mula melonggokkan sampah mereka di tepi jalan. Ini berlaku kerana keperluan tong sampah yang lebih besar tidak disediakan.

"Saya telah memaklumkan kepada beberapa penduduk supaya jangan membuang sampah di tepi jalan kerana ia mencemarkan pandangan taman. Namun semua itu tidak diendahkan dan ada dalam kalangan penduduk mengambil inisiatif membuang sampah ke kawasan ladang kelapa sawit yang terletak di belakang taman perumahan.

"Saya meminta MPKK supaya menyediakan tong sampah lebih besar kepada kami supaya masalah sampah dan anjing liar tidak berlarutan,” katanya.

Ahli Majlis MPKK, Mohd Zailan Hashim berkata, walaupun kemudahan tong sampah disediakan tetapi ia tidak menyeluruh.

Menurutnya masalah ini bukan baru dan harus ditangani supaya tidak mendatangkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pihak terlibat.

“Saya akan berbincang dengan MPKK cara terbaik untuk kita selesaikan masalah ini. Saya tahu penduduk mahu taman perumahan mereka dalam keadaan baik dan bersih. Saya akan panjangkan permasalahan ini dalam mesyuarat yang akan dijalankan nanti," katanya.