TERKINI :

Saturday, July 20, 2013

Khalid Samad dok kalut menepis manipulasi media lawan...


Khalid Samad: Jangan manipulasi kenyataan saya


ADALAH jelas video yang disiarkan sebuah portal berita mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit'.

Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri.

Saya tidak membela Duta Vatican dan tidak juga menyatakan bahawa ianya merupakan pendirian Pas Selangor.

Di dalam temuramah tersebut, saya sekadar menjelaskan bahawa pendirian duta tersebut adalah pendirian serta pendapat peribadi beliau yang tidak mungkin kita ubah.

Saya juga menyebut bahawa beliau tidak sepatutnya campur tangan kerana ini adalah urusan negara kita dan sebagai tetamu maka adalah tidak wajar memberi sebarang komen terhadap isu tersebut.


Namun saya turut menjelaskan bahawa ianya mungkin disebabkan wujudnya undang-undang yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan ini boleh menyebabkan beliau keliru.

Terakhirnya saya juga menyatakan bahawa beliau telahpun meminta maaf dan bagi saya ianya adalah memadai dan isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.

Pada masa yang sama saya tidak sama sekali menyentuh pendirian majlis fatwa Kedah atau Kebangsaan sepertimana yang telah didakwa pihak tersebut.

Amat malang apabila dalam keadaan ketiadaan isu di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, 'mereka' begitu terdesak sehingga memutar-belit fakta.

Wallahualam.

Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...