TERKINI :

Thursday, July 11, 2013

Betulkah KUIN KUALA KETIL akan sampai hayatnya pada akhir tahun ini...????

Mengikut penyampai berita terkini KUIN 10 Julai 2013.

http://lh4.ggpht.com/-Sz8effWoKHY/Ua_8B9ZlZ0I/AAAAAAAAEMU/d4yoCa8LkjU/s200/150680_10151325594743643_1424679137_n.jpegBanyak laporan2 dan pandangan berkenaan KUIN sudah di utarakan di website dan blog, sementara di berita dan media perdana ashik sibuk sahaja dengan berita KUIN menjadi badan berkanun dan bukan lagi Universiti Swasta. Berita kakitangan Insaniah Holding langsung tidak di ceritakan. 

Ya, memang mereka bersekongkol dengan media media tersebut. Ingat dahulu bika puak bersih KUIN ajer buat demo, semua akhbar perdana menyiarkan berita tersebut hari-hari walaupun yang berdemo itu 10 orang. TV dan akhbar2 menjadikan seolah2 ia sesuatu yang disokong semua staff dan pensyarah KUIN, Holdings dan kerajaan Ust Azizan dan Prof Dr Jamil “the villian” kepada Kedah.

Pada minggu sebelum ini, pihak insaniah telah memanggil interview pensyarah-pensyarah yang mereka akan serapkan ke Insaniah dari kalangan Insan Fasih dan Insan Maya. Untuk Insan Maya yang mengendalikan kulliyyah Multimedia, ini adalah pertama kali dalam sejarah di Malaysia, sebuah kulliyyah yang berasas kepada “Sastera dan Seni Lukis” atau “ART and Design school” di letak dibawah kulliyyah Engineering. Ini adalah kerana jurusan Multimedia dan Kreativiti di asaskan kepada pelajaran sastera “ARTS” tetapi Engineering berasas kepada SAINS.

Walau apa pun para pelajar berhak membuat protes dan melaporkan ini kepada KPT kerana campur aduk akan menyusahkan mereka apabila graduate.

Menurut pelapor berkenaan pihak Universiti berkemungkinan akan hanya menyerap 10 pensyarah dari Kulliyyah Multimedia , itu pun sekira pensyarah2 tersebut yang sekarang tentunya terdesak akan menerima tawaran tersebut dan dijangka untuk tempoh sehingga bulan Disembar tahun di mana nanti Kulliyyah enginering di pindah ke tempat lain di Alor Setar. 

Mengikut perancangan Kuala Ketil akan tutup sepenuh nya akhir tahun nanti. Gaji Mei dan Jun yang tertunggak tetap tidak akan di bayar, hanya gaji bermula bulan Julai sahaja akan dibayar dengan skim baru badan berkanun. Mereka sebenarnya hendak menggunakan pensyarah2 berkenaan untuk menyelamatkan pelajar2 yang lebih 200 orang di kulliyyah tersebut. Mereka juga terdesak apa nanti akan berlaku, samaada ibu bapa akan merestui dan menentang rancangan ini kerana mangasanya adalah anak-anak mereka.

Selama ini KUIN menghirup darah anak-anak syarikat Holdings tetapi sekarang bila dah kenyang sisa-sisa di buang dengan pelbagai alasan.

Insan Fasih juga menerima nasib yang sama. Untuk menyelamatkan maruah KUIN hanya menyerap pensyarah2 bahasa kepada KUIN dengan tangga gaji baru yang lebih rendah dari yang sekarang.

Hanya 6 dari 11 guru bahasa Inggeris diserap ke Insaniah. Surat belum keluar lagi. Drp 26 guru b.arab pula belum dpt jumlah sebenar yg diserapkan. Pensyarah bahasa Arab masih masih tertunggu-tunggu. Sebahgian telah menyaman Insaniah. Mereka sedang mengumpulkan semua invois2 dan apa2 yang tertunggak dari tahun 2009 hingga sekarang.

Apapun selain tindakan mereka juga merancang nak meneruskan program2 diluar Insaniah dengan saki baki staf yang masih ada.

Semua CEO dan pengikut2 yang setia tidak di kehendaki lagi.

Nasib Insan Medic lebih terok. Walaupun pemangku Rektor berhasrat menutupnya tetapi yang pasti ia adalah bertentangan dengan garis panduan KPT. Ura-ura nak jual/serah kepada MAHSA seperti yang berlaku kepada Nursing, tengoklah nanti.

Insan system juga di laporkan sudahpun kumpul inbois-inbois kepeda KUIN. Mereka juga akan menyaman sekira tiada penyelesaian dari KUIN.

Tahniah kepada KUIN kerana menjadi badan berkanun. Tetapi selesaikan lah isu-isu Insaniah Holding sebaik baik dalam bulan Ramadhan ini. Biar lah mereka pergi dengan keadaan baik.


1 comment:

Angel fish said...

Pembetulan: bukan semua di antara 10 orang staf multimedia yang 'terdesak' untuk kerja di KUIN setelah apa yg dilakukan terhadap HOLDING. Ada hamba Allah ni yg terima juga offer tersebut sebab kasihankan student walaupun dia tahu nasib yg bakal dihadapi kemudian hari. Gaji yg ditawarkan jauh lebih rendah dr sblm ni. Bukan nak bangga diri, tp dia sendiri pun ada sumber kewangan lain & ada skill tersendiri yg Allah Taala kurniakan. Semuanya sebab sayangkan student, dia terima juga. Untuk penulisan yg lain berkenaan KUIN mmg ada kebenarannya. Amat kasihan kepada staf holding yg tidak mendapat gaji, hak dinafikan & tiada kerja. Tak lupa juga kepada pelajar2 di Kuala Ketil seperti Muamalat yg dibuat seperti bola, ditendang dari Mergong ke Stargate, pastu ke Kuala Ketil, sekarang nak ditendang kembali ke Alor Star selepas raya. Pelajar Multimedia pulak terpinga2 bila kulliyyah kosong. Admin & pensyarah tiada. Kulliyyah ditutup & diserap ke Kulliyyah Kejuruteraan yg tiada kaitan. Kursus Asasi pun dengar kata akan dipindahkan balik ke Alor Star selepas raya. Tu belum dikira pelajar Kulliyyah Medic yg terumbang-ambing lagi. Macam-macam hal yg berlaku sekarang ni. Moga Allah sahajalah yg membalasnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...