TERKINI :

Tuesday, July 9, 2013

Benarkah INSANIAH HOLDING telah diumumkan bukan bawah INSANIAH...habis apa cerita KUIN di Kuala Ketil..???

Di laporkan pada 8hb Julai 2013 di Insaniah Mergong, MB Kedah telah istihar kenaikkan gaji dan kola staff Insaniah dan juga antara lain Dato Barni umumkan Insaniah Holding bukan di bawah Insaniah , termasuk anak-anak syarikat nya, mereka juga akan membina kampus baru Insaniah di Mentalun.

Untuk sementara waktu Kulliyyah di Kuala Ketil hanya Hospitaliti dan Kejuruteraan bermakna Multimedia akan di serapkan ke dalam Kejuruteraan. Semua dah carca marba......Walahualam ?

Kalau betul memang mereka dah war war sebelum ini. Betul lah semua ini kerana nak hapuskan legasi Ustaz Azizan dan Dato Jamil. Para waktu kempen PRU dulu pun memang dah di sebut-sebut nak jadi kan kampus Kuala Ketil kandang kuda, entah betul entah tidak kita tunggu.

Selain itu difahamkan Ustaz ghani Shamsuddin telah buat laporan kerana kontrak di tamatkan sebelum cukup tempoh (Sama seperti Dato Latifah - Bekas Pendaftar ). Kini memang sah pensyarah2 di multimedia dah tidak hadir melainkan seorang dua dan juga pensyarah dan Doktor2 dari Mesir masih tidak kelihatan setelah pulang, mungkin juga sedang berjuang melawan geng UMNO Mesir yang gulingkan Dr Mursi.

JACK MMK

1 comment:

gulai ayam said...

Salam Ramadan Al Mubarak.Tahniah kepada semua warga Kuin yang telah mendapat rezeki runtuh di bulan puasa yang berkat ini.Kalau dapat durian runtuh,alamat arwah le semua.Semua patut bersyukur kerana rezeki ini datang dari Allah SWT,bukan dari Mukhriz, Barni maupun UMNO.Watak watak ini hanya pelakon cerita dongeng Umno saja, tak ubah seperti cerita Nujum Pak Belalang semasa Badan dan Nyawa membagi bagi harta.

Mari kita semua kaji, kita renung, kta lihat nasib pengawal keselamatan,pekerja pekerja R1,pemandu, kakak cleaner yang dah bertahun tahun gaji bertaraf sambilan.Ada yang melebihi 8 tahun berhidmat dengan Kuin.Siapa yang peduli pada nasib mereka, gaji mereka....sapa.Dizaman haji Najib sebagai pendaftar hingga sekarang,siapa yang ambil kisah taraf jawatan mereka.takkan mereka ini akan berjawatan SAMBILAN dan SEMENTARA sampai kemati.Yang menghairankan setiap jawatan yang dimonopoli kroni mereka semua nya TETAP.Berapa ramai suami/ isteri,kakak / abang ipar,suami/isteri/menantu yang berhidmat di KUIN.

Pemangku Rektor, Bersih KUin tahniah kerana telah berjaya dalam misi membela nasib staff tetap dengan apa yang dijanjikan oleh Mukhriz.Biar lah jadi pembela kepada semua staff yang berhidmat pada Kuin.Pekerja pekerja sambilan dan sementara juga berjasa pada Kuin.Ada dikalangan mereka mereka ini lebih berjasa, bekerja keras dalam memajukan Kuin seperti majlis konvo,majlis kebesaran negari,pendaftaran pelajar baru.Kebanyakan pekerja yang terlibat terdiri dari pekerja sambilan.Setiap kali Konvo, mereka mereka ini akan bertugas sehingga 2 pagi.PSM jangan asyik pandang kroni nya sahaja.Menutut keadilan biarlah seadil adil nya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...