TERKINI :

Monday, July 1, 2013

Bekas Hakim & Peguam UMNO tak layak wakili PAS untuk lawan ISU PETISYEN tapi lagi layak ISU BATALKAN PRU13...!!

Sebenarnya beliau lagi layak untuk KES yang BESAR iaitu kes membatalkan keputusan PRU13 sebab SPR gagal menyediakan dakwat yang sepatutnya....

Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya

OLEH V. ANBALAGAN
July 01, 2013

Salah seorang bekas hakim terkemuka negara dan peguam Umno bakal hadir ke mahkamah tidak lama lagi - namun kali ini sebagai peguam mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam petisyen menentang penipuan di dalam pilihan raya.

Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bakal mewakili PAS bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di Perak.

Sumber yang dekat dengan pasukan perundangan PAS memberitahu The Malaysian Insider mantan hakim berusia 69 tahun itu sangat dihormati dalam bidang perundangan dan hanya menunggu arahan daripada anak guamnya sahaja.

"Beliau hanya akan hadir ke mahkamah bagi kes petisyen pilihan raya. Kehadirannya akan dikira sebagai "sumbangan kepada negara" dalam konteks perkembangan baru," menurut sumber tersebut.

Nama beliau telah diseneraikan di antara peguam ternama yang dipilih PAS bagi mencabar enam petisyen yang difailkan oleh calon parti tersebut di Perak.

Petisyen DUN Pasir Panjang akan didengar oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Jika diberi lampu hijau, Sri Ram akan kembali ke arena guaman setelah meninggalkan bidang tersebut kira-kira 20 tahun lalu.

Sebagai seorang peguam, beliau berpegang pada pendirian yang tinggi sewaktu di kamar mahkamah. Beliau turut pernah menjadi penasihat undang-undang Umno dari tahun 1987 hingga 1994.

Beliau mewakili parti berkenaan apabila 12 perwakilan memfailkan saman bagi mengisytiharkan pemilihan dan perhimpunan agung parti berkenaan adalah haram pada tahun 1987.

Sri Ram memulakan kerjayanya dalam arena guaman sejak 1970 dan telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 1994.

Beliau telah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan pada 2009, setahun sebelum tempoh persaraannya.

Pada masa kini beliau berkhidmat sebagai perunding guaman dan telah menulis kira-kira 800 keputusan penghakiman merangkumi bidang pentadbiran, perundangan, industri, syarikat dan undang-undang jenayah.

Bagi petisyen pilihan raya, beliau turut ditugaskan untuk memberi nasihat kepada pasukan perundangan petisyen yang lain.

Selain Pasir Panjang, PAS turut mencabar keputusan pilihan raya DUN Manong, Selama, Lubuk Merbau, Rungkup dan Manjoi.

Bagi kesemua enam kerusi berkenaan, PAS kalah kepada Barisan Nasional (Umno) dengan majoriti di antara 53 dan 619 undi.

Sewaktu pilihan raya 2008, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merampas DUN Pasir Panjang dari tangan BN.

Walau bagaimanapun pada PRU13 yang lalu, BN memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 304 undi.

BN membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 31 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang hanya menang 28 kerusi.

Kedudukan kerajaan BN akan kembali goyah sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya semula sekurang-kurangnya tiga kerusi yang ditandingi oleh PAS. - 1 Julai, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...