TERKINI :

Wednesday, July 17, 2013

Akhirnya Pelajar-Pelajar KUIN K.Ketil jadi seperti wau putus tali..!!

Salam,

Cuba bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14hb Julai 2013 di kampus Kuala Ketil. Tapi apa yang berlaku, pensyarah tiada, kakitangan admin dan lain pun tidak ada, mereka hanya berkeliaran sahaja di bangunan kulliyyah, seperti anak2 ayam kehilangan ibu. Dekan Kejuruteraan pun tak bolih buat apa-apa, hanya tengok-tengok dari tingkap aje lah. 

Kesudahan nya beberapa pelajar Multimedia serta Muamalat juga sudah mohon berhenti tapi pejabat-pejabat HEA dan HEP di Mergong Alor Setar, kenalah talipon ibu bapa mereka , ada yang nak pindah ke Mergong, ibu bapa marah dan suruh berhenti sahaja. 


Banyak tempat lain bolih terima mereka. Terserlah lah apa dah berlaku, satu bencana bagi pelajar2 dan ibu bapa mereka. Terima kasih MB baru Mukhris. Nasi sudah menjadi bubur, mana dia Pengarah PRO Insaniah, kenapa tak tolong selesaikan masaalah ini. Apa kaitan mereka dengan politik , mereka hanya anak-anak Kedah yang nak menutut di intituisi pendidikan.

Kakitangan Pusat Sumber Manusia ada yang sombong mengeluarkan kata-kata kepada pensyarah-pensyarah yang sedia ada, “Baru sekarang hampa hegeh nak masuk Insaniah, sendiri mau ingat la!” seolah olah bersetuju dan menyokong kezaliman kepada staf dan pensyarah yang tiada lagi harapan nak dapat gaji.

Jadi sebagai kesimpulan, ramai pensyarah sudah isi barang2 peribadi dalam kotak nak balik dan hijrah ke tempat lain. Tiada surat atau hitam putih, diberhentikan ke atau di tamatkan jawatan ke, semua tidak tahu apa-apa. 

Terima kasih Insaniah.

JACK MMK

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...