TAJUK TERKINI @ KLN

TERKINI :

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014
http://4.bp.blogspot.com/-DMTYGvO7Tb4/VDPqrLm2U2I/AAAAAAAAYqU/2arWFkZ3w6g/s1600/unnamed12321.gif
08/11/2014



Wednesday, June 12, 2013

Surat Untuk Pemangku Rektor KUIN

Assalamulaikum dan salam sejahtera YBhg. Dato'
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah ke atas YBhg. Dato' diatas perlantikan sebagai Pemangku Rektor KUIN. Sesungguhnya kami warga KUIN menyambut rasa syukur di atas perlantikan ini bagi menggantikan Jamil yang banyak mendatangkan masalah di KUIN. Tahniah juga diatas perlantikan suami Dato’ sebagai SS Negeri.
YBhg. Dato'

Saya sebagai warga KUIN amat mengetahui bahawa tugas yang diberikan kepada Dato' terlalu berat untuk dipikul. Masalah demi masalah yang dihadapi oleh KUIN sepanjang 4 tahun pemerintahan Jamil cukup sukar untuk diselesaikan. Namun, saya yakin dengan pengalaman, ketegasan dan kebolehan yang dimiliki oleh Dato' sebagai KCS mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh KUIN selama ini. Untuk itu , saya ingin mencadangkan 2 perkara yang perlu diambil perhatian oleh Dato’:


1)      Mengambil berat terhadap masalah gaji pekerja bawahan Insaniah Holding. Ramai pekerja bawahan Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB) menghadapi masalah pembayaran gaji kerana Insaniah telah menyekat peruntukan kepada anak syarikat tersebut. Tindakan ini amatlah bertepatan namun bagi staf bawahan seperti tukang cuci, tukang kebun sehinggalah ke bahagian penyelenggaraan, tindakan ini akan membuatkan mereka tertekan. Mungkin dalam masa terdekat ini, mereka ini perlu diserapkan ke Insaniah agar masalah kebajikan akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Percayalan Dato’, golongan ini telah teranaiya disebabkan IHSB dan mereka bekerja tanpa ada apa-apa agenda yang tersembunyi. Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka sangat memerlukan duit demi sesuap nasi untuk diberikan kepada anak dan isteri di rumah. 

2)      Mengurangkan kuasa yang dimiliki oleh Pengawai Eksekutif Pemangku Rektor (PEPR). Umum mengetahui bahawa PEPR ini dahulunya adalah orang Jamil, sehinggalah beliau dibuang oleh Jamil, barulah melibatkan diri dengan gerakan Bersih KUIN. Terdapat cakap-cakap dibelakang bahawa PEPR ini akan menjadi perangai lama semula yang selalu meninggikan suara kepada sesiapa sahaja. Ini sekaligus akan memberikan imej negatif kepada Dato’ dalam membawa perubahan di dalam KUIN. Kita memerlukan pengalaman beliau tetapi biarlah mempunyai had dan batasnya.Beliau juga perlu sentiasa diberi teguran dan nasihat dalam melaksanakan tugasnya. Lantik semula PA Dato’ yang lama dalam membantu urusan-urusan perkeranian. Dato’ juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang benar-benar hebat dalam memberikan pandangan seperti Ust. Azki Hafizi, Dr. Sharifah, Ust. Baihakhi, En. Tawfek, Pn. Sajiah, En. Jai dan En. Asri. Mereka mungkin boleh dijadikan "Think Tank" kepada Dato'. Saya teramat yakin  setiap pandangan yang diberikan oleh mereka adalah ikhlas tanpa prasangka buruk. Kita tidak mahu setiap keputusan yang dibuat atas dasar dendam dan kebencian.

Ini adalah cadangan saya sahaja. Terlalu banyak yang perlu difikirkan oleh Dato’ dan saya amatlah bersimpati dengan Dato’ kerana untuk menyelesaikan masalah didalam KUIN tidak semudah seperti yang difikirkan. Setiap keputusan yang dibuat oleh Dato’, amatlah dinantikan oleh semua warga kerja KUIN. Gerakan Bersih KUIN semakin hampir ke penghujungnya. Selama kita berpanas, berhujan dalam perjuangan akan diingati sampai bila-bila. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa 2 perkara ini adalah cadangan saya semata-mata. Semoga Allah S.W.T akan bersama Dato’. Sekian. Terima kasih.-INSAN TULIS-

1 comment:

Doctor said...

Adakah Kumpulan "Think Tank" yang mencadangkan supaya Kulliyyah Perubatan supaya ditutup dan tidak dibayar gaji dari bulan Mei hingga sekarang?

Kulliyyah perubatan memperjuangkan pengajaran ilmu perubatan berlandaskan Al Quran dan Hadis dimana pelajarnya dikehendaki menghafal Al Quran, tidak seperti program perubatan di universiti lain di Malaysia. Secara langsung pelajar perubatan diwajibkan menghafal sekurang-kurangnya juzuk 29 dan 30. Ia bertujuan supaya bakal doktor dapat mengaitkan ilmu Al Quran dalam amalan perubatannya.

Penutupan program perubatan secara senyap dengan menganggap staf kulliyyah perubatan bukan staf INSANIAH dan tidak membayar gaji kepada warga kulliyyah perubatan secara tidak langsung menyebabkan pensyarah dan staf di kulliyyah mencari kerja ditempat lain. Tindakan ini adalah sama dengan meruntuhkan perjuangan menegakkan agama Islam. Yang sedihnya ianya didalangi oleh orang islam sendiri. Dan lebih menyedihkan lagi, kelas Al Quran sepanjang pelaksanaanya, jadualnya diatur oleh seorang pensyarah yang beragama Hindu, bertungkus lumus berjumpa dengan Dekan Kulliyyah Al Quran supaya pelajar perubatan yang beragama islam dapat mempelajari kursus Al Quran. Seperkara lagi, seramai 3 orang pensyarah yang beragama Kristian sanggup berulang-alik dari Butterworth, Pulau Pinang ke Alor Setar untuk mengajar pelajar perubatan yang beragama Islam dalam ilmu perubatan walaupun tidak menerima gaji selama hampir tiga bulan supaya pelajar dapat menduduki peperiksaan akhir semester.

Bagi mengingati diri saya:

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudarany, maka Allah akan mempermudahkan hajatnya." (Riwayat Muslim)

Kita diberitahu di dalam Al Quran mengenai mereka yang boleh disesatkan oleh syaitan. Ingatlah, syaitan mahu kita menjadi angkuh, sombong dan derhaka kepada Allah seperti dirinya. Ia mengarahkan kita berbuat jahat, melakukan sesuatu yang dimurkai Allah dan berkata sesuatu mengenai Allah tanpa ilmu. Ia cuba menghalang kita daripada memahami kebesaran dan kekuasaan Allah yang sebenarnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...