TERKINI :

Sunday, June 9, 2013

Nah sapa suruh hangpa TAK SOKONG BN...!!!!!!!!!!???????????


Mat Sembab ni, semakin rasis. Sesekali keluar berita, sama naik merapunya dengan si Maharasis. Langsung tak sebut orang Cina mendokong BN.

Najib yang memperkenalkan istilah 'tsunami Cina' pun mengalah, bila memilih 11 orang Cina (daripada 47) menerima gelaran 'Tan Sri' sebagai penghargaan atas sokongan mereka kepada umno/BN sebelum PRU-13 yang lalu. 

Pembetulan ye Mat Sembab.. bukan sebahagian besar Melayu mendokong BN sebaliknya sebahagian yang semakin besar orang Melayu yang cerdik, telah menolak BN. Di Johor tu, bukan sikit orang Melayu yang sudah bijak, telah menolak umno/BN. Jangan dok perasan sangatlah.

Melayu sembab saja yang masih menyokong BN.. Itupun dah ada yang mula berani menyumpah seranah pemimpin umno dan BN apabila sudah rasa tertipu dengan tindak-tanduk umno/BN selepas tamat PRU-13 yang lalu.

Agaknya si Mat Sembab ni lupa, hanya 47% saja rakyat yang memberikan undi kepada umno/BN. Yang majoritinya sudah menolak umno/BN. Apa pulak penyakit hendak membeza-beza dan mengkastakan Rakyat Malaysia? Awak tu dah angkat sumpah menjadi Timbalan Perdana Menteri berkhidmat untuk umno/BN saja ke?

Umum mengetahui bahawa golongan minoriti yang mengundi umno/BN ini merupakan penerima BR1M, KR1M dan macam-macam R1M, yang tidak membayar pelbagai cukai.

Golongan yang paling banyak membayar pelbagai jenis cukai ialah golongan cerdik pandai yang telah menolak umno/BN. Ini termasuk golongan peniaga Cina yang banyak menyumbang cukai kepada tabung perbendaharaan negara. Si Mat Sembab berdendam pulak dengan golongan ini...

Sepatutnya, sebagai Rakyat Malaysia, golongan pembayar cukai inilah yang perlu diberikan keutamaan...

Ini tidak... Sokong BN diutamakan, Rakyat dikastakan... HIDUP BANGLASIA!!

Putrajaya akan utamakan mereka yang sokong BN dalam PRU13, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar)  hari ini.

Pengumuman timbalan perdana menteri itu dilihat sebagai penerusan kepada pendirian Putrajaya untuk menyalahkan masyarakat Cina berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata beliau dipetik dari agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.

"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," tambah beliau lagi.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Walau bagaimanapun, penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah "tsunami Cina" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.

Selepas Pilihan Raya 2013, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?".

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013 kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 - menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Muhyiddin turut berkata hari ini adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.

"Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.

"Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara," katanya.

- Malaysian Insider - June 08, 2013

http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2892-nasiblah-rakyat-yang-tak-sokong-bn

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...