TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://4.bp.blogspot.com/-H0GC9VfAu3E/U02_9HYaflI/AAAAAAAAWpY/YUM83gGr5rw/s1600/output_jBUeae.gif
17/05/2014
http://4.bp.blogspot.com/-VEpDNrQ9Uwc/UwwvBfq4TqI/AAAAAAAAVz4/ifhXcpfIp9g/s1600/output_pvssyM.gif
03/05/2014
http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/05/2014


Tuesday, June 18, 2013

Gelombang 'tsunami politik' berterusan

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang ‘tsunami politik’ yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

“Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

“Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Pada PRU13, terdapat seramai 13,268,002 pemilih berdaftar iaitu 80.2 peratus daripada keseluruhan 16,550,421 rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas layak mengundi.

Namun hanya 11,256,545 pemilih keluar mengundi iaitu 84.84 peratus daripada pemilih berdaftar.

Daripada jumlah tersebut, BN yang membentuk kerajaan mendapat 5,237,699 undi dan parti-parti pembangkang mendapat 5,816,878 iaitu masing-masing mewakili 47.38 peratus dan 51.67 peratus daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Dalam pada itu, Faizal berkata kemenangan majoriti mudah yang diperolehi BN ditolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa PR lebih berhak membentuk kerajaan kerana mendapat undi popular lebih tinggi iaitu 5,624,011 undi.

“Hakikatnya sejak merdeka, Malaysia menggunakan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan single member constituencies dalam pilihan raya sama seperti amalan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan India. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walau beza hanya satu undi) adalah pemenang,” katanya.

Pada PRU3 1969, BN (dulunya Perikatan) hanya memenangi 60 peratus iaitu 95 daripada 144 kerusi Dewan Rakyat dan 162 daripada 282 kerusi Dun dengan tewas di Kelantan dan Pulau Pinang manakala undi popular jatuh ke paras 49.3 peratus.

Berbanding pilihan raya 1959 dan 1964, prestasi BN merosot hampir 50 peratus dan buat pertama kali BN kehilangan majoriti di Parlimen serta Dun di Perak dan Selangor.

Undi popular BN sebelum PRU13 ialah 51.7 peratus (1959), 58.5 peratus (1964), 49.3 peratus (1969), 60.7 peratus (1974), 57.2 peratus (1978), 60.5 peratus (1982), 55.8 peratus (1986), 53.4 peratus (1990), 65.2 peratus (1995), 56.5 peratus (1999), 63.9 peratus (2004), 52.2 peratus (2008) dan 47.7 peratus (2013).

Bagaimanapun BN mendapat perwakilan yang lebih ramai di Dewan Rakyat bermula 1959 dengan mendapat 74 daripada 104 kerusi Parlimen iaitu mewakili 71.1 peratus, 85.6 peratus (1964), 66 peratus (1969), 87.7 peratus (1974), 84.5 peratus (1978), 85.7 peratus (1982), 83.6 peratus (1986), 70.5 peratus (1990), 84.4 peratus (1995), 76.7 peratus (1999), 90.4 peratus (2004), 62.6 peratus (2008) dan 59.9 peratus (2013).

Tambahnya lagi, walaupun terdapat pelbagai ulasan pro dan kontra pasca PRU13, realitinya PRU kali ini menunjukan demokrasi Malaysia bertambah subur dengan sejarah peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 84.84 peratus.

“Pengundi baru pertama kali paling ramai sebanyak 2.3 juta, penyertaan calon bertanding pilihan raya paling ramai dengan 1,900 pencalonan.

“Pertama kali tiada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya tersengit sehingga melibatkan pertandingan tiga hingga tujuh penjuru. Ini semua memberikan pilihan dan peluang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Oleh itu beliau mengigatkan bahawa hasil keputusan PRU13 yang lalu dapat dijadikan iktibar kepada parti BN dan PR untuk menggalakan penyertaan lebih ramai dalam PRU.

“Pada edisi PRU bulan lalu terdapat 2 juta pemilih tidak keluar mengundi dan 3.3 juta lagi tidak mendaftar sebagai pemilih menjadikan keseluruhannya 5.3 juta rakyat Malaysia.

“Jumlah sebesar ini boleh menjadi kuasa ketiga antara BN dan PR, di mana jika mereka mengambil bahahagian maka dipercayai akan memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menyarankan supaya kedua-dua parti BN dan PR menerima keputusan PRU13 yang lalu.

“Bagi mengelakkan sentimen anti demokrasi maka sudah sampai masanya untuk keputusan PRU13 diterima dan diabsahkan secara perundangan dan moral,” katanya.

Dalam konteks ini menurut Faizal lagi SPR perlu melakukan beberapa pembaharuan.

“SPR perlu memfokus kepada usaha meramaikan penyertaan rakyat dalam pilihan raya dengan mekanisme mesra pemilih. Jika tidak, pilihan terbaik BN dan PR untuk melegitasikan keputusan PRU akan datang ialah dengan menggerakkan kempen pendaftaran pemilih di kalangan rakyat Malaysia.

“BN mungkin boleh berkempen dengen tema “1Undi, 1Malaysia” dan PR dengan tema “Merakyatkan Undi” supaya keputusan PRU-14 selewat-lewatnya pada 2018 adalah muktamad dan tidak mencetuskan keadaan tidak menentu seperti pasca 1969, 2008 dan 2013,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...