TERKINI :

Sunday, June 9, 2013

Apa macam geng-geng kat KUIN.. tak nak demo lagi kaa..?

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Berita yang sayup sayup kedengaran, Kerajaan baru Kedah di bawah pimpinan MB Mukhris Mahathir mahu swastakan KUIN dan diberitakan sebahagian staff KUIN masih belum menerima gaji bulan May mereka setakat 7hb Jun. Hanya selepas kerajaan bertukar tangan pada bulan May, staff KUIN sudah bermasalah menerima gaji mereka sedangkan lima tahun PAS pegang Kedah tak pernah sebulanpun staff KUIN tidak menerima gaji.

Kalau dulu pelajar dan staff KUIN adakan demostrasi terhadap bekas MB kerana beberapa masalah, bagaimana pula kali ini. Dengan dua isu yang lebih besar dari isu dahulu, tidak patutlah pelajar dan kakitangan KUIN berdiam diri.

Ada suara meminta PJ PAS yang baru turun padang membela KUIN walaupun PJ yang lama dulu dibantah dalam demostrasi. Setakat ini belum kedengaran suara PAS yang tampil membela tindakan licik kerajaan BN negeri menyelesaikan masalah KUIN dengan mengambil jalan mudah, menswastakannya.
Dengan penswastaan KUIN bermakna pelajar akan dikenakan yuran yang lebih tinggi dan mungkin terpaksa meminjam lagi dengan PTPTN. Kerajaan Kedah berlepas tangan sambil boleh terus bersenang lenang dengan hasil negeri yang tidak perlu dibelanjakan lagi kepada KUIN.

Kerajaan PAS dulu yang dituduh lemah oleh penyokong PAS sendiri nampaknya lebih berjaya menjaga KUIN selama lima tahun, sedangkan kerajaan baru BN mengambil masa tak sampai dua bulan untuk memutuskan menswastakannya bagi menyelesaikan masalah KUIN. Barangkali (tapi tak pasti) kerajaan Kedah sebelum PAS dulu sudah berkira untuk mengswastakan KUIN kerana masalah yang dihadapi. Penulis menjangkakan demikian kerana masalah KUIN diwarisi dari kerajaan lama oleh PAS.

Tetapi mungkin masalah KUIN tidaklah begitu rumit kerana kerajaan PAS berjaya menanganginya selama lima tahun. Usaha yang cuba dilakukan oleh MB dan kerajaan Negeri PAS untuk menyelamakan KUIN tidak mendapat restu pelajar dan sebahagian staff KUIN yang membantah menerusi satu siri demostrasi terhadap kerajaan Kedah.

Namun sekarang terserlah keengganan kerajaan baru BN untuk menyelamatkan KUIN sebaliknya mengambil jalan mudah menswatakannya. Apakah kita akan lihat satul lagi siri demostrasi di KUIN dalam masa terdekat?" [TKO]

2 comments:

Mohd Islam said...

Assalamualaikum semua,

Mulakan perniagaan dengan menjual atau membeli

serta iklankan produk dan perniagaan anda di laman web
www.produkmuslim.info

Ekonomi teguh ummah kuat sokongan anda amat dihargai

Terima kasih

pahlawanhijau said...

Salah satu artikel plg bodoh aku penah baca pasai kuin tmpat keja aku...ni sapa yg dok pandai2 komen ni...hg kalau xtau apa2 jgn ckp byk..buat malu kaum ja baii..masalah gaji lambat ni dah lama brlaku dan mula brlaku zaman azizan jd mb..sblum azizan perintah kami x penah ada masalah seteruk la ni..dan kerajaan la ni baru dok buat kajian..xdak keputusan apa lg pun..dan satu lg kuin mula dikatakan swasta ialah pd zaman azizan jgk..dah la swasta tubuh plak beberapa anak sykt kunun nak cari untung tp habuk pun xdak..la ni hg jgn dok auta byk sgtlaa. Kami kt sini tau cerita sebenaq..jgn psai politik hg senang2 ja buat fitnah..org mcm hg la yg merosakkan parti..puiiikk





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...