TERKINI :

Sunday, June 30, 2013

Kalau main politik dengan orang asing, sememang buruk padahnya


Jusuff Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia telah di kritik keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.

Pengerusi DAP itu telah membidas Jusuff kerana membocorkan isi kandungan perbincangan sulit diantara Anwar dan PM Najib dan menuduh Anwar tidak memenuhi perjanjian diantara kedua-dua pemimpin negara itu. Anwar telah dikatakan mendapat bantuan syarikat besar dari Filipina, Amerika Syarikat, Turkey dan juga Thailand untuk membiayai ralli ‘blackout 505’ yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Kenyataan Jusuff itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar dan seterusnya menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat sekali gus. Karpal mendesak Jusuff Kalla untuk memohon maaf kepada Anwar secara terbuka. Karpal berkata Anwar tidak sepatutnya percaya kepada Jusuff kerana tindakan Jusuff itu memberikan impak negatif kepada gerakan pembangkang dinegara ini. “Jusuf ternyata mempunyai agenda beliau sendiri” kata Karpal.

UNTUNG jadi rakyat NEGARA AFRIKA bila MALAYSIA tawar BIASISWA penuh tak macam PTPTN yang kena BAYAQ..!!!

Universiti swasta Malaysia tawar biasiswa kepada Afrika
June 30, 2013

Dalam usaha terbaharu Malaysia membantu Afrika membina keupayaan teknologi melalui pembangunan modal insan, sebuah universiti swasta menawarkan 10 biasiswa penuh kepada setiap negara Afrika yang menyertai Dialog Perkongsian Bestari Global yang sedang berlangsung sekarang di Dar Es Salaam, Tanzania.

Inisiatif itu adalah sebagai tambahan kepada bantuan kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara ini semasa majlis malam malam Rakan Bestari Global di sini malam tadi bahawa Limkokwing University of Creative Technology menawarkan biasiswa itu.

Karpal, 'sabaq sat naaa...'

Othman Aziz
Othman Aziz
 
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya melihat jumlah kerusi Dun genap yang boleh mendatangkan keputusan seri antara parti politik yang bertanding dalam proses persempadanan kawasan sejak dahulu lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, mungkin sebelum ini ahli politik terlepas pandang mengenai perkara itu kerana sebelum ini tidak pernah berlaku keputusan seri.

Bagaimanapun, beliau yakin SPR akan melaksanakannya dalam masa terdekat dan mereka pasti memerlukan sokongan daripada semua pihak.

“Kita juga sedar mengenai perkara itu, begitu juga SPR. Cuma kita kena sabar dulu kerana SPR memerlukan masa untuk mengendalikan proses itu.

“Selain melibatkan jumlah kerusi genap di sesebuah negeri, persempadanan semula juga perlu dilaksanakan untuk kawasan mempunyai bilangan pengundi yang ramai,” katanya semalam.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar dicari ganti

oleh Zulkifli Yahaya

Hari ini pemikiran Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor diseminarkan. Memang tepat segala ilmu dan idea yang lahir dari tokoh besar itu dibincangkan. Membiarkan pemikiran yang telah menghasilkan sejarah perjuangan Islam di tanahair itu berlalu begitu sahaja tanpa dirujuk kembali adalah pensia-siaan yang sangat merugikan. Sejarah perjuangan Islam yang dibawa PAS masih belum panjang jarak masanya, belum menempuh pun satu abad. Tokoh-tokoh yang hebat dalam jamaah mungkin tidak seramai Ikhwanul Muslimin di Mesir, namun kehebatan tokoh yang sedikit ini mestilah dimanfaatkan ilmu dan pemikirannya sepenuhnya.

Terlalu banyak aspek menarik dan bermanfaat untuk dikaji dari sirnaan pemikiran Ustaz Fadzil, biarlah kita mengutip sisi-sisi yang tersurat sahaja, itu pun cuma selembar dari ribuan manfaat yang boleh digali.

Pencapaian terbaik

Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita pada 23 Jun 2002. Sepanjang sejarah PAS meniti perjuangan, Ustaz Fadzil adalah tokoh paling hebat kerana memimpin parti di saat gemilangnya. PAS memimpin permuafakatan parti pembangkang apabila memenangi 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999. Beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Sehingga kini PAS belum mampu memecahkan rekod pencapaian kerusi terbanyak itu.

PRU 1999 adalah merupakan detik paling perit bagi Umno kerana majoriti Melayu berpihak kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa penolakan Melayu terhadap BN pada masa itu ada kena mengena dengan Anwar dianiayai, dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dibelasah dalam lokap serta dipenjarakan.

SPRM sekadar berani dengan 400 FILE bukannya panggil TAIB...

SPRM perlu panggil Taib Mahmud, bukan hanya siasat fail – Nazib

(Azuan Ab Rahman)

KUCHING 29 Jun: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memanggil Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dihadapinya dan bukan hanya sekadar menyiasat dokumen, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

taib-mahmudBeliau mengulas kenyataan Penolong Pesuruhjaya Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean bahawa kes itu berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti pasukan penyiasat.

“Saya desak SPRM panggil Taib Mahmud untuk disiasat. Beliau adalah saksi utama. Kita tidak hanya mahu fail-fail yang disiasat, tetapi yang paling penting adalah Taib Mahmud sendiri,”

“Apakah negara ini guna dua jenis undang-undang? Jika kes melibatkan rakyat biasa, tidak sampai seminggu sudah dipanggil SPRM, tetapi apakah SPRM berani memanggil Taib Mahmud ?” katanya ketika dihubungi Suara keadilan.

Apabila Nurul Izzah nyanyi macam Jaclyn Victor malam tadi kompom kena maki dengan macai UMNO..


Malam Ramadhan berterawikh dengan Linkin Park...!


LAGHO OH LAGHO.....
LAGHO DIBUMI WASATHIYAH
LAGHO BERSAMA KETUA NEGARA BERAGAMA ISLAM
LAGHO OH LAGHO......

YSB mantapkan program tuisyen percuma


ALOR SETAR 28 Jun - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) akan memberi penekanan terhadap usaha memantapkan Projek Titian Bestari (PTB) yang dilaksanakan organisasi amal itu sejak 1999 untuk memartabatkan pendidikan khususnya di luar bandar.

Pengerusi YSB, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, sebanyak RM1.2 juta diperlukan setiap tahun untuk melaksanakan projek tersebut yang memberi tuisyen dan buku latihan percuma kepada 2,880 murid sekolah rendah kurang berkemampuan di kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurutnya, sejak 14 tahun dilaksanakan, yayasan berkenaan telah membelanjakan sebanyak RM8.852 juta bagi membantu murid-murid berkenaan.

"Program PTB ini terbukti memberi impak positif dalam membantu pencapaian akademik mereka. Peluang pendidikan lebih baik ini telah membantu meningkatkan tahap sosioekonomi keluarga mereka," katanya dalam perutusan buku cenderamata Karnival Amal Hari Penyayang 2013.

7,000 sertai Larian Bendang 2013


ALOR SETAR 29 Jun - Larian Bendang 2013 yang diadakan di Stadium Darul Aman sempena Karnival Amal Hari Penyayang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) mendapat sambutan menggalakkan dengan disertai kira-kira 7,000 orang daripada pelbagai peringkat umur.

Setiausaha Larian Bendang 2013, Mohd. Fadzil Ahmad berkata, pada tahun lalu, acara sama menarik minat kira-kira 6,000 rakyat negeri itu dan tahun ini pihaknya berbangga kerana terdapat peningkatan jumlah peserta.

Katanya, sebanyak tujuh kategori dipertandingkan yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM40,000.

"Kategori yang dipertandingkan ialah VIP bagi umur 50 tahun ke atas, VIP (49 tahun ke bawah), terbuka (18 tahun ke atas), veteran (40 tahun ke atas), senior (18 hingga 39 tahun), sekolah menengah (13 hingga 17) dan sekolah rendah (9 hingga 12 tahun).

Sg Petani : Protest Aman buat mangsa rogol & bunuh..!


Saturday, June 29, 2013

Di mana rakyat buta isu semasa, di situ BN menang!

oleh Zulkifli Yahaya

Media arus perdana kononnya telah berubah kini; dari media yang sedia difahami iaitu media elektronik (radio dan televisyen) dan akhbar-akhbar harian utama, kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin media arus perdana mula hilang taring. "Facebook dan Twitter adalah media arus perdana 2013 kerana media ini lebih berkesan," ujar beliau di wacana Sinar Harian yang membincangkan "Media arus perdana: Apa nasib Pakatan Rakyat?"

Pandangan itu mungkin benar jika beliau merujuk kelompok masyarakat elit dan pertengahan yang mendiami lembah kelang di mana dunia maya boleh diakses dengan mudah oleh majoriti anggota masyarakat. Kajian menunjukkan lebih 44 peratus rakyat Malaysia mengakses media sosial, cuma persoalannya bukan semuanya menekuni secara harian. Dalam kelompok itu pula bukan semuanya menatap atau melayan isu-isu semasa. Sehingga kini media belum mampu diakses oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian besar para penoreh getah, petani dan nelayan yang layak mengundi, melihat komputer macam tikus tengok besi.

Rahsia kenapa MAHATHIR masih jadi penasihat PETRONAS terbongkar..!!!


Bukan cakap kosong yee...

Masa pemimpin UMNO yang "mengalah" claim habuan dengan NAJIB selepas PRU13..!!!!

Masa untuk PM membayar kesetiaan kepada pemimpin Umno

June 29, 2013

Ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran, sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan.

Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.

Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nah Ambik..!! Sebut kata TAIB MAHMUD sampai 400 file hangpa selaknya.. jika PUAK PR..baru report ja dah mai usung masuk lokap dah..!!!


SPRM teliti 400 fail berkaitan dakwaan rasuah Taib Mahmud



Lebih 20 individu telah dipanggil manakala 400 fail diteliti berhubung dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), kata Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Bee Kean.

Lim berkata 20 individu terbabit dipercayai terlibat dan disebut dalam sebuah video yang dimuat naik di dalam 'YouTube' serta dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan Taib.

"Bagaimanapun siasatan telah bermula sebelum video tersebut didedahkan iaitu sejak Jun 2011," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Mac lepas sebuah video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW) yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib.

Alkisah seorang budak nakal…

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Seorang pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya.

Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.

“Saya tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.

“Saya tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.

“Jangan pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.

“Tak apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.

Semua menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Timmy berkata, “Ustaz fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak tahan, ustaz tukar dengan saya.”

“Takkan budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.

Malangnya, perbualan guru-guru itu telah didengari Amin. Amin berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih hebat!”

Sesi persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.

Kedah ada exco pembangkang?

Ir Amiruddin Hamzah
Ir Amiruddin Hamzah
 
ALOR SETAR - PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing.
 
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan.
 
Beliau berkata, ‘shadow cabinet’ itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR.
 
“Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai. Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya.
 
“Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 

Apabila manusia bertukar menjadi "SYAITAN"

Kanak-kanak 10 tahun dirogol bapa saudara, 3 abang
Lelaki warga emas terbabit ditahan polis sebelum dihadapkan 
ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.
 
BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.

Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.

Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.

Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.

Pakatan tikam belakang kami, dakwa Dr Nasir


 
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.

"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK

Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut.

Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?

Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya.

Dari Mana Jusuf Kalla Dapat Maklumat Karut?

Mohd Sayuti Omar, 

REAKSI                                                                                                

Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.

Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan interviu dengan Jusuf.

Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?

Walaupun kenyataan Jusuf itu berbentuk spekulasi dan andaian semata-mata tetapi ia sesuatu yang sungguh keji kerana ia memjantuhkan maruah Anwar dan pengajur himpunan Black505. Jusuf harus sedar siapa dirinya sebelum mengeluarkan tuduhan berkenaan. Persoalannya dari manakah Jusuf mendapat maklumat berkenaan yang tidak disertakan dengan bukti.

Aduhai...!! KPN pun ada kes 'palit taik' nak kira lagu mana..???

KPN Perlu Letak Jawatan Untuk Kembalikan Keyakinan Umum Terhadap Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan keyakinan awam bahawa beliau tidak bersubahat dalam kematian tahanan dengan berlaku jujur dan menyatakan perkara sebenar disebalik kematian A Kugan dan 230 orang lain antara tahun 2000 sehingga Mei 2013 atau secara terhormat meletakkan jawatannya.

Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menyatakan demikian dalam kenyataan hari ini merujuk pada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan bahawa Khalid bertanggungjawab ke atas kematian Kugan yang diseksa secara fizikal sewaktu soal siasat oleh pihak polis, 4 tahun lalu.

“Mahkamah telah memutuskan dalam sebuah saman sivil bahawa Khalid bertanggungjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham juga menyebut bahawa kecederaan yang dialami Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang anggota saja dan pegawai-pegawai senior juga tidak boleh mengatakan mereka tidak tahu menahu,” katanya.

Kenapa SPR & UMNO BN takut sangat nak buat daftar pemilih secara automatik

Lancar Sistem Pendaftaran Pemilih Automatik Segera
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PAS melihat pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun ke atas amat sesuai dan relevan meskipun agak terlambat. Namun begitu, Pas merasa hairan mengapa PM sekarang baru sedar dan mengakui hari ini bahawa pelaksanan sistem ini praktikal untuk dilaksanakan sedangkan Pakatan Rakyat telah lama menyuarakan perkara ini.

Langkah kerajaan walaupun nampak betul, ia dilihat sumbang. Sepatutnya cadangan ini telah lama dipraktikkan sebelum PRU ke 13 lagi bagi memberi laluan jutaan rakyat terutama golongan kali pertama (first time voters) mendaftarkan diri dan seterusnya menunaikan hak mereka.

Dengan kaedah yang diguna pakai sekarang, hanya pengundi yang mempunyai kesedaran tinggi dan berkelapangan sahaja berusaha mendaftarkan diri mereka. Majoriti penduduk terutama anak-anak muda yang tidak mempunyai kesedaran berhubung hak mereka memilih mendiamkan diri atau mengasingkan diri daripada menjadi pengundi. Menjadi kesukaran buat parti-parti politik turun berkempen menyedarkan rakyat agar mendaftar diri secara sukarela disamping berkempen agar rakyat membeirkan undi buat mereka.

Baik Buruknya AJI-NOMOTO

BAHAYA AJINOMOTO


Assalamualaikum.........

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Apabila kanak-kanak beli tuala wanita...


MUHAMAD MAT YAKIM

GAMBAR HIASAN

CUTI hujung minggu lalu, saya bawa anak-anak ke Kuala Selangor. Sudah agak lama tidak ke bandar yang kini semakin popular dengan cendol Bakar itu.

Tidak. Saya bukan silap tulis 'B' dengan huruf besar pada nama kedai cendol itu. Sebab, memang pun nama taukenya Bakar.. Oleh kerana namanya Bakar, maka jenamanya Cendol Bakar. Begitu saya difahamkan. Silap sendirilah jika anda ke Kuala Selangor untuk cari cendol bakar.

Iyalah kalau sudah macam-macam nama diberi pada makanan, minuman kita, disebut cendol Bakar pun orang sangka cendol bakar. Burger bakar, air kelapa bakar adalah. Cendol bakar tidak ada, yang ada cendol Bakar!

Saya ke Kuala Selangor hari itu selain untuk pekena cendol Bakar, menziarah lotong di Bukit Malawati, juga kerana di sana berlangsung wacana anjuran bersama PKNS dan Sinar Harian yang turut membariskan bos saya, Datuk A Jalil Ali sebagai panelis. Kena hadirlah, KPI!

Rakyat Di dahulukan apabila 45% penjawat awam hanya mampu sewa rumah sebab nak beli tak mampu..!!

Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah

logo cuepacs

KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
 
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
 
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
 
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.

Kenapa la ada orang dengki nak sabotaj prog. Seminar pemikiran Ust Fadhil Noor


Friday, June 28, 2013

Mungkin Abdullah Terhidu Muhyuddin Akan Tentang Najib?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Bekas Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi sekonyong-koyong menyokong cadangan agar tidak ada pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi dalam Umno. Sokongan Abdullah ini menimbulkan tanda tanya besar kepada pemerhati politik. Apakah suara Abdullah itu menandakan kedudukan Najib sebagai presiden Umno akan dicabar?

Tidak ada keperluan untuk Abdullah menyuarakan sokongan itu kalau beliau tidak terhidu apa-apa bau dari kloni Umno. Boleh jadi Abdullah sudah ada firasat sendiri yang Najib akan dicabar. Mungkin petanda atau alamat digunakan Abdullah berpandukan apa yang berlaku kepadanya sebelum ini.

Abdullah sebelum ini diejek kemudian dirancang agar dicabar oleh Najib sebagai presiden apabila bekas PM itu semasa dia memimpin Umno parti itu gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen pada pilihan raya ke-12. Ada desakan dalaman merancang untuk menjatuhkan Abdullah dengan menggunakan keputusan pilihan raya berkenaan.

Isu dakwat, skrip BN tidak menjadi

Idris Hj Ahmad, 28 Jun 2013

Walaupun PRU 13 sudah berlangsung hampir dua bulan. Isu perjalanan pilihan raya tidak terhenti setakat itu sahaja. Ahli Parlimen BN cuba mempertahankan SPR, jika PRU tidak telus macam mana 89 ahli parlimen boleh menang dan tiga negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Jawapan spontan, fasal tipu kami hanya menang tiga negeri. Jika tidak tipu, PR menang 13 negeri.

Isu dakwat kekal adalah bukti terbaru, bagaimana jawapan pemimpin BN yang flip flop. Seolah-olah skrip drama tidak menjadi, kerana pengarah mati menyebabkan pelakon hilang arah. Kenapa? Ini yang menjadi tanda tanya.

Memang daripada mula lagi, soal penggunaan dakwat ini SPR berdolak dalik. Mula-mula hendak kena tanya Majlis Fatwa, boleh atau tidak, apabila Majlis Fatwa kata boleh. Pihak SPR kata tahan tujuh hari. Apabila terbukti dakwat tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah pada hari mengundi awal. Maka SPR mengatakan, sepatutnya dakwat perlu digoncang 30 saat setiap dua jam.

Nak buat camna bila dah boleh ketua yang didapati bersalah...??

Keputusan kes mahkamah KPN ganggu moral pasukan polis

Moral pasukan polis daripada peringkat bawahan hingga ke ibu pejabat di Bukit Aman terganggu ekoran berita muka hadapan sepanjang tempoh dua hari ini membabitkan Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri yang terlibat dalam melakukan kesalahan.

Segenap pangkat malahan pegawai kanan juga mahu mendengar daripada ketua mereka sendiri mempertahankan diri ke atas pertuduhan yang dihadapinya, terutamanya KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).

"Bukan mudah menjadi seorang anggota polis dan permintaan umum sentiasa tinggi. Tapi saya sangat tidak percaya selepas membaca penemuan dalam kes Kugan," kata seorang anggota Lans Koperal yang enggan namanya didedahkan, merujuk kepada penghakiman dua hari lalu apabila hakim mengatakan Khalid bertanggungjawab ke atas tahanan yang mati di dalam lokap.

Tahanan, A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan Subang dan kemudiaanya telah dibelasah oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.

FAM, ulat dan tiket

Ahmad Nazri Khamis,

http://4.bp.blogspot.com/-lnI2QaTmkh8/UNB8WGsAQ0I/AAAAAAAABFM/FOc08_s0bGc/s1600/ULAT+TIKET.jpgBola sepak adalah satu jenis sukan yang popular seluruh dunia sehinggakan kerana sukan ini wujud pelbagai jenis perjudian yang sukar dibenteras sehinggalah ke hari ini.

Banyak kelompok-kelompok tertentu sangat aktif mengambil peluang dan kesempatan daripada kelemahan ruang sistem yang ada untuk meraih keuntungan daripada aktiviti sukan bola sepak. Malaysia, negara yang dicintai ini juga tidak asing daripada aktiviti yang tidak sihat itu malah aktiviti tersebut seolah-olah ‘mendapat perlindungan’ daripada pihak tertentu.

Bercakap soal tiket perlawanan yang sering menjadi isu sehinggakan ada penyokong pasukan merusuh semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dikatakan habis dijual.

Persoalannya sekarang, apakah benar tiket perlawanan habis dijual? Sedangkan banyak lagi kelab bola sepak, ahli-ahli kelab dan penyokong masih tidak memperolehi bekalan tiket untuk mereka.

Antara SPR dan MENTERI, Antara PEWARNA MINUMAN dan DAKWAT CALIT JARI.. ???

Anak Mami di Perantauan – Kita tak perlu dakwat ‘pewarna air sirap
28 June 2013


Parlimen baru mula bersidang. Seakan satu sumpahan, badan perundangan negara itu dengan jayanya buat rakyat ketawa besar. Kali ini dari jawapan bekas Menteri Besar Perlis yang kini jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, Shahidan memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak ada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat yang dicalit pada jari telunjuk kiri selepas sudah mengundi, sebaliknya pewarna makanan yang dibenarkan.

Penat Suruhanjaya Pilihan Raya mempertahankan dakwat kekalnya yang tak berapa nak kekal. Alih-alih Shahidan pula dedahkan bahawa benda yang dicalit ke jari pengundi itu bukan sahaja tidak kekal, malah tidak kekal kerana ia bukanlah sangat dakwat, tetapi pewarna makanan.

Siapa PEXCO... ? Petronas - Penasihat Nama TUN - Kawan Nama Ananda Krisnan...!!!

Siapa yang berikan konsessi kepada Pexco.... Sarawak atau Petronas?
 oleh Aspan Alias

Najib mempunyai tanggungjawab yang terbesar sekarang ini untuk memberitahu rakyat tentang konsessi bloc pengeluaran petroleum seluas 45 ribu kilometer persegi kepada sebuah syarikat, Pexco di Sarawak baru-baru. Isu ini bukannya isu yang kecil dan Najib serta kabinet negara tidak boleh melengah-lengahkan untuk memberitahu rakyat negara kita ini.

Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan siapa kah yang bertanggungjawab terhadap penganugerahan konsessi pengeluaran minyak yang terbesar itu kepada sebuah syarikat peribadi dan bukannya kepada Petronas? Jika Najib tidak ada dalam negara, Muhyiddin dan kabinet Malaysia wajar memberikan penerangan khas secara serius dalam jangka masa yang terdekat ini.

Petronas juga wajar memberitahu rakyat kenapa dan mengapa bloc yang terbesar itu tidak diperolehi oleh Petronas sendiri? Petronas telah diwujudkan pada tahun 1974 dahulu untuk bertanggungjawab terhadap semua hal tentang pengeluaran minyak samada dipersisiran atau diluar persisiran pantai negara ini sampai bila-bila.

TUANKU mencemar duli melawat Ust Azizan petang semalam...


Baru ada akai... masa dok buli orang tak ingat dunia..bila kena atas kepala sendiri baru nak pikiaq..!


Kerajaan UMNO BN mesin buat duit untuk politikus-politikus dan kroni-kroni..!!!

Patutlah Sultan Johor marah, macam ni rupanya 'RIV' untuk Kor Gerak Khas yang berharga RM690,000 tu..

 
Tentu ramai yang masih ingat lagi diawal September 2012 yang lalu, baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim telah melahirkan rasa dukacitanya kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Dalam masa yang sama, Baginda Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas mempersoalkan perbezaan harga yang ketara antara Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dimiliki baginda dengan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas.

Harga bagi sebuah RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor kepada GGK adalah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Kementerian Pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu berkata.. 

Mana perginya YB lompat parti?

Syed Abdullah Syed Osman ,

Mana perginya wakil rakyat yang isytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat semasa PRU12 dahulu. Mengapa senyap sunyi sahaja apabila nama mereka tidak lagi tersenarai lagi dan tidak dipilih untuk PRU-13 - walaupun mereka ini bersuara lantang menghentam kiri dan kanan parti yang mereka wakili dahulu. Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.

Perkara ini sepatutnya menjadi ikhtibar kepada mana-mana wakil rakyat agar tidak menipu atau mengkhianati pengundi anda yang memberikan mandat. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan janji manis lawan kerana anda hanya akan dijadikan alat untuk beberapa ketika sahaja. Selepas berakhirnya pilihan raya tiada siapa yang akan melayan atau sudi mengambil orang seperti ini kerana sikap tidak setia dan tiada pendirian serta tidak mempunyai prinsip ini sukar dipercayai oleh sesiapapun.

Disebalik dari Padang Merbuk ke pintu pagar Parlimen..!!

Dari Padang Merbok ke Parlimen: SAMM Ambil Tanggungjawab Penuh

Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;

1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan.

2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kuala Nerang - Rakyat dok merungut bab sampah tak angkut la pulak..!!!

Ingat Umno, jangan jadikan Kedah Darul Sampah..

(Lokasi: Berhampiran pekan Kola Nerang.. Hmm timbalan menteri dan Exco ada kat situ tapi masalah sampah tak boleh selesai)

Hangpa ingat dakgi masa BN perintah Kedah zaman Mahzir Khalid dulu. YB Mahfuz angkat bungkuih sampah pi letak atas meja Datuk Bandar Alor Setar sebabnya MBAS masa tu tak angkut sampah sampai berminggu-minggu sampai seluruh rakyat Kedah merungut.

Alhamdulillah PAS perintah... semua masalah sampah selesai dengan mudah. Rakyat Kedah gembira kerana sampah2 diangkut tak tunggu lama.

Apabila kerajaan Malaysia ikut telunjuk BN amalkan pentadbiran DENDAM KESUMAT..!!!

Politik dendam BN hancurkan aspirasi transformasi

BeritaFokus terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng .

Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan memingirkan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.

"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.

UTC Kedah beroperasi Julai ini

Oleh SHAHNI FARHANA

ALOR SETAR 26 Jun - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM40 juta dijangka beroperasi di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jalan Kolam Air mulai 22 Julai ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, UTC Kedah yang berkeluasan 77,688 meter persegi di bangunan enam tingkat itu merupakan UTC kelima di negara ini selepas dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak.

Menurut beliau, UTC Kedah menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pembangunan belia, utiliti dan pendidikan.

"Bangunan itu nanti turut menyediakan bilik mesyuarat berkapasiti 150 orang dan dua bilik seminar serta gelanggang futsal di tingkat atas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mat Noh berkata, sehingga kini sebanyak 22 jabatan kerajaan dan swasta telah membuat pengesahan untuk beroperasi dan akan ditempatkan mulai 15 Julai ini.

Kerja hangpa asyik curi motor orang saja...apa nak jadi pun tak tau laa..??

Suspek kes curi motosikal direman
Anggota polis mengiringi remaja terbabit untuk direman.
 
BALING - Dua suspek dalam kes kecurian motosikal kini direman empat hari untuk membantu siasatan dalam kes kehilangan motosikal di Pulai, Mei lalu.

Suspek berusia belasan tahun itu dikatakan memiliki motosikal curi dan polis sedang menyiasat untuk menyelesaikan masalah kecurian motosikal itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, kes itu merupakan kes yang berangkai dan polis sedang melakukan siasatan terperinci terhadap kes seperti ini.

“Mereka beli atas kawan, dan jual semula, maknanya ramai yang terlibat. Justeru, kita akan terus mengesan siapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam kes seperti ini.

Thursday, June 27, 2013

Agus - Bahana apabila kita ada yb & menteri 'dungu' dalam negara..!!

Mohammad Agus Yusoff


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Bicara seorang anak muda peserta Blackout 505 ....!!!!

Ada juga orang mahukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya supaya 
ikut baring bersama anak-anak muda di luar parlimen ....adush! 
 
Di himpunan Padang Merbuk 22 Jun yang lalu, saya telah di hampiri oleh seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai peminat blog al-Husseyn. Saya ketika itu duduk berehat sorang-sorang memerhatikan gelagat manusia disekeliling kawasan itu. Beliau memperkenalkan dirinya dan kami berbual berbagai topik. Banyak maklumat yang beliau sampaikan menyebabkan saya lebih banyak mendengar.
Petang ini, bila aku buka email, ada email dari anak muda ini. Saya rasa ingin kongsikan curahan hati dan pengalaman anak muda ini bersama pembaca blog alHusseyn. Sedikit sebanyak, saya mempunyai pandangan yang sama dengan beliau mengenai sekumpulan anak muda yang agak lebih agressif dalam tindakan mereka.
Memandangkan gelagat anak-anak muda tersebut, saya merasakan ledakan anti establishment ini semakin membara dan corak politik kita dimasa mendatang ini akan turut berubah dan akan menuntut tindak-tanduk yang lebih berani dan praktikal.

Hallo SPR.. Sila lukis dengan betul!

http://www.wartautara.com
Oleh Selena Tay

Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang.

Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini.

Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN.

SPR: APABILA PEMIKUL AMANAH SURUHANJAYA PENIPU..............

SPR: APABILA PEMIKUL AMANAH SURUHANJAYA PENIPU, PASTI KEPUTUSANNYA
TURUT PALSU DAN KELIRU. SEPERTI TAHI DAN KENCING, KEDUA-DUANYA NAJIS.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 27 JUN 2013

Ganggu dan terpaku

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB DS Dr Shahidan Kassim
(anak Tambun Tulang & saya anak Sungai Berembang) berkaitan sanad
cerita dakwat digunakan dicalit dihujong jari PRU13 pada 5 Mei 2013
lalu. Ianya telah mematah dan memotong minda saya menulis tajuk
susulan dari rencana saya yang lepas "Tok Guru Berhenti, Husham
Diketepi!!!", Ketika sedang realisasi menulis lanjutan tajuk tersebut
"KOLABORASI EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI, SETELAH HUSHAM
DIKETEPI: JANGAN UMPAMA PAPAN BATU PECAH, KALAM PATAH. ANTARA LABA DAN RUGI DIHADAPI. SIMPATI MENGHIMPIT RUMIT MENGAMIT") jadi terhalang dari
meneruskan tajuk tersebut angkara pertanyaan dan jawapan diparlimen semalam.

Terpaksa dengan marah yang mendidih yang amat sangat kepada
anggota-anggota suruhanjaya SPR tersebut. Terutamanya pemain utamanya
yang licit umpama belut kubang kerbau balar. Pengerusi SPR TS Abdul
Aziz Yusoff, Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar
termasoklah anggota surohanjaya yang lain. Mereka mengalas dan memikul
pelaksanaan tugas sebagai anggota SPR yang diperkenankan oleh DYMM SPB
YDP seperti gunting dalam lipatan yang mereka laksanakan dalam PRU13
pada 5 Mei 2013 yang lepas yang terus menerus mereka menafikan
sebelum, ketika dan selepas PRU13. Yakni mereka mesra dengan puak-puak
umNO(Baru)bN dan menjadikan PR - PAS, DAP dan PKR sebagai musoh dan
bukan pelangan mereka atas nama menjaja melelong perkasanya mereka
kerana berselindong dibawah warkah perlantikkan dari DYMM SPB
YDAdengan sombong ibn bongkak.

Sedarlah antara golongan yang berguling di luar parlimen dan makan di dalam parlimen mereka saling memerlukan..!!

Antara aksi jalanan dan sidang dewan
Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya duduk melepaskan lelah di atas pembahagi jalan, di depan Ibu Pejabat Bank Rakyat, sambil tunduk memejam mata, selepas menapak perlahan dari Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Padang Merbok, petang Sabtu, 22 Jun lalu, terasa seseorang memegang erat tangan saya.

Saya mendongak. Rupanya Adam Adli Abd Halim, aktivis mahasiswa yang selalu "bikin gempar". Wajahnya merah bercahaya disimbah peluh. Nampak agak penat. Jerebu tebal turut membuatkan pernafasan saya terganggu.

Adam yang berarak dari Universiti Malaya memeluk saya. Ya, agak lama kami tidak berjumpa. Beberapa kali dia bertamu ke rumah saya, termasuk bersama ayah dan ibunya semasa cuti Aidilfitri tahun lalu.

Perbualan pendek kami kerap terputus. Ramai anak-anak muda, yang hampir sebaya dengan Adam, yang melintasi kami, berhenti untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya.

Saya akui, dia memang popular, tidak putus-putus berjabat salam. Ada seorang kenalan Cina turut menawarkan air mineral kepada kami. (Hari itu saya perhatikan tidak ramai masyarakat Tionghua, malah amat ketara penurunan jumlahnya berbanding himpunan pertama di Kelana Jaya, mungkin disebabkan gertakan pihak polis yang mahu melibatkan tentera, dan ramalan berlaku huru-hara, selain masalah jerebu).

Awas!!! page FB & WEBSITE ini didapati berprovokasi melagakan DAP dengan orang ISLAM....!


Jika hangpa nak kepastian boleh pie lawat 
laman sosial dan fb tersebut....

Syed Hamid Albar nie nak perli Ghani atau Najib sebenarnya nie...?


Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?

Oleh Shabudin Husin

Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.

Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.

Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?

Ingat!!! bukan STAFF INSANIAH yang tak terima gaji tapi geng STAF INSANIAH HOLDING


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Jun 2013, Bertajuk ’Staf INSANIAH tuntut gaji’ adalah di sanggah sama sekali. Berikut disertakan kenyataan yang sebenar bagi menjernihkan keadaan dan nama baik INSANIAH di mata masyarakat.

Wartawan Sinar Harian (SH) perlu menggunakan tajuk seperti ”Staf INSANIAH Holdings tuntut gaji”. Ini kerana kakitangan di bawah Kolej Universiti INSANIAH telah mendapat gaji bagi bulan Jun 2013 pada semalam (25 Jun 2013). Untuk pengetahuan semua pihak, pembayaran gaji kepada kakitangan di bawah INSANIAH tidak menghadapi apa-apa masalah malah lebih baik dari sebelum ini. Kami kakitangan KUIN menyanggah sama sekali kenyataan yang dibuat oleh akhbar ini.

Sila gunakan tajuk yang lebih tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan pembaca. Akhbar Sinar Harian juga telah menimbulkan persepsi yang negatif apabila pada 7 Jun 2013 telah menyiarkan ”INSANIAH bakal diswastakan” dan bakal dijual kepada pihak luar. Kami kakitangan INSANIAH tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

Adakah akan wujud KERAJAAN PERPADUAN bila BN kalah di Kuala Besut


Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?


SHAH ALAM - Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail.

Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR.

Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati

Oleh Aspan Alias

Tidak ada siapa yang mempunyai pemikiran yang realistik akan berupaya mengakui yang dinegara ini sudah ada politik berbilang kaum dalam sesuatu parti. Begitu hebat sekali isu ini menjadi bahan atau barang jualan politik sekarang ini khususnya sebelum pilihanraya ke 13 yang lalu. Tiada pihak dapat melakukan apa yang mereka jaja dan laungkan dimana-mana.

Masing-masing dengan ‘intrigue’ politik masing-masing dan tidak ada pihak yang serius untuk membina politik berbilang kaum ini. Masih ada lagi unsur satu pihak cuba untuk menguasai satu kaum yang lain dengan melakukan helah yang berbagai semasa pilihanraya yang lalu. Tidak ada satu pihak yang mahu mengakui yang keadaan ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi pimpinan parti yang berteraskan kepada perkauman ini payah untuk menerima hakikat ini.

Apa yang dilaungkan tidak selari dengan apa yang dilakukan. Tentulah keadaan ini berlaku kerana tidak ada kejujuran untuk melakukannya dan ini hanya melambangkan masih wujud dalam jiwa masing-masing sifat tidak mempercayai diantara satu dengan lain. Perhubungan baik yang dipaparkan hanyalah untuk tempelan sahaja bagi mengaut sokongan ramai dalam pilihanraya itu.

‘Sayonara’ kepada politik lama... bersedialah menerima hakikat kehadiran politik baru di Malaysia

Oleh Abd Shukur Harun

Sebuah buku ‘Kemenangan Yang Tertangguh – Analisis keputusan PRU ke-13 dan unjuran kemenangan masa depan’ mengajak kita merenung, antara lain, mengenai kemenangan PAS di Selangor dan Terengganu serta kemerosotan PAS di peringkat Parlimen.

Di samping itu, buku yang ditulis oleh saudara Mohd Hasbee Muda, seorang ahli akademik dan penganalisis muda ini, juga membandingkan kejayaan dan kekalahan parti-parti yang bertanding serta nasib masa depan BN dan Pakatan Rakyat.

Tulisan saya kali ini tidak semata-mata memfokaskan kepada kandungan buku ini, tetapi cuba menghubungkannya dengan beberapa faktor lain yang menyerlah dalam PRU yang lalu, termasuk ketokohan pemimpin muda yang bertanding dan menang.

PRU13 - siapa tipu siapa?

Oleh Harun Din

SEGALA-GALANYA bergantung dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Kalau insan Muslim hilang takwanya macammacam boleh dia lakukan.Orang yang tidak bertakwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada istilah bagi mereka dosa dan pahala. Tipu-menipu terhadap manusia adalah perkara kecil saja bagi mereka.

Kepada Allah pun mereka boleh tipu tanpa sedar, orang yang bernama Islam ini, telah menipu Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 8 dan9 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Inilah puncanya apa yang anda sebut, sebagai satu penipuan dalam PRU13 kalau betul ia berlaku. Sekarang dalam proses pembuktian, benar atau tidak penipuan berlaku, menjadi kewajipan kepada individu yang terlibat membuktikannya. Kalau gagal untuk membuktikannya, jangan disalahkan orang lain pula.

Maaf tak ada Undang-Undang SPR yang bagi calon menang FREE bila ada YB meninggal

Mohammad Agus Yusoff

Saya menerima banyak pertanyaan berikut dari kawan-kawan: "Mengikut undang2 SPR fasa 2 bhgn 5, tiada PRK jika kematian ADUN dlm 60 hari selepas PRU. ADUN baru dipilih dari parti Bekas ADUN yg meninggal." Betulkah?

Saya tidak pasti Undang-Undang SPR mana satu yang dirujuk oleh sahabat yang bertanya kerana Undang-Undang SPR dan peraturannya banyak. Setakat pengetahuan saya tidak begitu.

Yang pasti ialah peruntukan Perkara 54(1) Perlembagaan yang menyatakan apabila berlaku kekosongan luar jangka, maka pilihan raya kecil hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari kekosongan itu disahkan oleh SPR setelah dimaklumkan oleh Speaker Dewan. Ini pasti!

Begitupun, jika berlaku kekosongan luar jangka dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen terbubar, maka pilihan raya kecil tidak perlu diadakan melainkan jika Speaker Dewan memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan demikian kekosongan hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan diterima.

Pegawai agama pertama dilantik ahli Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan


LANGKAWI - Pegawai Agama Daerah Langkawi Syeikh Mohd Noor Ismardi Ismail menjadi pegawai agama pertama dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) bagi penggal 2013/2014.

Yang Dipertua MPLBP Zabudin Hat berkata pelantikan Syeikh Mohd Noor Ismardi bagi membolehkan pandangan didapatkan dari sudut agama mengenai pelbagai isu, perancangan dan aktiviti di pulau peranginan ini.

Sementara itu MPLBP akan meningkatkan kempen kebersihan termasuk mengadakan gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan selaras dengan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Usaha ini penting menjelang sambutan kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kata Zabudin selepas majlis angkat sumpah 14 anggota majlis MPLBP penggal 2013/2014 di sini hari ini. - Bernama

Wednesday, June 26, 2013

Mahkamah kata Kugen mati 'ketua polis' & 'kerajaan' yang bunuh..kena bayar gantirugi RM851,700.00 .!!!

Keluarga Kugan menang saman terhadap k'jaan
 
Keluarga mendiang A Kugan – tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM801,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden.

Dakwat kekal SPR sedap sehingga menjilat jari..!!!

Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

Dalam PR sekarang ini perlu ada 1 golongan 'AMAR MAKRUF' & 1 golongan 'NAHI MUNGKAR '

Ingatlah....kita sebenarnya..........


- Perlu ada 1 golongan 'NAHI MUNGKAR ', sementelah juga perlu ada 1 golongan 'AMAR MAKRUF'

Blackout505
- tidak harus diberhentikan
- cuma direhatkan sementara
- sementelah lagi kini parlimen mula bersidang
- dan utk 6 bulan akan datang , PR perlu buat 'HOMEWORK' untk cuba2 menentang 'SYAITAN YANG DIKENALI' samada di mahkamah , ataupun balai2 polis , atau di mana2

tidak siapa menyangka , perjuangan yg dikatakan bermula soal peribadi 'PROJEK LIWAT' & 'RASUAH' 1998 , malah bermula lebih awal lagi iatu sekitar 1996

- yg isu pokoknya kerana penentangan DSAI ke atas mahathir

- atas dasar kronisma & nepotisma

- suatu yg sgt asing asing bagi hampir 99.9% rakyat ketika itu

- kecuali 0.1% sahaja yg sedar & tahu [ yg terdiri dari pemain tegar kronisma & nepotisma]

Apabila dikatakan BN berjerebu... namun PR juga berjerebu...!!!

Tidak ada yang tidak berjerebu, semuanya berjerebu


Jerebu semakin hari semakin menebal. Walaupun berkurangan di selatan tanah air tetapi ia menebal di Kuala Lumpur dan Selangor. Bacaan API ialah diantara bahaya kepada amat merbahaya. Pengalaman jerebu 1997 dahulu sangat menyakitkan kehidupan kita. Sekarang keadaan itu berulang dan semua tahu sebab ia berlaku.

Dari tingkap rumah saya semalam sehingga pagi tadi masih lagi nampak dengan jelas bangunana Hotel Summit yang jauhnya hanya empat ratus meter sahaja dari rumah saya. Tetapi sewaktu saya menulis ini bangunan Hotel itu sudah diliputi sepenuhnya oleh jerebu itu. Saya tidak pandai menilai tahap jerebu secara saintifik. Saya hanya melihat bangunan Hotel Summit itu sahaja. Jika bangunan Hotel itu tidak kelihatan lagi ia bermakna jerebu semakin serius.

Tahun ini sememangnya kita tahu berjerebu. Suasana semuanya penuh dengan jerebu. Keadaan udara kita berjerebu, entah bilakan selesai. Politik juga berjerebu. Semuanya berjerebu. Himpunan 505 juga berjerebu. Pentadbiran kerajaan berjerebu dan parti-parti politik juga dihinggapi jerebu dengan dahsyatnya.

Sudah-sudah laa dok demontrasi tuu....ada juga orang tak sukanya..!

Sudah sudah laaa.... cara hangpa dok buat terguling tertldoq depan parlimen tu ada yang tak sukanya....jadi pakat2 pikiaq laaa mana yg terbaik... nak tau apa kata depa....

Agus - Apa peranan membahaskan titah ucapan Agong?


Selepas berhimpun, elok berehat. Kaji kelemahan sendiri pula

oleh Aspan Alias

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata tidak ada himpunan ‘black 505’ lagi buat sementara waktu ini. Apa yang menyebabkan beliau berkata demikian tidak pula dapat difahami kerana beliau masih lagi belum berjaya meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR berundur serta meletakkan jawatan mereka.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR diminta berundur dan meletakkan jawatan diatas tuduhan pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, penipuan besar-besaran telah berlaku semasa PRU 13 yang lepas. Ketua Pembangkang ini berkata selepas perasmian konvensyen Pakatan Rakyat semalam.

Semasa himpunan 505 sehari sebelum itu, Anwar berkata yang beliau sependapat dengan pandangan Husam Musa, Naib Presiden PAS yang ada dikalangan Pakatan Rakyat yang sedang menghadapi sindrom kepenatan. Mereka ini, kata Husam itu adalah, UMNO dalam Pakatan Rakyat.

Anwar meminta semua pihak supaya tidak dihinggapi penyakit sindrom kepenatan ini kerana perjuangan untuk meminta SPR meletakkan jawatan belum tercapai lagi. Tetapi kita mesti juga menerima hakikat bahawa rakyat yang ramai ini juga memerlukan masa untuk merehatkan pemikiran mereka. Rakyat ini manusia dan memerlukan rehat dari memikirkan tentang himpunan dan demonstrasi-demonstrasi ini.

Kadi daerah suka "TARIAN GELEK" dari "KULIAH AGAMA"..!!!

Kenapa kadi tidak bertindak ke atas tarian gelek?

SEGAMAT: "Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu disekat?"

Inilah antara perkara yang dibangkitkan Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod kepada Kadi daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman berhubung larangan membenarkan Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di sebuah madrasah, di Segamat, 22 Jun lalu.

Beliau turut mencabar pihak kadi tersebut untuk menahan Ustaz Azhar pada malam tersebut jika benar bersalah dan bertegas untuk meneruskan majlis ilmu tersebut yang kemudiannya mencatat kehadiran lebih dari 10,000 hadirin.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Firdaus berkata beliau kesal dengan keadaan itu, yang mana kuliah agama yang membawa kepada kebaikan cuba disekat, sebaliknya tidak berbuat apa-apa terhadap tarian gelek yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

AL FATIHAH... ADUN BN KUALA BESUT meninggal dunia...


Tok Guru Berhenti Husam Di Ketepi..!!!

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
12 SYAABAN 1434H (JUMAAT) 21 JUN 2013

Pasti tidak lengkap dan sempurna, sekiranya saya membincangkan Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar atau mantan MB, kalau sejarah politik terdahulu dan senarai menteri besar ketika itu tidak diangkat dan diketengahkan untuk pengetahuan anak-anak muda generasi 'Y' yang mencorakkan perjalanan politik negeri Kelantan dan negara kini secara sepintas lalu. Sebelum merdeka UMNO menjawat jawatan MB Kelantan melalui ehsan telunjuk British. Mereka yang dilantik adalah TS Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud menyandang dari tahun 1944 - 1953 . Selepas itu diganti dengan YBM Tengku Hamzah bin Raja Dewa Tengku Zainal Abidin 1953 - 1959. 

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pilihanraya umum pertama dikendali oleh SPR selepas merdeka diadakan pada tahun 1959. Walau UMNO telah terap dan merealisasi misi dan visi UMNO selama 15 tahun dibumi Kelantan menjelang merdeka. Tetapi UMNO telah tewas dalam pilihanraya pertama di Kelantan. PAS berjaya menawan Kelantan dan melantik Dato' Bentara Jasa Haji Ishak Lotfi bin Omar menjadi Menteri Besar pertamanya dari tahun 1959 - 1964 kerajaan PAS. Tahun 1964 - 1973 jawatan MB Kelantan disandang pula oleh Dato' Seri Peduka Raja Haji Mohd Asri bin Muda (1963 - 1973 kerajaan PAS dan 1973 - 1974 kerajaan Champoran PAS - UMNO dan jadi BN). 

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.

Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.

Anwar Parlimen“Titah Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,”

“Maknanya kalau pidato titah Tuanku itu sebagai arahan, (maka) tidak ada perbahasan.

“Hal ini kerana prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ialah asas itu (titah Diraja) untuk dibahaskan, bukan arahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.

MAJLIS PROFESOR NEGARA pun buta sejarah..dok salah budak dapat A..!!!



MAJLIS PROFESOR SENDIRI PUN BUTA SEJARAH DOK SALAH BUDAK DAPAT A...

Pelajar dapat 'A' pun tak tahu sejarah

Khoo Kay Kim
Khoo Kay Kim
 
KUALA LUMPUR - Ramai pelajar kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya mencatat gred 'A' dalam peperiksaan, kata sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Tokoh akademik terkenal itu berkata pelajar sekarang belajar sejarah dengan cara menghafal dan bukan memahaminya.

"Pada masa dulu, untuk mendapat 70 markah pun susah, tetapi sekarang mereka boleh dapat 90 ke atas.

"Ramai pelajar sekolah sekadar menghafal esei kerana mereka boleh agak topik apa yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya pada pembentangan di 'Second Education Nation Conference', di sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...