TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014



Monday, May 6, 2013

PRU13 dah berlalu.. Ayuh kerja AMAL pula..!!!

PRU13 sudah berlalu.
 
Biar apa pun keputusannya, agenda membantu rakyat marhaen keluarga miskin di bawah sana perlu diteruskan. Kami di NGO Wargakilang dengan ini ingin menjemput sesiapa saja yang  berminat, mai la join konvoi amal kami masuk kg pada 18 hb Mei nanti. Ikut kalendar aktiviti kami, plan asalnya ialah pada 4 Mei tetapi terpaksa ditunda ke 18 Mei utk memberi laluan kpd hari mengundi, dan tak mahu orang keliru antara gerak kerja praya dan kerja amal. Sesiapa yg berminat sila tunggu sekitar jam 8-830 pagi di parking lot KHTP, Kulim Kedah, bawa brg2 sumbangan masing2 dan bagi sendiri.
 
Kali ini, kita plan nak masuk area Selama di negeri Perak, insyaallah.
 
Sekian
6.5.13

Wargakilang: Jom Masuk Kg - Hari Buruh 2013

Baru-baru ini, dalam agenda untuk meneruskan tradisi tahunannya, skuad riki Wargakilang sekali lagi telah masuk ke kg-kg di pedalaman, mengenal pasti keluarga miskin untuk dimasukkan ke dalam senarai penerima program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang, yang sering diadakan pada cuti hari Buruh setiap tahun.
(Perjalanan kali ini membawa kami ke kawasan desa yang indah permai di pedalaman Selama, Perak)

(Ada sesetengahnya terletak jauh ke pedalaman, kereta biasa terpaksa parking jauh, kawan-kawan terpaksa tumpang kereta TRITON saya untuk sampai ke sana)

Antara yang tidak dapat saya lupakan ialah perjalanan ke rumah Paksu Mat, merentas denai hutan, kebun getah, jalan kampung dan titian reput.
(Melalui kebun getah dan denai hutan)

(Merentasi titian kayu yang sedang mereput)

(Titi batang pinang ini tidaklah mencabar sangat, tapi bagi anak saya si Iman yang OKU – berbaju biru – perjalanan merentas titian ini amat mencabar buat beliau, menjadi sebuah therapy diri yang semula jadi buat dirinya)
(Inilah sumber bekalan air “bersih” buat Paksu Mat dan keluarganya)

Sesiapa yang nak ikut expedisi JJMK kali ini, tolong bawa sendiri botol air mineral dan mungkin sehelai tuala kecil good morning, sebab perjalanan ke rumah Paksu Mat ini bagaikan sebuah jungle tracking!

Ini bukanlah gambar rumah Paksu Mat, tetapi adalah antara rumah-rumah kampung yang sempat kami singgah dalam perjalanan kami di daerah Selama Perak ini.
(Sebuah rumah berdinding buluh dan berattap rumbia di Kg Tanjung Lengkong, Selama Perak)

Kami dimaklumkan setelah kunjungan kami, mungkin sempena musim PRU bangkali, rumah ini sedang “berubah wajah” dengan bantuan pihak-pihak yang berkenaan – Terima Kasih!

Ini pula adalah rumah Abang Mie yang sedang dalam proses pembesaran – menjadi tempat tinggal untuk 5 orang anak-anaknya.
(Rumah asalnya di atas rizab sungai; bila kerajaan nak buat jambatan, Abang Mie dapat sedikit pampasan tapi tak berapa cukup nak buat sebuah rumah baru yang sempurna. Dia tengah buat sendiri rumahnya ini setakat yang mampu)

Penghuni rumah di bawah ini pula punya satu kisah yang agak special. Tinggal menghuni di dalam rumah pusaka ini ialah 3 beradik perempuan, 11, 16 dan 17 tahun, bersama bapa saudara mereka, Pakcik Adam dalam usia 40an.

Menurut kisahnya, setelah ibu mereka meninggal dunia sewaktu si bongsu berusia lingkungan 5 tahun, ayahnya berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki, memandu lori dan sebagainya. Sesekali ayah mereka akan kirimkan duit belanja, pulang pula setahun dua tiga kali sahaja, terutamanya di musim2 raya. Tinggallah Pakcik Adam, yang berpenyakit sakit kulit dan membujang itu membesarkan mereka dengan apa yang ada.

Pakcik Adam tidak punya kerja tetap, sekadar buat kerja kampung dan ambik upah apa-apa kerja yang diberi. Bila sering terputus wang, tanah pusaka ini terpaksa dijual, tapi nasib baik tuan yang beli tanah ini berhati mulia – masih mengizinkan 3 beradik ini dan Pakcik mereka untuk terus menetap di rumah pusaka ini.

Insyaallah keluarga ini akan dimasukkan ke dalam senarai penerima sumbangan dlm expedisi JJMK Wargakilang di Hari Buruh nanti.

Turut kami kunjungi ialah rumah Nenek Jumaah, yang berusia hampir 100 tahun ini.
(Dlm expedisi JJMK Wargakilang, kami sering meng-impikan untuk dipertemukan dengan insan istimewa seperti Tok Jumaah yang lanjut usia ini – apa tidaknya, kerja hariannya tidak lain hanyalah membaca Quran dan Mukadam sahaja.)

Sempat saya mohon bantuannya, tolong doakan agar anak saya si Iman yang “slow learner” ini, insyaallah membesar normal seperti anak-anak yang lain.)

Perjalanan seterusnya membawa kami ke kampung Sumatera, Selama Perak.
(Abang Helmi yang cacat kulit badannya – bekerja kampung mengait sawit, tinggal bersama ibunya yang sudah tua)

Gambar bersama Abang Helmi ini amat istimewa buat saya – kerana di celah raut wajahnya boleh nampak warna-warna kemiskinan yang terselindung di sebaliknya. Saya rasa puas hati dan gembira yang amat sangat bila saya dapat tolong sampaikan beberapa kampit beras yang kawan-kawan kirimkan itu.

Perjalanan di kg-kg di pedalaman Selama ini agak mencabar buat sesetengah orang, terutama yang jarang masuk ke kg-kg pedalaman; kali ini banyak melalui jalan-jalan kampung tidak berturap dan hutan kelapa sawit.
(Jalan bengkang bengkok antara celahan pokok kelapa sawit)

(Jika hujan, jalan-jalan seperti ini akan menjadi lebih mencabar)

Antara penemuan istimewa buat saya -  menggamit memori silam sewaktu arwah ibu memasak nasi menggunakan dapur kayu di bawah rumah:
(Masih ada rupanya masyarakat pedalaman yang masih meneruskan tradisi hidup seperti ini)

Gambar di bawah ini ini pula adalah sebuah kenangan tersendiri buat saya dan sdra Satar (berbaju oren Wargakilang).
(Kerana, setelah kunjungan kami ke rumah ini, kami dimaklumkan sdra Mohamad Khairul dan isterinya – penangan PRU bangkali - Alhamdulillah sedang mendapat rumah baru daripada pihak-pihak tertentu, yang insyaallah akan lebih sempurna tentunya. Terima kasih.)

Ada manafaat juga rupa-rupanya Wargakilang masuk kampung di musim-musim PRU ini!!

Last sekali, apabila terkenangkan keluarga-keluarga miskin yang kami kunjungi ini dan juga yang sebelum-sebelumnya, saya teringatkan satu tazkirah yang saya dengar dari seorang orang alim, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Yahya dari Pondok Kg Pisang, Baling Kedah malam tadi.

Kata beliau:

“Sejahtera dan berkatnya sesebuah negara itu di sisi Allah, bergantungnya ia kepada 4 perkara. Pertama, wujudnya golongan alim ulamak yang sentiasa berkata benar, menjadi panduan dan rujukan. Ke-2, pemimpin yang adil. Ke-3: orang kaya yang jujur, pemurah yang gemar menafkahkan hartanya untuk kerja-kerja kebajikan di jalan Allah, dan ke-4: Orang-Orang Miskin yang redha dengan kemiskinannya, dan sentiasa menDOAkan kesejahteraan untuk negara tersebut”

Hmm, dalam tak sedar, di musim-musim PRU ini, ramai yang terlupa mengenai golongan miskin yang terpinggir ini, masyallah mungkin tak semua kita sedar bahawa selama ini DOA merekalah antara yang mengizinkan kita untuk terus hidup dalam suasana sejahtera yang kita ada hari ini.

Wajarlah sekiranya jika sesekali, di celah-celah kelapangan masa yang ada, meh lah ikut kami NGO Wargakilang pi melawat dan bagi bantuan kepada mereka di musim cuti Hari Buruh nanti.

Asalnya, kami plan nak buat pada 4 hb Mei 2013, tapi tiba-tiba PRU jatuh pada keesokan harinya. Maka tarikh tersebut terpaksa ditukarkan ke 18 Mei hari Sabtu 2013. Kepada yang berminat, sila berkumpul di parking lot KHTP, Kulim Kedah, jam 8.00 pagi pada hari berkenaan, bawa barang dan sumbangan masing-masing, nanti pi sendiri bagi sendiri, NGO Wargakilang tidak mengutip sebarang sumbangan berbentuk kewangan.

Sekian, mudah-mudahan kerja buat kita ini ada kebaikannya buat kita semua.

moniermatdin@yahoo.com
18.4.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...