TERKINI :

Monday, May 13, 2013

Liga Perdana : Jadikan Perlis mangsa patukan Kenari malam ini..!!!

E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (122) Isnin, 13.5.2013
Wartawan: Bashah Zainol Abidin 
Foto/Grafik: Tajul Arifin Kamal Baharin

TUMPUKAN PERHATIAN DAN JADIKAN KEKALAHAN KEPADA PERLIS PADA PERLAWANAN PUSINGAN PERTAMA MENJADI TELADAN SERTA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MERAIH KEMENANGAN

PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Han Chow mahu kesemua pemainnya memberi perhatian mereka selama 90 minit permainan serta menjadikan kekalahan kepada Perlis pada pusingan pertama Liga Premier ketika bertemu lawan yang sama malam ini di Stadium Darulaman walaupun Kedah adalah pasukan pelawat malam ini.

Menurutnya, barisan pemain Kedah perlu memastikan mereka tidak mengulangi sindrom melepaskan jaringan selepas berjaya mendahului lawan kerana ini hanya menyukarkan lagi usaha mereka mencari mata penuh pada perlawanan malam ini.

“Semua orang tahu Perlis bukanlah mudah dijinakkan khususnya ketika kita bertemu mereka kerana sebelum ini pada awal Liga Premier musim ini kita terpaksa berputih mata walaupun lawan kita hanya beraksi dengan 10 orang pemain, kita dengan sebelas.

“Ketika ini prestasi pasukan Kedah sudah bertambah baik dan peningkatan pada permainan inilah yang mengizinkan kita mencapai dua kemenangan pada dua perlawanan lalu mengatasi Pos Malaysia 5-1 dan Sabah 3-2 di Stadium Darulaman.

“Pemain saya perlu menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Darulaman untuk mencari kemenangan ketiga berturut-turut walaupun terpaksa berdepan lawan yang menjadi badi sejak dahulu lagi. Inilah peluang terbaik kita untuk memperbaiki kedudukan kita pada tangga liga ketika ini,” kata Datuk Jeffery.

Katanya, Nelson San Martin tonggak tengah Kedah masih tidak dapat dibariskan dalam kesebelasan utama negeri kerana dia masih menjalani hukuman pergantungan dua perlawanan dan Zuraindey Jumai yang sudah selamat menjalani pembedahan dan terpaksa di rehatkan selama enam bulan.

“Akmal Rizal Ahmad Rakhli sekali lagi menjadi harapan kita untuk mengemudi bahagian tengah setelah dia berjaya beraksi dengan cemerlang pada perlawanan lalu dan dia adalah pemain terbaik Pasukan Hijau kuning ketika mengatasi cabaran Sabah Jumaat lalu.

“Alen Guc juga sudah mula menampakkan keserasian dengan barisan pemain tempatan kita dan ini pasti memberi kelebihan kepada kita, dengan kehadiran penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri yang pasti menjadi duri dalam daging kepada pertahanan lawan.

“Anak buah saya sudah faham apa yang mereka perlu lakukan malam ini dan ketua jurulatih, Mario Tot juga sudah pasti menyediakan ramuan terbaik demi kejayaan kita meraih mata penuh pada perlawanan yang begitu mencabar dan penting bagi kita,” kata Datuk Jeffrey.

END.
#iamhijaukuning
© Media KFAWartawan: Bashah Zainol Abidin

© Media KFA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...