TERKINI :

Monday, May 13, 2013

Kesal ada pihak persenda keadaan bekas MB Kedah

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Pas Kedah kesal kerana beberapa komen dalam laman sosial Facebook dilihat cuba mempersenda keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak,selepas kedua-dua kakinya dipotong.

Ketua Penerangannya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya sentiasa mengemas kini status kesihatan Azizan menerusi laman sosial untuk mengelak maklumat tidak tepat disebarkan, seperti Rabu lalu, di mana penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar mengatakan Azizan meninggal dunia.

Bagaimanapun, pihaknya terkejut apabila terdapat segelintir mempersenda kehilangan kaki Pesuruhjaya Pas itu, dengan komen keterlaluan.

“Ini bukan perkara main-main, Azizan sedang bertarung nyawa, ada pihak pula cuba tegangkan keadaan. Saya harap komen tidak berfaedah seperti itu dihentikan segera, sebaliknya doakan kesejahteraan pesakit,” katanya.


Menurutnya, antara komen yang boleh mengguris hati ahli keluarga Azizan ialah apabila menyamakan keadaan beliau kini dengan pelaksanaan hukum hudud, setelah BN terajui Kedah.

“Saya harap semua pihak mendoakan kesihatan beliau selepas menyumbang kepada pembangunan Kedah selama lima tahun, janganlah diaibkan atau mencaci beliau tatkala tidak lagi memegang pentadbiran negeri,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga bekas setiausaha politiknya berkata, Azizan sememangnya mesra dengan semua pemimpin termasuk parti lawan, dan tidak hairanlah, pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menziarahi beliau di Hospital Pulau Pinang (HPP). [SH]

1 comment:

lijitra said...

penulis atau pengkomen yg meyebarkan berita salah mengenai kesihatan ustaz azizan memang tidak bertanggungjawab atau lebih elok lagi kita katakan pada depa2 ni sebagai haramjadah.tak habis2 dgn fitnah.semoga Allah laknat orang sebegini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...