TERKINI :

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://utusandaily.blogspot.com/2014/11/4-hotel-paling-unik-di-malaysia.html

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014



Tuesday, May 14, 2013

Kedah Jatuh - Golongan yang perlu undur diri...!

Mahmud Zaim Musa

Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan PAS Kedah sehingga hilangnya Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang lalu..

Walaupun Hj Phahrol telah memenangi kerusi N17 Pengkalan Kundur dengan majorati 3884 jauh lebih besar berbanding pada PRU 12 yang lalu tetapi beliau dengan prinsipnya yang tinggi telah melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Mahfuz Omar yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru untuk membentuk barisan kabinetnya yang baru bagi menyusun gerak kerja untuk menawan semula Kedah pada PRU 14 nanti..

Di peringkat PAS Pusat saya menyeru Presiden TGHH juga perlu mengambil langkah yang sama untuk melepaskan jawatannya sebagai mengambil sikap bertanggungjawab atas kekalahan PAS di beberapa kerusi parlimen yang dulunya 27 kerusi tetapi sekarang pada PRU 13 hanya tinggal 21 kerusi..


Pada pendapat saya juga Senator Yusuf Husin perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Kedah serta jawatankuasanya kerana gagal memainkan peranan yang berkesan dalam gerak kerja pilihanraya tetapi sebaliknya lebih berpolitik sesama sendiri.

Che Had Dali perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bilik Gerakan Negeri kerana dalam suatu ‘briefing’nya dulu didepan TGHH Presiden PAS telah menyebut Dato’ Seri Ustaz Azizan merupakan faktor kepada penyumbang kemenangan PAS di Kedah sebanyak 70% sekiranya dia bertanding lagi dalam PRU 13 tetapi apa yang berlaku disebaliknya, bukan Kerajaan Kedah sahaja yang telah hilang bahkan kakinya juga hilang akibat kesihatannya yang terlalu dhoif.

Kalau mereka tidak mahu jga melepaskan jawatan saya menyeru agar Pesuruhjaya PAS yang baru Mahfuz Omar agar memecat mereka yang terbabit dalam politiking sesama sendiri bagi membentuk barisan kepimpinannya yang baru bagi memacu kejayaan dalam PRU 14 nanti…

SEMOGA ALLAH SWT AKAN SENTIASA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH.... —

6 comments:

cucoq said...

Kepada ustat mahmudzaim yang pro syiah, saya nak tanya kalau mengikut persepsi ustat berdasarkan kenyataan di atas, mat sabu patut letak jawatan sebagai timbalan presiden pas pusat sebab kalah di pendang.

Di peringkat pusat, pertambahan kerusi pas di negeri lain samada dun atau parlimen berlaku. Hanya di kedah saja kemerosotan berlaku.

Harap jangan dok tala TGHH hanya disebabkan ustat hadi kental melawan syiah!

NoBlog said...

Semua orang nak kena berenti?....Nanti sapa yang tinggal?....Camne blogger2 yang gagal bantu kemenangan di negeri terbabit?....kena berenti menulis?....

lan said...

Petikan artikel -
"Che Had Dali perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bilik Gerakan Negeri kerana dalam suatu ‘briefing’nya dulu didepan TGHH Presiden PAS telah menyebut Dato’ Seri Ustaz Azizan merupakan faktor kepada penyumbang kemenangan PAS di Kedah sebanyak 70% sekiranya dia bertanding lagi dalam PRU 13 tetapi apa yang berlaku disebaliknya, bukan Kerajaan Kedah sahaja yang telah hilang bahkan kakinya juga hilang akibat kesihatannya yang terlalu dhoif" - SATU PENGHINAAN TERHADAP US AZIZAN......SANGGUP MAHMUD ZAIM KATA BEGITU PD US AZIZAN, SEOLAH-OLAH MAHMUD ZAIM AKAN KEKAL SIHAT TANPA SEBARANG SAKIT....

sembangsaja said...

manusia seperti Mahmud Zaim lah yang penyebab kepada kehancuran Islam..Suka mengadu domba..idea dan pendapatnya yang betul..MUDAHAN Dia bertaubat sebelum ajalnya tiba..

lya syah said...

oiiiii lebai hang suruhla anwar pi mengajar kan dia dh kata klu kalah..hang takyah dok kalutla dok sruh TGHH aku taula hang x suke kat dia..apa hang tulis bukan ilmiah cume nak cari publisiti je...ustaz pencacai parasit kau ni ek

tengala said...

Penulis jenis inilah perosak jemaah..mereka cuba menimbulkan was2 dalam perasaan orang Islam...Nabi saw dan sahabat2nya pun tak pernah menang kesemua perang dalam melawan orang kafir..Saranan aku kepada Jemaah PAS kita teruskan perjuangan menegakkan Islam...Ingat kata2 Tuan Guru Hj Saleh..selagi pemimpin tidak melanggar Hukum Syarak kita mesti ikut..Kalau PAS Kedah nak kalah beratus kali lagi dalam PRU pun aku tetap akan bersyukur kerana disitulah adanya perjuangan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...