TERKINI :

Monday, May 20, 2013

Di Pohon EXCO Agama Kedah yang baru nie pikiaq sat bab 'remaja minum arak' nie..??

Pantau remaja minum arak
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2013
Pantau remaja minum arak
Botol arak ditemui berselerak di kawasan taman permainan.
 
KULIM - Tindakan segelintir remaja Islam yang menjadikan taman permainan sebagai tempat untuk minum minuman keras pada waktu lewat malam perlu dipantau segera pihak bertanggungjawab.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihaknya meminta Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) memantau perlakuan remaja Islam yang kebanyakannya berusia awal 20-an di mana ke semua mereka terlibat sudah bekerja.

Menurutnya, masalah ini harus ditangani untuk memastikan remaja Melayu beragama Islam akan lebih menghormati larangan agama selain meninggalkan perbuatan yang tidak berfaedah itu.

“Kita harus tangani masalah ini dengan seberapa segera. Penjualan arak secara terbuka akan membawa kesan negatif terhadap remaja hari ini. Saya sendiri pernah berjumpa dengan beberapa remaja di sebuah taman permainan dan mereka sedang meminum arak.
"Dari apa yang saya dapat lihat, jenis arak yang dibeli berjenama dan ia mudah diperoleh di sekitar pekan Kulim. Saya sangat berharap supaya masalah ini dapat ditangani seberapa segera dan pihak terlibat dapat menahan mereka,” katanya.

Katanya, pihaknya juga ada menerima laporan daripada penduduk setempat yang risau melihatkan perlakuan remaja berkenaan kerana dikhuatiri bertindak di luar batasan sekiranya mereka sudah mabuk.

"Beberapa premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan masih menjalankan perniagaan menjual arak dan pihak berkuasa tempatan seharusnya membuat pemantauan terhadap permasalahan ini dari terus berleluasa.

"Penduduk berharap masalah ini dapat diatasi semoga tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada masa akan datang sekiranya tidak dibanteras dari sekarang," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...