TERKINI :

Monday, May 13, 2013

Apa kesudahan cerita Kota Damansara & Sg. Acheh

oleh Abang Jury

Selepas seminggu berlalunya pilihanraya saya yang masih setia mengikuti apa akan kesudahan PRU13 kita yang mana dilimpahi dengan tipu daya pihak lawan sehingga mereka mencapai kejayaan.

Walaupun kejayaan mereka itu kejayaan separuh masak saya masih bermuhasabah di dalam diri akan apa kesalahan kita yang menyebabkan kita KALAH..sedangkan kita telah bawa satu wadah perjuangan yang dinamakan ISLAM...

Dengan wadah ini kita menyinari bumi Malaysia dengan kerja buat kita untuk menegakkan ISLAM dibumi Malaysia.... dan dengan ISLAM inilah kita menyakini masyarakat majmuk dalam bumi Malaysia bahawa perjuangan kita menegak keadilan dan kebenaran.


Namun dukacita dan sedikit RALAT saya lihat kepimpinan atasan kita untuk mengambil tindakan keatas 2 kerusi PAS bertanding yang bertembung 2 penjuru dengan rakan Pakatan kita. Saya masih tertunggu-tunggu apa tindakan yang akan diambil keatas golongan yang engkar arahan pimpinan atasan ini. Jangan kita cuba melepas tangan kerana kelakuan yang ditunjukkan ini telah menjadi tercemar dimata penyokong Pakatan Rakyat serta di mata ISLAM itu sendiri.

Kenapa barat sangat dan lambat untuk diambil tindakan yang mana perbuatan mereka sudah jelas melanggar arahan pimpinan atasan. Sedangkan UMNO telah memecat serta merta mana-mana ahlinya yang melawan calon bebas...

Oleh itu kepada pimpinan atasan jadikanlah hal ini sebagai iktibar untuk masa depan. Ambillah tindakan pada golongan yang engkar pada arahan parti..

1 comment:

wan said...

dia nak ikut macam madey jugak, TGNA, LKS, DSAI & pak lah... semua ada anak dalam politik... malaysia politik anak beranak....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...