TERKINI :

Monday, May 20, 2013

AIR ASIA jawab pasal Ibu & Anak kena ditinggalkan kat Hanoi..!!!


Kenyataan Balas Air Asia Berhubung Kisah Ibu dan Anak Yang Dilarang Naik Penerbangan Air Asia.
Kepala hotak Soz Cyili on Monday, May 20, 2013

Berikut kat bawah neh penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Air Asia atas satu isu yang membabitkan kredibliti Air Asia. Agak kontroversi gak isu tue sebenarnya. Sebab pe ek?

Sebab Air Asia melarang satu family tue naik kapal terbang disebabkan ada anak kecil dalam family tue tetiba dapat penyakit chiken pox.

Alasan Air Asia pada awalnya. Sebelum Tony delete. Kenapa delete? Tah. Aku pun tak faham.

Rujuk bawah ;
 

Dilaporkan oleh Air Asia, bahawa budak tersebut dilarang menaiki kapal terbang setelah mereka mendapatkan pengesahan daripada doktor yang bertugas. Air Asia juga menegaskan bahawa mereka akan dibawa pulang segera selepas budak tersebut sembuh dari penyakit yang di alami.

Persoalannya, kenapa tidak Air Asia berikan tempat tinggal sementara kalau pun benar budak tersebut tidak dapat menaiki kapal terbang disebabkan penyakit yang dia alami tue ialah penyakit yang boleh berjangkit? Dah alang2 kan? Biarlah bantu sampai habis. Bukan bantu sekerat jalan.

Sebab tue orang suarakan isu neh. Jelas, penyelesaian yang digunakan pakai oleh Air Asia tidak mesra pelanggan.
Disebabkan isu neh juga  Air Asia menerima banyak laporan berkaitan. Dan, sekali lagi berjaya membina persepsi negatif daripada tanggapan umum. 

Antara isu2nya ;

1. Memanipulasikan iklan. Tambang murah konon. Asal nak book je aik, dah fully booked. Limited, tapi bila tawaran dah habis still paparkan iklan tersebut. Kan bisa membuatkan orang marah je tue?

2. Bawa penerbangan yang meragukan sepanjang musim pru yang lepas. Tindak tanduk yang was2.

3. Kisah ibu dan anak yang dilarang naik kapal terbang disebabkan chicken pox.

Ini pula jawapan rasmi dari Air Asia selepas isu neh menjadi kontroversi dan hangat di media sosial.

 
Tak cukup dengan penerbangan pulang. Kena consider tempat mereka kena tinggal jika dibawa pulang lewat dari tarikh sebenar. Hadoi. Takan nak menapak tidur kat airport pula? Patut selesaikan kes neh betul2. Sampai ke dasarnya. Baru la tak kena complain.

Sedar tak sedar isu neh telah digunakan oleh blogger umno untuk boikot Air Asia. Aku melihat Mazidul Akma Sidek melaporkan isu neh secara berlebihan. Tidak salah tindakan dia sebab dia ialah wartawan. Biasalah, bidang kerja dia.

Tapi aneh.

Kebetulan pula kena dengan theme BN yang sedang melancarkan ops boikot Air Asia. Satu kebetulan yang benar2 kebetulan. 

Hehe.

Dan dalam pada kebetulan tue kan, aku juga melihat sempat la mereka mempromosikan agar Air Asia diboikot. Dan melengkapkan siri kebetulan itu juga, dan2 MAS tawarkan bantuan untuk hantar keluarga tersebut pulang secara percuma.

Bagus.

Apa yang paling penting sang ibu dan anak selamat tiba ke destinasi mereka. Selamat pulang akhirnya.

Tapi dalam masa yang sama, tak aneh juga kalau ada yang cuba amek kesempatan. Apa pun hak memboikot hak anda. Bagi aku mengambil kesempatan pada pihak yang cuai menjalankan tugas, apa isunya? Dah tahu sedang di ulit kontroversi, lagi tak ber-ahti2? Macam mencabar pun ya, mencari nahas pun ya juga. Air Asia memang kena belajar manner la dalam bisnes neh. Satu dua kontroversi walaupun nampak macam akan hilang di luput masa tetapi takan hilang terus dari memori orang. Kena ingat gak tue.

Moga2 Air Asia jadikan hal neh satu pengajaran yang berguna kelak untuk kemajuan perniagaan korang sendiri. Oke bai.  

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...