TERKINI :

Monday, May 20, 2013

Aduhai RAKYAT MALAYSIA... Berselisih Faham pun sampai nak tetak hang aku..apa nak jadi la dengan hangpa nie..??

Insiden di Balai Labis kes terpencil
Wartawan Sinar Harian
20 Mei 2013
JOHOR BAHRU – Insiden anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diserang lima lelaki bersenjatakan parang di pekarangan Balai Polis Labis, kelmarin disebabkan perselisihan faham antara dua individu yang pernah bersahabat baik.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kejadian itu kes terpencil dan tiada kaitan perbalahan antara kaum atau hubungan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Katanya, hasil siasatan mendapati, anggota berkenaan dan rakannya itu membuat kacau di kedai salah seorang suspek pada jam 3 pagi dan 10 pagi, pada hari kejadian.

“Kejadian serangan itu merupakan rentetan daripada dua kejadian pada pagi hari itu di mana siasatan mendapati anggota polis PGA Bakri bersama rakan baik membuat kacau sekali gus tercetus salah faham antara mereka.
“Ini kes terpencil melibatkan perselisihan faham antara anggota polis dan orang awam kerana masalah peribadi masing-masing. Tiada kaitan ketegangan kaum,” katanya, semalam.

Sinar Harian kelmarin melaporkan tiga individu termasuk seorang anggota PGA cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun bersenjatakan parang di Balai Polis Labis.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, rakan mangsa tercedera dihunus parang ketika berhenti di Pekan Labis, sebelum dia bersama isteri kemudiannya bertindak untuk membuat laporan polis akibat serangan tersebut.

Ketika di pekarangan balai itu, suspek turut hadir untuk buat laporan namun berlaku pergaduhan di kawasan meletak kenderaan di belakang balai polis.

“Dalam pergaduhan kali kedua itu, mangsa kedua yang merupakan anggota PGA cedera parah pada kaki kanan. Isterinya juga turut cedera yang kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan,” katanya.

Katanya, mangsa dan suspek sebelum ini pernah berselisih faham  pada Disember 2012 dan awal Mei lalu.

“Tiga kertas siasatan dibuka di mana kali pertama Disember tahun lalu dan dua pada bulan ini (termasuk kes terkini).

"Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempur dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...