TERKINI :

Monday, April 1, 2013

Wahai UTUSAN...Jika tak takut pada ALLAH.. takutlah sama MALAIKAT SURUHAN ALLAH yang sedang mencatit kiri kanan tuu..!!

Utusan kini cipta skrip fitnah terlampau 

Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.

Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu. 

DS Anwar telah dibebaskan daripada penjara pada bulan September 2004. Agak-agak, berapakah usia pemuda berkenaan, lebih sembilan atau sepuluh tahun yang lalu? Pastinya pemuda berkenaan berusia di bawah 18 tahun! Mana mungkin seorang remaja yang berusia bawah 18 tahun dimasukkan ke penjara?


Yang pastinya, pengarang Utusan bernama Azman Ibrahim ini semakin ghairah dan bersemangat untuk terus menabur fitmah dan meliwat para pembaca akhbar berkenaan yang rata-rata boleh dikategorikan sebagai jahil hukum agama dan buta maklumat. Demi sesuap nasi, si pengarang sanggup menggadaikan pegangan agama, sanggup menabur fitnah.

Bagi sipengarang ini, 'rezeki' yang diperolehi datang daripada Umno, bukan daripada Allah Taala. Rezeki menabur fitnah untuk dijadikan makan-minum anak-isteri. Sudah tidak ada pertimbangan halal, haram, dosa pahala dalam dalam diri si pengarang. Na'uzubillah..



Memang, Ahmad Maslan pun mengaku bahawa Umno ini bodoh, dan
meneruskan budaya bodoh dengan mencipta pelbagai fitnah dan dakyah.
Gambar hiasan: Anak-anak berusia belasan tahun diperdaya dan diperbodohkan
oleh Umno dengan sehelai T-Shirt dan RM5!


Berkaitan:

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...