TERKINI :

Monday, April 1, 2013

SPR oh SPR : Jika dah nama PENCACAI tuuu maka dia tetap PENCACAI...

MP tunjuk bukti makluman pada SPR
 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.

Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.

NONESurat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau seterusnya memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.

"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.

"Saya mesti kata, perkara ini tidak boleh diterima bahawa pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang lain sedang ada pengakuan (terima) daripada Datuk Kamaruddin Baria," katanya.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia semalam antara lainnya menyebut, tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul Izzah kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam wawancara itu.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman itu menyebut, perkara itu melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012 untuk pengundi di kawasannya.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.

Selain itu, beliau juga mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.

2 comments:

orangpencen said...

rasanya dah jenuh kita beri nasihat kpd pengerusi spr ni tapi dia buat tak tahu ssja seolah olah tidak ada hari akhirat buatnya. Ni nasihat terakhir dari tok wan, "gunakanlah amanah dan kuasa yang diberi demi keadilan semua rakyat" Undang undang jelas memberi kuasa berkecuali kpd spr, tapi saudara dgn sendiri mengikat diri saudara kepada parti politik tertentu. Ingat jutaan rakyat malaysia yang akan saudara khianati dan apa jawapan saudara di hadapan Allah kelak?

antilie said...

Macam mana dia boleh menang pulak kalau kata ada penipuan.tak sudah sudah buat fitnah.tak takut dosa ke





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...