TERKINI :

Saturday, April 6, 2013

PRU13: Payah UMNO Nak Menang di Kedah

oleh Monier Mat Din

http://4.bp.blogspot.com/-Xl_TxfPgqEc/UV-dMfmmO9I/AAAAAAAAP-w/YUNGGJYBoQU/s640/528293_435107449907013_1444935753_n.jpgDua tiga malam lepas, saya sempat berkunjung ke markas PAS Pekan Cawangan Pekan Padang Serai, Kedah. Bersemangat sungguh nampaknya sahabat-sahabat kita di sini membuat persediaan untuk PRU13 ini, walau pun kalau ikut logik akalnya dalam banyak-banyak markas/UPU di Negeri Kedah ini, markas PAS Cawangan Pekan Padang Serailah yang sepatutnya paling malap sekali.

Apa tidaknya, cuba hangpa letak diri hangpa kat tempat depa: waktu PRU12 dulu depa bertungkus lumus bagaikan nak rak - dan saya pun terlibat sama, jadi penceramah kelompok/ceramah besar,ikut depa usung buluh pasang bendera tengah malam buta, berjaga sampai ke dinihari dll...tut tut tut Dua Orang WAKIL RAKYAT depa yang depa tolong berkempen bagai nak rak itu, pi lompat parti bila dah menang. Sorang kat DUN Lunas dan sorang lagi kat Parlimen Padang Serai.

Hancur luluh perasaan depa!!

Saya duk ingatkan mai PRU13 ini, sure depa katup markas, boikot, serik tak mau buat apa-apa dah; tapi tak sampai sehari selepas Parlimen bubar, wajah-wajah yg sama yg saya lihat 5 tahun lepas menjelma semula, kali ini saya nampak lebih bersemangat lagi. Depa kata, tahun 2008 kita dapat Kedah, tahun 2013 ini insyaallah kita nak ambik Putrajaya pulak!


Tang bab lompat, nak buat macam mana, itu kerja Tuhan, kita pulun, hat selebihnya serah kat Tuhan.

Semangat sungguh depa, walaupun depa ini orang PAS petugas PAS, sedangkan kerusi DUN Lunas dan Parlimen Padang Serai ini adalah milik PKR. Bagi mereka, tak kira PAS atau pun PKR, kalau DUN Lunas ini jatuh ke tangan UMNO, maka akan kemungkinan PAS akan kalah di Kedah; sebab itu depa pulun juga.

Satu lagi, walaupun depa ada bersembang bab krisis kepimpinan PAS di peringkat negeri Kedah, tapi depa tak berapa kisah sangat bab itu, bagi depa biasalah perbezaan pendapat ini; bergaduh dalam parti biasalah, tapi kalau dah sampai lompat parti kawan dengan UMNO, hat itu tak boleh terima.

Mai PRU13 ini, semua isu itu diketepikan. Fokus mereka ialah nak jatuhkan UMNO, nak tawan PUTRAJAYA.


(Inilah wajah-wajah rakyat marhain pejuang PAS di peringkat bawah ini - PAS Cawangan Pekan Padang Serai, Kedah)

Kalau Datuk Najib tengok gambar depa ini, beliau sepatutnya akan rasa gerun dan takut - sebab depa depa dalam gambar ini bukanlah orang2 besar, kerja doktor, lawyer, pensyarah, jutawan dan sebagainya. Mereka hanyalah rakyat biasa, bukannya orang yang berpangkat atau pun berharta. Antaranya ialah Jan, yang kerja tebar roti canai kat depan Masjid Padang Serai, Din niaga jual burung puyuh, Basri kerja kilang shift sat sat siang sat sat malam, Midi niaga kek/roti sikit-sikit, Along niaga pasar malam, dan tak ada dalam gambar - Apit full time buat bendang, Paksu bawa bas sekolah dan Bang Id bawa teksi.  Ringkasnya, mereka ini adalah rakyat marhain yang mewakili rakyat biasa dalam hieraki yang paling bawah dalam masyarakat kita.

Dengan kata lain, kalau Datuk Najib rasa rakyat jelata khususnya rakyat di peringkat paling bawah ini menyokong kerajaan UMNO/BN, maka Datuk Najib sudah tersilap menerima nasihat. Yang sebetulnya, rakyat kat bawah ini dah meluat sangat dengan UMNO, depa duk tertunggu-tunggu sungguh, tak sabar nak melihat UMNO jatuh.

Terlajak pi melawat markas depa ini, saya ajukan satu pertanyaan kepada salah seorang sahabat yang ada di Markas itu, tanya kat dia pasal apa yang depa pulun sangat nak jatuhkan UMNO ini?

Sahabat yang kebetulannya Arwah Ayahnya antara yang ditembak di Memali hampir 30 tahun yang silam ini jawab:

"Monier, kita lawan UMNO kerana UMNO tu ZALIM. Zalim, bukan bila bunuh orang saja baru dikatakan zalim. Tidak meletakkan Islam pada tempatnya juga adalah Zalim. Ambil harta rakyat menindas rakyat beban rakyat dgn kenaikan harga brg dan kos sara hidup juga Zalim. Rasuah - merampas hak org lain juga Zalim. Guna duit cukai rakyat utk bagi kaya kroni dan keluarga juga Zalim - mcm projek lembu tu. Tak bagi peruntukan (RM2 juta) setiap kaw parlimen kpd wakil rakyat pembangkang yg sah dipilih oleh rakyat juga adalah Zalim - kemudian tuduh wakil rakyat tu tak buat kerja sedangkan peruntukannya disekat."

Kemudian dia sambung lagi:

"Tak bagi hak kpd parti lawan juga dikira Zalim, kata negara demokrasi, sesiapa pun boleh lawan, tapi tak bagi hak pada parti lawan...tak bagi hak untuk bercakap dan bersuara mempertahankan diri dan menyatakan pendapat secara telus dan bebas di media2 arus perdana....umpama ajak org bertumbuk tapi kita ikat kawan tu ditiang, ikat tangan dan tape mulut...kemudian kita tumbuk dan pukul dia bertalu-talu sampai lembik, lepas tu kita kata kat dia 'meh la tumbuk aku kalau hg berani'...Tak ke ZALIM tu namanya. Sebab tu lah Monier, kita kena terus lwn Umno"

Macam tu rupanya. Macam itu kalu, payahlah UMNO nak menang di Kedah ini.

UMNO bukan sahaja berdepan dengan rakyat yang sudah celik dan paham apa dengan yang dikatakan sebagai "KEZALIMAN" UMNO, tapi UMNO juga turut berdepan dengan jentera PAS di peringkat bawah yang begitu komited dan bersemangat sekali - lebih komited dan lebih semangat berbanding dengan 2008 dulu - sebab utamanya ialah kerana misi mereka kali ini bukan setakat negeri Kedah tapi terus ke PUTRAJAYA!!

Saya pun tak begitu pasti siapa yang memulakan slogan "MENUJU PUTRAJAYA" itu - tetapi "rallying cry" ini benar-benar berhantu....bukan setakat menaikkan semangat dan moral petugas PAS, tapi turut menggerunkan jentera UMNO!!

Memang payah UMNO nak menang di Kedah kali ini.

moniermatdin@yahoo.com
6.4.13

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...