TERKINI :

Thursday, April 4, 2013

Pemahaman konsep MANIFESTO & JANJI..!!!

APA YANG PERLU ANDA FAHAM TENTANG MANIFESTO & JANJI?

Manifesto adalah dasar untuk kebajikan rakyat pada jangka masa panjang. Manifesto akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat. Supaya pelaksanaannya tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Disebabkan itu manifesto ini akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat tanpa merugikan negara dari segi pelaburan dan kewangan.

Janji pula konsepnya akan tunaikan serta merta kepada rakyat dan ia akan memberi kesan pada pertumbuhan ekonomi negara dari segi pelaburan dan juga kewangan negara. Sebab itu manifesto diwujudkan supaya setiap janji2 itu akan ditunaikan tanpa memberi kesan kepada ekonomi negara. Tapi kaedahnya peringkat peringkat. Supaya setiap janji untuk meringankan beban rakyat dapat ditunaikan dan dalam masa sama tidak menjejaskam ekonomi negara. Langkah yang bagus dan bijak diambil oleh pakatan rakyat untuk menjaga dan memperkukuhkan kewangan negara dan dalam masa sama rakyat menikmati keselesaan dimasa hadapan.

Konsep yang berbeza antara manifesto dan janji. Janji perlu dibuat serta merta tanpa memikirkan kesan pada ekonomi negara. Manifesto pula menjaga ekonomi serta kewangan negara dan dalam masa sama meringankan beban rakyat dimasa akan datang. Apa perlunya kita berjanji untuk meringankan beban rakyat, tapi dalam masa sama ekonomi negara akan terjejas. Oleh itu manifesto adalah terbaik untuk kita jika kita memahaminya.
http://kopitarikkaw2.blogspot.com/2013/04/apa-yang-perlu-anda-faham-tentang.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...