TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://gorgon0.readthisstory.net/my-7990890

http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
http://1.bp.blogspot.com/-PSXQm8gdB8M/U27scXFF43I/AAAAAAAAXBE/opeKQqKKodY/s1600/kedahlanie-mensdelayspray.gif
12/08/2014



Monday, April 15, 2013

Maaf semua.. BN sekarang bukan lagi "winnable party"..!!

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SEWAKTU Najib Razak masih kanak-kanak, pilihan raya umum di Malaysia adalah jauh berbeza. Gimik seperti "winnable candidate" tidak pernah didengar atau disebut. BN (ketika itu Perikatan) tidak memerlukan gimik seperti itu.
Tanpa matlamat untuk menjadi kerajaan daripada mana-mana parti pembangkang ketika itu menjadikan BN sebagai "winnable party" tunggal.

Tak kiralah sama ada calonnya seorang penarik beca yang hanya tamat darjah enam atau seorang peguam lulusan Lincoln Inn, bertanding sahaja atas tiket parti bersimbolkan dacing atau kapal layar, kebarangkalian diangkat tangan oleh pegawai SPR sebaik sahaja proses pengiraan kertas undi selesai adalah besar.

Namun kini, tatkala Najib dewasa dan bernasib baik kerana menjadi Perdana Menteri, segala-galanya berubah. Sebagaimana ditradisikan pemimpin Umno bermula dari Dr Mahathir Mohamad, kerajaan menerusi BN lebih percaya kepada gimik dan slogan (yang ada kala begitu pelik bunyinya) serta pelbagai istilah baru bagi cuba meyakinkan rakyat betapa serius mereka dalam mentadbirkan kerajaan secara penuh keprihatinan dan seratus peratus bersih.

Begitupun, bagi kebanyakan rakyat, termasuk penyokong Umno-BN sendiri, segala slogan dan gimik tersebut adalah indah khabar dari rupa.

Benar, akhir-akhir ini Najib meluluskan pelbagai habuan tunai langsung kepada sesetengah kelas rakyat dan dalam manifesto BN bagi PR13 ini menceritakan pula bermacam-macam habuan yang bakal diterima rakyat dan tambahan nilai habuan yang sedia ada andai BN kekal di Putrajaya.

Kecuali pengampu berbayar seperti anggota 'cybertroopers' Umno yang hidup dan berkerjaya dalam laman sosial internet, hampir tidak ada yang mengatakan habuan berkenaan (BR1M dan yang sewaktu dengannya) berpunca daripada keprihatinan ikhlas daripada kerajaan BN.

Sebaliknya hampir semua rakyat, termasuk yang Umnonya, bersetuju betapa semua itu adalah langkah-langkah terakhir Umno-BN yang berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa’ ikan menjelang PRU13.

Idea memberikan habuan tunai ini lahir dalam waktu hampir sama dengan istilah "winnable candidate". Tidak pasti mengapa para pemimpin dan media Umno-BN menyebarkan istilah baru ini secara meluas seolah-olah dengan memperkenalkannya akan memberikan impak positif kepada perjuangan terdesak Umno-BN bagi mengelak daripada rebah.

Namun, hakikat sebenarnya, apabila sesuatu parti terpaksa bergantung kepada calon yang boleh dikategorikan sebagai "winnable candidate" maka ia tidak lagi menjadi parti yang menikmati status "winnable party".

Kedudukan Umno-BN menjelang PRU13 ini adalah berbeza dengan parti Pakatan Rakyat. PAS, KeADILan dan DAP bukan sahaja muncul sebagai "winnable parties" tetapi mempunyai calon yang hampir semuanya "winnable candidate".

Dalam lain perkataan Pakatan memiliki dua kelebihan, iaitu "winnable candidate" dan "winnable parties". Ini berbeza dengan BN apabila parti komponen utamanya, Umno, MCA dan MIC bukan lagi "winnable parties" tetapi turut tidak mempunyai "winnable candidate" (kecuali seorang dua pemimpin, itupun dijangka mereka ini akan digugurkan kerana sering membuat kenyataan bertentangan dengan kemahuan pucuk pimpinan).


Bukan itu sahaja, malah pada PRU lalu dan seperti juga 11 PRU sebelum itu, motif dan matlamat parti pembangkang hanyalah mahu mengukuhkan kedudukan dalam Parlimen dan Dun. Tetapi pada PRU12, mereka berjaya menguasai lima negeri dan menyapu bersih semua kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta menafikan, untuk kali pertamanya, majoriti dua pertiga BN.

Justeru, berbeza dengan PRU12 dan pilihan raya umum sebelumnya, Pakatan yang mengemukakan kesepakatan mantap tiga parti turun sebagai pencabar yang bermatlamat mahu mengambil alih Putrajaya dan menguasai Dun.

Satu kelebihan Pakatan berbanding BN dalam PRU13 ini adalah sokongan padu rakyat. Kalau dalam PRU12, PAS, KeADILan dan DAP hanya bersandarkan semata-mata kepada manifesto dengan harapan rakyat dapat menganggapnya jauh lebih baik dari apa yang ditawarkan BN, kini tanpa apa manifesto sekalipun, semakin ramai rakyat yang mahukan BN digantikan pemerintah lain.

Kerumitan dan ketidaktentuan ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi BN. Bercakap di Parlimen Batu, Ahad lalu, Muhyiddin Yassin menegaskan betapa BN harus bersedia kerana bukan mudah untuk membuatkan Pakatan menyerah.

Barangkali kata-kata Muhyiddin itu adalah tidak lebih sebagai satu falsafah menjelang PRU13. Namun apabila mengambil kira kesanggupan Mahathir dalam usia 87 tahun, ber'roadshow' dan mengetuai kempen BN (“Mahathir Returns as Chief BN Campaigner”, Singapore Straits Times, 8 April 2013), nampaknya seperti ada agenda tersembunyi sedang menanti di sebalik perjuangan rumit BN dalam PRU13.

Apapun, sementara Najib, Muhyiddin, Mahathir dan pemimpin BN yang mengkadarkan dan menconghak peluang parti mereka, paling tidak pun mengekalkan status quo, menurut hemat dan analisis pemikiran masing-masing, semakin banyak pihak berwibawa meramalkan kekalahan BN di Parlimen dan lebih banyak lagi Dun yang akan berpindang tangan kepada Pakatan Rakyat.

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...