TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan


http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
http://1.bp.blogspot.com/-PSXQm8gdB8M/U27scXFF43I/AAAAAAAAXBE/opeKQqKKodY/s1600/kedahlanie-mensdelayspray.gif
12/08/2014



Saturday, April 20, 2013

Enam penjuru di DUN Sidam... ZAMIL ada disini..!!

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 20 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, di sini menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan tiga Bebas.

Calon BN, Bee Seiong Heng bakal ditentang oleh Dr. Robert Ling Kui Ee (PKR), Vincent Uh Chong Vun (KITA), Zamil Ibrahim (Bebas), Ooi Beng Kooi (Bebas) dan Tan Hock Huat (Bebas).

Sementara DUN Bakar Arang, menyaksikan pertembungan antara Dr. Lee Yean Wang (BN), Simon Ooi Tze Min (PKR) dan Ong Kah Soon (Bebas).

Di DUN Pantai Merdeka, penyandang kerusi berkenaan iaitu Abdullah Jusoh dari Pas akan ditentang oleh calon BN, Ali Yahaya dan Mohd. Yusof Lazim (Bebas).


Bagi Parlimen Sungai Petani, penyandang kerusi itu, Datuk Johari Abdul (PKR) akan berhadapan dengan calon BN, Syamsul Anuar Ismail, Suhaimi Hashim (KITA) dan Ong Wei Sin (Bebas).

Pengesahan calon bertanding itu dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kawasan Parlimen Sungai Petani, Rozaina Radzi dalam satu pengumuman di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), kira-kira pukul 12.00 tengah hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130420/px_142/PRU-13-Enam-penjuru-di-DUN-Sidam#ixzz2QzJ7XUEh
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...