TERKINI :

Monday, April 1, 2013

Depa nie dok nak beli jet berapa pulak komisen nak rembat nie?


| Print | Dedah syarikat terlibat perjanjian RM4.27b di LIMA

Hazayani Zakaria, 01 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menyenaraikan syarikat dan agensi yang terlibat dalam perjanjian berjumlah RM4.27 bilion di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Mahfuz mengesyaki tindakan Perdana Menteri melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan usaha untuk mendapatkan komisyen daripada pembelian-pembelian yang dilakukan di LIMA.

"Ini tindakan yang tak wajar (kerana) walaupun saya mengatakan kita perlukan peningkatan persiapan pertahanan secara yang lebih lengkap tapi kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan kerajaan telah kehabisan mandat.

"Jadi oleh sebab itu saya minta kerajaan dedahkan secara terperinci perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat seperti mana yang telah dibuat di LIMA.

"Ini penting kerana rakyat perlu tahu sejauh mana ketelusan pembelian tersebut. Saya daripada awal mengesyaki bahawa bila perdana menteri tangguhkan PRU sehingga selesai LIMA seolah-oleh ada agenda mendapat habuan daripada pembelian yang dilakukan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberi jaminan Pakatan Rakyat akan meneliti semula pembelian-pembelian tersebut selepas mengambil alih Putrajaya.

"Saya beri jaminan semua keputusan yang telah dibuat kerajaan dalam LIMA di Langkawi akan diteliti semula apabila Pakatan diberi mandat.

"Satu siasatan mesti dibuat kerana bagaimana dalam masa kehilangan mandat kerajaan boleh buat pembelian," katanya sambil menambah, tindakan tersebut salah dari sudut moral politik walaupun secara perlembagaan tempoh berakhir Parlimen ialah pada 30 April.

Sementara itu, Mahfuz turut mempersoal kawalan keselamatan negara yang longgar walaupun telah membeli peralatan pertahanan yang canggih.

"Setiap tahun kerajaan anjur LIMA dan banyak peralatan pertahanan kita peroleh daripada perjanjian di LIMA.

"Tapi kelemahan yang berlaku sistem kawalan keselamatan pertahanan negara kita terus dipersoal seperti yang berlaku di Lahad Datu.

"Kita nak tahu apa yang kerajaan buat oleh pembelian yang begitu hebat setiap kali LIMA tiba-tiba kita tak dapat kesan penceroboh masuk dalam negara.

"Penceroboh 200 orang kita terpaksa kerah 7 batalion tentera yang muda hanya menghadapi tentera Sulu yang tua," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...