TERKINI :

Monday, April 1, 2013

DAP tampil blogger Melayu SakmongkolAK47 sebagai calon Parlimen Raub. .!


Cmk Cucumatkilau shared Loke Siew Fook's photo.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebentar tadi baru saja mengumumkan Dato' Mohd Ariff Sabri atau lebih popular sebagai blogger Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dato Ariff ialah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan. Dengan pengumuman ini ia melenyapkan spekulasi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang awalnya dikatakan akan bertanding di situ. Apapun, pengumuman ini pasti mengejutkan kerana sebelum ini Sakmongkol menafikan akan bertanding pada PRU-13 dan ingin memperhambakan diri kepada perjuangan rakyat bersama parti DAP. Kini, ia jauh tersasar dari matlamat awal perjuangannya. Apapun, beruntunglah beliau kerana baru saja menyertai DAP dia sudah diangkat sebagai calon daripada orang lain yang telah sekian lama berjuang bersama parti itu. Apapun, berita ini pasti merimaskan pemimpin UMNO BN di Pahang, malah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri sebenarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...