TERKINI :

Monday, April 1, 2013

Apabila penyanyi dikir barat popular menegur Suhaimi Baba..!!

Jangan salahkan orang Kelantan: Halim

Jangan salahkan orang Kelantan: Halim
Antara belia Kelantan yang membuat persembahan di Expo Kulim anjuran Arowana 6767 di Padang Kulim, kelmarin.
 
KULIM - Pengiat seni dikir barat tanah air, Halim Yazid menyifatkan tuduhan masalah sosial sering dilibatkan dengan remaja Kelantan merupakan satu tuduhan tidak wajar.

Menurutnya, gejala sosial termasuk jenayah dilakukan semua tanpa mengira bangsa dan agama.

"Masalah ini berlaku apabila komuniti rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain berada dalam kelompok kecil dan ini membuatkan mereka sering di pandang sinis sehingga ada dalam kalangan masyarakat sengaja memburukkan imej remaja dari negeri itu.

“Walaupun bilangan kita tidak ramai dalam mana-mana komuniti, tetapi semangat kekitaan antara anak Kelantan itu melebihi segalanya," katanya.
Halim berkata, dapat dilihat, kebanyakan orang Kelantan yang berhijrah ke tempat lain lebih maju berbanding negeri mereka dan berjaya  bersaing dengan penduduk tempatan.

"Saya bukan menidakkan ada dalam kalangan orang Kelantan terlibat dalam kegiatan tidak sihat tetapi bilangannya sangat kecil.

"Bagaimanapun saya berasa bangga kerana sehingga hari ini, rakyat Kelantan berjaya menaikkan imej negeri itu dengan pelbagai kegiatan kemasyarakatan,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...