TERKINI :

Thursday, April 4, 2013

'Akhirnya, Parlimen dibubar juga'

Reaksi pemimpin: 'Akhirnya, Parlimen dibubar juga'
 
Mohd Najib Tun Razak @NajibRazak
“Mulai hari ini saya akan turun bertemu rakyat bagi meyakinkan mereka kenapa kami BN perlu diberi majoriti kukuh.”

Khairy Jamaluddin @Khairykj
"Biasanya PRU akan bermula lebih kurang dua minggu selepas pembubaran Parlimen. Terpulang kepada SPR yang akan buat pengumuman dalam masa terdekat."
 
Abdul Khalid Ibrahim @Khalid_Ibrahim
"Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin untuk bincangkan status Dewan Negeri Selangor."
 
Teng Chang Khim @tengchangkhim
"Akhirnya, Parlimen dibubarkan juga!"
 
Nik Abdul Aziz @nikabdulaziz
"Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen sambil berkempen pada 3 April 2013. Ini kalilah, PRU13 Insya-ALLAH."
 

Lim Kit Siang @limkitsiang
"Akhirnya selepas menunggu empat tahun penuh, Najib bubarkan Parlimen, walaupun menjadi kiasu dan kiasi. Mari semua rakyat Malaysia bersatu untuk ubah!"
 
Saifuddin Nasution @saifnasution
"Sedang ikuti ucapan Perdana Menteri, DS Najib, Tuanku perkenan Parlimen bubar hari ini, 3 April, dikuti Dewan Undangan Negeri supaya pemilu serentak, PR akan mesyuarat penuh esok petang."

Saifuddin Abdullah@saifuddinabd
"Datuk Seri Najib umum Parlimen dibubar hari ini. Ketua-ketua kerajaan negeri diharap mendapat perkenan Sultan/Raja/YDP untuk bubar Dun bagi membolehkan PRU serentak."


Ahmad Maslan @ahmadmaslan
"Parlimen dibubarkan bagi rakyat menghakimi empat tahun pelbagai usaha Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Sseri Najib sebagai Perdana Menteri..1Msia!! Sokong Najib!! Undi Barisan!!"


Rosnah Shirlin @Rosnah_ARS
"YAB PM @NajibRazak mengumumkan pembubaran Parlimen. #Better Nation."


Mustapa Mohamed @Mustapa_Mohamed
"Bergambar berkumpulan dengan Perdana Menter, Timbalan Perdana Menteri dan rakan-rakan menteri selepas pengumuman pembubaran Parlimen."


Ir. MohdZinMohamed @zinmohamed
"Tanggal 3 April hari ini genaplah empat tahun di bawah tampuk pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri..."


Bung Moktar Radin @MPKinabatangan
"Sekarang dah bubar, apa nak tunggu, berkerjalah untuk kemenangan parti masing-masing kepada orang-orang Barisan Nasional selamat berjuang semoga mendapat kejayaan."

G. Palanivel @GPalanivel
"Parlimen dibubarkan hari ini, tahniah kepada Perdana Menteri@NajibRazak dalam memimpin negara kita ke arah sebuah negara yang lebih baik."


Nga Kor Ming@ngakorming
"Parlimen Bubar! Kerajaan Baru, Harapan Baru, Ini Kalilah! Dengar baik-baik! Najib di siaran langsung pagi ini jamin akan ada peralihan kuasa secara aman jika PR menang, tidak akan ada huru-hara.Bagus!"


Ngeh Koo Ham@ngehkooham
"Najib baru umun Parlimen bubar hari ini. Tampar muka Chua Soi Lek kerana Najib memberitahunya ia akan dipanggil (bubar) kemudian hari."
Nurul Izzah @n_izzah
“Parlimen sudah dibubarkan, akhirnya...."

Chua Jui Meng @chuajuimeng

"Hurrah, Parlimen yang sekian lama bertahan lama dibubarkan akhirnya dan ia hari terakhir buat pemerintahan BN di Malaysia. Masa untuk bergerak ke arah kemenangan!"

Hairie Othman @hairieothman
"Bubar...Bubar...Bubar..."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...