TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://gorgon0.readthisstory.net/my-7990890

http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
http://1.bp.blogspot.com/-PSXQm8gdB8M/U27scXFF43I/AAAAAAAAXBE/opeKQqKKodY/s1600/kedahlanie-mensdelayspray.gif
12/08/2014



Friday, April 12, 2013

Aduan Kes Salah Guna Kuasa di Galeria Perdana Langkawi..!!

Galeria Perdana
PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA DAN KEPINCANGAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA–KES GALERIA PERDANA, LANGKAWI


BERDASARKAN LAPORAN DARI PIHAK JMM (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) DAN KPKK (KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN), JELAS MENUNJUKKAN PIHAK JMM DAN KPKK TELAH BERSUBAHAT MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DAN PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA. SAYA BERHARAP PEGAWAI KERAJAAN DALAM JMM DAN KPKK YANG TELAH MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN, MEMANIPULASIKAN BUKTI, DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA BERKAITAN PENYELEWENGAN DI GALERIA PERDANA TURUT DISIASAT DAN DIBAWA KE MUKA PENGADILAN KERANA GOLONGAN INILAH YANG TELAH MENCEMAR NAMA BAIK PENTADBIRAN NEGARA SERTA MENJATUHKAN MARUAH DAN INTEGRITI PENJAWAT AWAM.



MOHON TINDAKAN SPRM:



·         SAYA BERHARAP PIHAK SPRM MENGAMBIL SERIUS AKAN ADUAN PENYELEWENGAN DI GALERIA PERDANA DAN MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK TURUN MENYIASAT SENDIRI DI GALERIA PERDANA DENGAN MELAKUKAN SIASATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BUKANNYA SAMBIL LEWA KERANA PIHAK JMM DAN KPKK TIDAK LAGI BERSIKAP TELUS DALAM SIASATAN KERANA BERDASARKAN LAPORAN DARI PIHAK JMM DAN KPKK, TERNYATA PIHAK JMM DAN KPKK TELAH MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN, MEMANIPULASIKAN BUKTI, DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA. BERKENAAN ISU RASUAH YANG TELAH DIKEMUKAKAN, PEMBERIAN MAKLUMAT LANJUT DAN PENJELASAN BERKAITAN PROJEK-PROJEK BERKENAAN DARI SEGI BILA IANYA DIJALANKAN, BERAPA KOS YANG TERLIBAT, NAMA KONTRAKTOR, PROJEK DIBERIKAN SECARA PEMBERIAN TERUS, TENDER ATAU SEBUTHARGA DAN SIAPAKAH YANG TELAH MEMBERIKAN KELULUSAN SERTA APA-APA DOKUMEN YANG RELEVAN, DIPOHON PIHAK SPRM PERGI MENYIASAT DENGAN SEGERA DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DI GALERIA PERDANA DAN MENELITI BUKTI-BUKTI YANG MASIH ADA DENGAN TELITI KERANA KEBANYAKAN BUKTI TELAH DIMUSNAHKAN DAN DIKABURKAN OLEH PIHAK YANG TERLIBAT. BERKENAAN ISU RASUAH DALAM PROJEK PEMBINAAN SEMULA PAGAR DI GALERIA PERDANA YANG MELIBATKAN EN. ESA BIN HARON, SILA SIASAT KERANA ADA INDIVIDU YANG MENGGUNAKAN PENGARUH UNTUK MENDAPATKAN TENDER BERKENAAN DENGAN MENGGUNAKAN LESEN PIHAK LAIN SEDANGKAN PEMEGANG LESEN TELAH DILANTIK OLEH PIHAK LAIN. SILA SIASAT DENGAN PIHAK KONTRAKTOR ADAKAH LESEN ITU DIPEROLEHI OLEH PIHAK KONTRAKTOR SEDANGKAN PEMILIK LESEN YANG DIDAFTARKAN SEBENARNYA SEDANG SAKIT DAN TIDAK BERUPAYA UNTUK BEKERJA. INI BERMAKNA NAMANYA TELAH DIGUNAPAKAI OLEH PIHAK KONTRAKTOR. INI KERANA KONTRAKTOR ADALAH PIHAK LAIN SEDANGKAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB ADALAH `RUNNER’ DI IBU PEJABAT. JELAS MENUNJUKKAN BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DI SINI KERANA LESEN DIMILIKI OLEH PIHAK LAIN SEDANGKAN KERJA DIJALANKAN OLEH PIHAK LAIN (TENDER DIPEROLEH OLEH PIHAK LAIN TETAPI DI`SUB’ KEPADA KONTRAKTOR LAIN). OLEH SEBAB ITULAH, SAYA TEGASKAN, UNTUK PROJEK PEMBINAAN PAGAR DAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN YANG LAIN, SEHARUSNYA DISIASAT MENGAPA PROJEK BERKENAAN LEWAT DISIAPKAN, MENGAPA IA TIDAK BERJALAN MENGIKUT JADUAL, SUDAH BERAPA KALI IA `BERTUKAR TANGAN’, BERAPA KOS TAMBAHAN YANG TERLIBAT DAN SIAPA YANG TERBABIT. SAYA MEMOHON AGAR PIHAK SPRM SENDIRI TURUN MENYIASAT DENGAN SEGERA DI GALERIA PERDANA, SEBELUM ISU INI MENJADI PERHATIAN MASYARAKAT UMUM SEKALIGUS MENJEJASKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KETELUSAN KERAJAAN DALAM MEMERINTAH NEGARA, LEBIH-LEBIH LAGI MENJELANG PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN. KETEGASAN PIHAK TUAN DALAM MEMERANGI RASUAH DAN SIASATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TELITI YANG AKAN PIHAK TUAN JALANKAN DI GALERIA PERDANA, SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.


MOHON TINDAKAN JAN (JABATAN AUDIT NEGARA):



SAYA BERHARAP PIHAK JABATAN AUDIT NEGARA (JAN) MENGAMBIL SERIUS AKAN ADUAN PENYELEWENGAN DI GALERIA PERDANA DAN MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK TURUN MENYIASAT SENDIRI DI GALERIA PERDANA DENGAN MELAKUKAN SIASATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BUKANNYA SAMBIL LEWA KERANA PIHAK JMM DAN KPKK TIDAK LAGI BERSIKAP TELUS DALAM SIASATAN KERANA BERDASARKAN LAPORAN DARI PIHAK JMM DAN KPKK, TERNYATA PIHAK JMM DAN KPKK TELAH MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN, MEMANIPULASIKAN BUKTI, DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA. TERNYATA PIHAK AUDIT DARI JMM DAN KPKK YANG MENYIASAT DI GALERIA PERDANA TIDAK MELAKUKAN KERJA DENGAN SEPATUTNYA DAN TIDAK MELAKUKAN SIASATAN DENGAN TELITI, SEBALIKNYA SIASATAN YANG DIBUAT HANYA BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON.



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: BARANGAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH PERABUT, TELEVISYEN, PETI AIS, SET SOFA DAN KERUSI MEJA. KESEMUA ASET INI BERADA DI KUARTES LAMA YANG PERNAH DIDUDUKI OLEH PENGARAH TERDAHULU. SEWAKTU PERPINDAHAN KE KUARTERS BARU, KESEMUA ASET INI DIBAWA BERSAMA BAGI MENGELAKKAN KEROSAKKAN ATAU MUSNAH. TIDAK TIMBUL SOAL MENGGUNAKAN ASET MILIK GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI KERANA ASET-ASET TERSEBUT SEMEMANGNYA TELAH LAMA BERADA DI KUATERS.



PERKARA SEBENAR:

·         SILA TELITI LAMPIRAN B-BARANGAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH  `IRON BOARD’, PERABUT, TELEVISYEN, PETI AIS, SET SOFA DAN KERUSI MEJA TELAH DIDAFTARKAN UNTUK AUDIT DI MANA BARANGAN BERKENAAN SEBELUM INI BERADA DI GALERIA PERDANA, UNTUK KEGUNAAN GALERIA PERDANA, TETAPI AKHIRNYA DIBAWA MASUK KE KEDIAMAN EN.ESA BIN HARON ATAS ARAHAN BELIAU. HANYA TILAM SAHAJA YANG TIDAK DIDAFTARKAN UNTUK AUDIT KERANA BERADA DI KUARTES LAMA YANG PERNAH DIDUDUKI OLEH PENGARAH TERDAHULU, BUKANNYA BARANGAN SEPERTI `IRON BOARD’, PERABUT, TELEVISYEN, PETI AIS, SET SOFA DAN KERUSI MEJA KERANA BARANGAN BERKENAAN SEMEMANGNYA BERADA DI GALERIA PERDANA DAN MILIK GALERIA PERDANA. KENYATAAN JMM DAN KPKK BAHAWA KESEMUA ASET INI BERADA DI KUARTES LAMA YANG PERNAH DIDUDUKI OLEH PENGARAH TERDAHULU DAN  SEWAKTU PERPINDAHAN KE KUARTERS BARU, KESEMUA ASET INI DIBAWA BERSAMA BAGI MENGELAKKAN KEROSAKKAN ATAU MUSNAH ADALAH DUSTA SEMATA-MATA. KENYATAAN INI AMAT MEMALUKAN DAN MENYEDIHKAN KERANA JABATAN KERAJAAN SANGGUP MENIPU DAN MEMUTARBELITKAN KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH EN. ESA BIN HARON. SAYA MEMOHON AGAR PIHAK JAN SENDIRI TURUN MENYIASAT DENGAN SEGERA DI GALERIA PERDANA, SEBELUM ISU INI MENJADI PERHATIAN MASYARAKAT UMUM SEKALIGUS MENJEJASKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KETELUSAN KERAJAAN DALAM MEMERINTAH NEGARA, LEBIH-LEBIH LAGI MENJELANG PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN. SAYA YAKIN PEMBAYAR CUKAI AKAN BERANG SEKIRANYA ISU INI TERSEBAR KERANA DUIT KUTIPAN CUKAI YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI PERABUT, TELEVISYEN, PETI AIS, SET SOFA DAN KERUSI MEJA DI GALERIA PERDANA DAN YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA TELAH DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU SEPERTI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH EN. ESA BIN HARON. KETEGASAN PIHAK TUAN DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN DAN SIASATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TELITI YANG AKAN PIHAK TUAN JALANKAN DI GALERIA PERDANA, SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.



MOHON TINDAKAN JPM (JABATAN PERDANA MENTERI) DAN PIHAK BERWAJIB YANG LAIN:

SAYA MEMINTA PIHAK JABATAN PERDANA MENTERI DAN PIHAK BERWAJIB YANG LAIN  UNTUK MENYIASAT PENYALAHGUNAAN KENDERAAN JABATAN TANPA REKOD DI DALAM BUKU LOG OLEH EN. ESA BIN HARON. BERDASARKAN LAMPIRAN A [BUTIR –BUTIR PENGGUNAAN KENDERAAN] (LAPORAN JMM DAN KPKK) YANG SAYA TERIMA MELALUI PERANTARAAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN PERDANA MENTERI, SILA SIASAT MENGAPA PERGERAKAN PENGARAH, EN. ESA BIN HARON, TIDAK DITULIS SECARA TERPERINCI? SILA SEMAK KEMBALI LAMPIRAN A, DI BAHAGIAN – SILA NYATAKAN TUJUAN DAN PERJALANAN DENGAN TERANG DAN RINGKAS – MENGAPA PADA 5.3.12, RUANGAN BERKENAAN KOSONG (NAMA PEMANDU: PENGARAH)? PADA MUKA SURAT AW 364168, SILA SIASAT MENGAPA DI ATAS JENIS KENDERAAN, DITULIS TARIKH MAC 2011 SEDANGKAN TARIKH DI BAHAGIAN TARIKH BUKU LOG DITULIS 2012? INI JELAS MENUNJUKKAN PENIPUAN INI DILAKUKAN SECARA TERGESA-GESA OLEH EN. ESA BIN HARON SETELAH MENGETAHUI BELIAU AKAN DISIASAT. SIASAT JUGA MENGAPA DI LAMPIRAN AW 364168 INI, PADA 12.3.12 DAN 13.3.12, RUANGAN SILA NYATAKAN TUJUAN DAN PERJALANAN DENGAN TERANG DAN RINGKAS, DIBIARKAN KOSONG (NAMA PEMANDU: PENGARAH)? SILA SIASAT MENGAPA PADA MUKA SURAT AW 364169, DI ATAS JENIS KENDERAAN, DITULIS TARIKH MAC 2011 SEDANGKAN TARIKH DI BAHAGIAN TARIKH BUKU LOG DITULIS 2012? SIASAT JUGA MENGAPA DI LAMPIRAN INI, PADA TARIKH 18.3.12, RUANGAN SILA NYATAKAN TUJUAN DAN PERJALANAN DENGAN TERANG DAN RINGKAS, DIBIARKAN KOSONG (NAMA PEMANDU: PENGARAH)?  JUGA MINTA DISIASAT SAMA ADA LOGIK MILEAGE (PERBATUAN) BERSAMAAN DENGAN PERGERAKAN DAN PERJALANAN RASMI YANG DIHADIRI OLEH EN. ESA BIN HARON. SAYA JUGA INGIN MEMPERTIKAIKAN JIKA BENAR ADA PIHAK YANG MEMBUAT SIASATAN DI GALERIA PERDANA, MENGAPA TIDAK MENYIASAT DENGAN TERPERINCI REKOD PENGGUNAAN BUKU LOG INI DAN MENELITI SURAT-SURAT RASMI YANG ADA? BERDASARKAN LAPORAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK JMM DAN KPKK, SAYA INGIN MEMPERTIKAIKAN MENGAPA SIASATAN YANG DIJALANKAN DI GALERIA PERDANA TIDAK MELIHAT SAMA ADA PERGERAKAN INI TELAH DIBANDINGKAN ATAU DISOKONG OLEH DOKUMEN-DOKUMEN RASMI TERUTAMANYA PERGERAKAN EN. ESA BIN HARON DI LUAR LANGKAWI? INI JELAS MENUNJUKKAN LAPORAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK JMM DAN KPKK INI TIDAK TELUS DAN BERTUJUAN MELINDUNGI KEPENTINGAN INDIVIDU SEPERTI EN. ESA BIN HARON KERANA BERDASARKAN LAMPIRAN A, JELAS MENUNJUKKAN BUKU LOG INI TELAH DIPERIKSA (SAMBIL LEWA) OLEH PIHAK JMM DAN KPKK TETAPI BUKTI INI TIDAK DIBERI PERHATIAN DAN KESALAHAN YANG ADA CUBA DITUTUP OLEH PIHAK JMM DAN KPKK KERANA INGIN MELINDUNGI EN. ESA BIN  HARON. BERDASARKAN BUKU LOG, AGAK MUSYKIL DAN MENGHAIRANKAN MENGAPA EN. ESA BIN HARON (PENGARAH) MEMANDU SENDIRI KENDERAAN JABATAN DAN TIDAK MENGGUNAKAN PEMANDU (RUJUK RUANGAN NAMA PEMANDU)? KE MANA EN. ESA BIN HARON TELAH PERGI? LEBIH MENGELIRUKAN, RUANGAN SILA NYATAKAN TUJUAN DAN PERJALANAN DENGAN TERANG DAN RINGKAS, DIBIARKAN KOSONG? APAKAH AGENDA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN OLEH EN. ESA BIN HARON? MINTA DISIASAT PERKARA INI.



JIKA DITELITI JUGA LAMPIRAN D, JELAS MENUNJUKKAN KOTAK ARTIFAK DAN ARTIFAK YANG MASIH ELOK DAN BERHARGA (ADA YANG DITEMPAH KHAS OLEH PEMIMPIN NEGARA LAIN, ADA YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU BERMUTU TINGGI DAN BERNILAI, ADA YANG DIBALUT DENGAN BALDU DAN SONGKET YANG DITENUN KHAS) TELAH DIMUSNAHKAN. TINDAKAN TIDAK BERTAMADUN OLEH JMM DAN KPKK, SEBUAH JABATAN DAN KEMENTERIAN YANG SEPATUTNYA TAHU MENGHARGAI NILAI SEJARAH DAN WARISAN, YANG SEPATUTNYA MELINDUNGI ARTIFAK WARISAN NEGARA, SANGAT MENDUKACITAKAN. TINDAKAN JMM DAN KPKK JELAS MEMBUKTIKAN TERDAPAT KEPINCANGAN YANG BERLAKU DALAM PENTADBIRAN NEGARA DI MANA ISU PENYELEWENGAN DI GALERIA PERDANA CUBA DITUTUP DAN DIKABURKAN. 



MOHON TINDAKAN BPA:

KEPADA PIHAK BPA (BIRO PENGADUAN AWAM), SEPERTI YANG TELAH SAYA MAKLUM, PIHAK JABATAN MUZIUM (JMM) DAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) TIDAK BERSIKAP TELUS DALAM SIASATAN KERANA INGIN MELINDUNGI KEPENTINGAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. SAYA MOHON AGAR PIHAK BIRO PENGADUAN AWAM TURUN MENYIASAT SENDIRI DI GALERIA PERDANA DAN TIDAK MENYERAHKAN SIASATAN SECARA BULAT-BULAT ATAU SEPENUHNYA KEPADA PIHAK JMM DAN KPKK KERANA SUDAH PASTI MEREKA TIDAK AKAN MEMBIARKAN ISU INI MENGGUGAT KREDIBILITI MEREKA DAN MENGGUGAT NAMA BAIK JABATAN DAN KEMENTERIAN, LEBIH-LEBIH LAGI MENJELANG PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN. KEYAKINAN SAYA TERHADAP INTEGRITI BADAN KERAJAAN JUGA SEMAKIN PUDAR KERANA ISU BESAR SEPERTI PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN DI GALERIA PERDANA TIDAK DISIASAT DENGAN TELITI SEBALIKNYA KESALAHAN YANG DILAKUKAN TELAH DITUTUP AGAR MASYARAKAT TIDAK MENGETAHUI KEPINCANGAN YANG BERLAKU DALAM PENTADBIRAN AWAM DI NEGARA INI. SAYA MOHON JASA BAIK BPA UNTUK TURUN MENYIASAT SENDIRI DI GALERIA PERDANA DAN MELAKUKAN SIASATAN DAN SOAL SIASAT KE ATAS PEKERJA KERANA SAYA YAKIN MASIH ADA PEKERJA YANG JUJUR DI GALERIA PERDANA DAN MELIHAT DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN TELITI. SAYA YAKIN DENGAN KESUNGGUHAN PIHAK BPA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN.SEKIAN TERIMA KASIH.

BUAT PENGETAHUAN, MAKLUM BALAS JMM DAN KPKK TIDAK SAYA TERIMA DARI JMM DAN KPKK, SEBALIKNYA  MELALUI PERANTARAAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN PERDANA MENTERI. JADI, SELAMA INI, SAYA TIDAK BERUPAYA MENGEMUKAKAN BUKTI TAMBAHAN KERANA TIDAK MENGETAHUI HUJAH `BELA DIRI' YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH JABATAN MUZIUM.

SAYA BERHARAP DAPAT DIPANJANGKAN ADUAN INI KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN KERANA KEPINCANGAN YANG BERLAKU DALAM SISTEM PENTADBIRAN NEGARA INI PERLU DIAMBIL SERIUS DAN DIPERBAIKI. JANGAN DISEBABKAN INGIN MELINDUNGI KEPENTINGAN INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU, MAKA ADUAN INI TIDAK DIAMBIL SERIUS. MOHON SIASATAN YANG MENDALAM DIJALANKAN DI GALERIA PERDANA KERANA PIHAK KPKK DAN JMM TIDAK LAGI BERLAKU TELUS DALAM ISU INI KERANA INGIN MELINDUNGI NAMA BAIK KEMENTERIAN DAN JABATAN. JANGAN PULA ISU INI `DITUTUP' KERANA TAKUT MASYARAKAT MENGETAHUI MASALAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA MEMANDANGKAN PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN. SAYA MENGHARAPKAN PIHAK BERWAJIB MELAKSANAKAN KEWAJIPAN MEREKA DENGAN MENYIASAT SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH APA YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA DAN TIDAK MENYERAHKAN SIASATAN SECARA BULAT-BULAT KEPADA PIHAK KPKK DAN JMM ATAS ALASAN INI ADALAH ISU DALAMAN KERANA TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN `MEMBUKA PEKUNG DI DADA'.












Salam Sejahtera,

PENYELEWENGAN yang berlaku di GALERIA PERDANA, LANGKAWI.


Di sini saya ingin membuat beberapa aduan (whistle blowing) mengenai penyelewengan yang berlaku di Galeria Perdana, Langkawi. Individu-individu yang terbabit adalah En.Esa bin Haron merangkap Pengarah Galeria Perdana Langkawi, En.Khairol Azlan bin Ishak, Pembantu Muzium S17 dan Pn.Rohani binti Hassan, Pembantu Tadbir (P/O) N 17 serta Mohd Nazri bin Mohd Sati, Pembantu Am Pejabat N1.

Isu-isu penyelewengan yang dilakukan adalah seperti berikut:

1. En.Esa bin Haron.
   -Penyalahgunaan kenderaan jabatan tanpa rekod di dalam buku log untuk urusan peribadinya walaupun bukan dalam waktu dan urusan rasmi jabatan.Tambahan lagi, beliau tidak pernah menggunakan kenderaannya sendiri semasa berada di Langkawi. Beliau juga menggunakan aset milik Galeria Perdana di rumah beliau untuk kegunaan peribadi seperti televisyen, peti ais, kerusi-meja, perabut dan lain-lain, malahan beliau telah menggunakan aset tersebut sehingga rosak dan tidak dapat diguna pakai lagi. Selain itu, beliau juga mengambil cuti dengan sewenang-wenangnya tanpa melalui saluran yang betul (tanpa declare). Malahan beliau juga pernah
mengarahkan agar artifak barangan-barangan Tun Dr.Mahathir dibakar (dimusnahkan). Beliau juga menerima rasuah dalam projek pembinaan semula pagar dan lain-lain projek pembangunan di Galeria Perdana, Langkawi.

2. En.Khairol Azlan bin Ishak.
   -Beliau telah
membakar artifak barangan Tun Dr.Mahathir atas arahan En.Esa bin Haron. Selain itu, beliau pernah mengambil duit di kaunter tiket di Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.

3. Pn.Rohani binti Hassan.
  - Beliau memfitnah dan menjadi batu api dalam mengganggu keharmonian sehingga menyebabkan terjadinya permusuhan di antara staf-staf Galeria Perdana serta memusnahkan perpaduan di kalangan staf-staf Galeria Perdana,Langkawi. Selain itu,beliau juga ada menjalinkan hubungan sulit dengan staf lelaki Galeria Perdana iaitu En.Khairol Azlan bin Ishak dan Mohd Nazri bin Mohd Sati, termasuklah En.Esa bin Haron sendiri. Beliau juga turut terlibat dalam mengambil wang di kaunter tiket Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.

4. En Mohd Nazri bin Mohd Sati.
 
- Bersubahat dan menyembunyikan perbuatan Pn. Rohani binti Hassan mengambil wang di kaunter tiket Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.

     Selain itu, En.Khairol Azlan dan Pn.Rohani binti Hassan tidak menghormati serta melawan arahan pegawai atasan.Mereka juga menghasut dan mempengaruhi En.Esa bin Haron untuk mengambil tindakan terhadap pekerja lain (Pegawai atasan) termasuk pemecatan berdasarkan alasan yang tidak munasabah serta tuduhan melulu berunsur peribadi. Tambahan lagi, mereka juga turut terlibat bersama En.Esa bin Haron dalam kes rasuah berhubung dengan pembinaan semula pagar dan lain-lain projek pembangunan di Galeria Perdana, Langkawi.

     Saya berharap agar pihak Tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu-individu terbabit ini dengan kadar segera supaya akan mejadi peringatan dan pengajaran kepada staf-staf yang lain. Sehubungan dengan itu dapat membersihkan negara kita dari sampah masyarakat (pemberi dan penerima rasuah).

MOHON TINDAKAN SEGERA DARI PIHAK TUAN KERANA BUKTI-BUKTI SEDANG DIHAPUSKAN OLEH INDIVIDU-INDIVIDU  YANG TERBABIT.

Sekian terima kasih.

_____________________________________________________________________________

SALAM SEJAHTERA,

DI SINI SAYA INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK TUAN BAHAWA TERDAPAT 'INFORMER' DI JABATAN MUZIUM MALAYSIA YANG TELAH MEMBERITAHU KEPADA EN. ESA BIN HARON YANG BELIAU AKAN DISIASAT OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU. SELEPAS ADUAN DITERIMA, EN. ESA BIN HARON TELAH BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI-BUKTI BERKAITAN SEPERTI MENYEWA KERETA DI LANGKAWI DAN MENGELAK MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN.

SAYA SANGAT BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA KEATAS INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERBABIT DALAM PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA.  MEREKA INI ADALAH PENGKHIANAT, PENDUSTA DAN  SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA YANG PATUT DIBAWA KE MUKA PENGADILAN AGAR MENJADI PENGAJARAN KEPADA KAKITANGAN AWAM YANG LAIN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

_________________________________________________________

 SAYA INGIN MEMOHON TINDAKAN SEGERA DARI PIHAK TUAN UNTUK MENYIASAT MENGENAI ISU PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA, LANGKAWI KERANA TERDAPAT `INFORMER' DI DALAM JABATAN MUZIUM MALAYSIA (JMM) YANG TELAH MEMBERITAHU EN.ESA BIN HARON MENGENAI EMAIL `WHISTLE BLOWING' YANG DIHANTAR. INI MENYEBABKAN EN.ESA BIN HARON BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI DAN CUBA MENUTUP KESALAHAN BELIAU. INI MENYEBABKAN ISU PENTING SEPERTI PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENGAMBILAN RASUAH OLEH  EN.ESA BIN HARON TIDAK DISIASAT. PIHAK JMM DAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPKK) TIDAK LAGI BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU INI DAN SEOLAH-OLAH CUBA MENGABAIKAN ISU INI KERANA INGIN MENJAGA NAMA BAIK JABATAN DAN KEMENTERIAN. SEBAGAI SEORANG RAKYAT PRIHATIN, SAYA MENGUSULKAN PERMASALAHAN INI KEPADA PIHAK TUAN KERANA YAKIN PIHAK TUAN AKAN BERUSAHA MEMERANGI RASUAH DI NEGARA KITA SEKALIGUS MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PIHAK BERKENAAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.

`KALAU TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK BOLEH BERGOYANG.’ INI ADALAH KATA-KATA TEPAT YANG DAPAT MENGGAMBARKAN SITUASI YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA LANGKAWI. SEPERTI YANG TELAH SAYA MAKLUM, TERDAPAT `INFORMER' DI DALAM JABATAN MUZIUM MALAYSIA (JMM) YANG TELAH MEMBERITAHU EN. ESA BIN HARON MENGENAI EMAIL `WHISTLE BLOWING' YANG DIHANTAR. INI MENYEBABKAN EN. ESA BIN HARON BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI DAN CUBA MENUTUP KESALAHAN BELIAU. KELAKUAN PENJAWAT AWAM SEPERTI EN. ESA BIN HARON INI BENAR-BENAR MENCEMAR PENTADBIRAN AWAM NEGARA. DAN SEPERTI YANG TELAH SAYA MAKLUM, PIHAK JABATAN MUZIUM MALAYSIA (JMM) DAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (KPKK) TIDAK LAGI BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU INI DAN SEOLAH-OLAH CUBA MENGABAIKAN ISU INI KERANA INGIN MENJAGA NAMA BAIK JABATAN DAN KEMENTERIAN. BADAN-BADAN BERWAJIB YANG LAIN PULA TIDAK SEHARUSNYA MENYERAHKAN BULAT-BULAT SIASATAN TERHADAP JMM DAN KPKK KERANA TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN `MEMBUKA PEKUNG DI DADA’. SEHARUSNYA PIHAK BERWAJIB YANG LAIN PERLU `TURUN PADANG’ UNTUK MENYIASAT PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA WALAUPUN IA DIKATAKAN ADALAH ISU DALAMAN KERANA JMM DAN KPKK TIDAK LAGI TELUS DALAM HAL INI. MUNGKIN KESALAHAN YANG DILAKUKAN TELAH DITUTUP DAN REKOD-REKOD YANG SEDIA ADA TELAH DIMUSNAHKAN AGAR MASYARAKAT TIDAK MENGETAHUI KEPINCANGAN YANG BERLAKU DALAM PENTADBIRAN NEGARA MEMANDANGKAN TEMPOH PILIHAN RAYA YANG SEMAKIN HAMPIR. ADAKAH INI MENGGAMBARKAN `KETELUSAN’ KERAJAAN DALAM MEMIMPIN NEGARA? SAYA MOHON AGAR ISU INI DISIASAT SEMULA SECARA LEBIH TERPERINCI DAN BUKANNYA SEKADAR `MELEPASKAN BATUK DI TANGGA’.

_____________________________________________________________________________________

En.Esa bin Haron.
Penyalahgunaan kenderaan jabatan tanpa rekod di dalam buku log untuk urusan peribadinya walaupun bukan dalam waktu dan urusan rasmi jabatan. Tambahan lagi, beliau tidak pernah menggunakan kenderaannya sendiri semasa berada di Langkawi.

MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: SEMAKAN MENDAPATI KENDERAAN JABATAN DIGUNAKAN BAGI TUJUAN RASMI SAMA ADA UNTUK KE IBU PEJABAT JABATAN MUZIUM MALAYSIA, MENGHADIRI MESYUARAT, URUSAN RASMI DAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK PEMBANGUNAN JABATAN. KESEMUA PERGERAKKAN KENDERAAN DIREKODKAN  DALAM BUKU LOG KENDERAAN.

            JAWAPAN:

·         SEPERTI YANG TELAH SAYA MAKLUM, TERDAPAT 'INFORMER' DI JABATAN MUZIUM MALAYSIA YANG TELAH MEMBERITAHU KEPADA EN. ESA BIN HARON YANG BELIAU AKAN DISIASAT OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU. SELEPAS ADUAN DITERIMA, EN. ESA BIN HARON TELAH BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI-BUKTI BERKAITAN SEPERTI MENYEWA KERETA DI LANGKAWI DAN MENGELAK MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN SEDANGKAN SEBELUM INI BELIAU MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN UNTUK BERULANG ALIK DARI KUARTERSNYA KE GALERIA PERDANA DAN UNTUK LAIN-LAIN TUJUAN PERIBADI SEPERTI MEMBAWA KELUARGANYA YANG DATANG MELAWAT KE LANGKAWI BERSIAR-SIAR. SETELAH DISIASAT, BELIAU BERTINDAK MENYEWA KERETA DAN KADANGKALA BERJALAN KAKI DARI KUARTERSNYA KE GALERIA PERDANA. KENDERAAN JABATAN YANG SEBELUM INI DIPARKIR DI RUMAHNYA JUGA DILETAKKAN SEMULA DI GALERIA PERDANA.



·         SETELAH MENGETAHUI BELIAU AKAN DISIASAT, EN. ESA BIN HARON TELAH BERTINDAK MENGISI BUKU LOG YANG SEBELUM INI KOSONG. SILA SIASAT PEMANDU GALERIA PERDANA. BELIAU BERSUBAHAT MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DALAM ISU INI. MALAH, BUKANLAH SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK MENIPU PENGGUNAAN BUKU LOG KERANA IA HANYA PERLU DIISI DAN SUKAR UNTUK MENCARI SAMA ADA BERLAKU BACKDATED ATAU TIDAK DALAM PENGGUNAAN BUKU LOG. SEMAK SAMA ADA PENGGUNAAN KENDERAAN JABATAN SAMA ATAU TIDAK DENGAN KEHADIRAN EN.ESA DI GALERIA PERDANA ATAU KE MAJLIS-MAJLIS TERTENTU. INI KERANA EN.ESA HANYA BERADA SELAMA BEBERAPA HARI SAHAJA DI GALERIA PERDANA. NAMUN SETELAH DISIASAT, BELIAU TIDAK LAGI BERANI `MENGHILANGKAN’ DIRI DARI GALERIA PERDANA.



·         SILA SEMAK SEMULA PENGGUNAN KAD MINYAK YANG DIGUNAKAN SEWENANG-WENANGNYA OLEH EN. ESA BIN HARON. KAD MINYAK INI SERING KALI DISIMPAN OLEH BELIAU SEHINGGAKAN STAF DI GALERIA PERDANA SUKAR MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN ATAS URUSAN KERJA KERANA MEMIKIRKAN DUIT MINYAK YANG PERLU DIBAYAR SENDIRI. SILA SIASAT PEMANDU GALERIA PERDANA. BELIAU BERSUBAHAT MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DALAM ISU INI. KASIHANILAH PEMBAYAR CUKAI KERANA DUIT YANG DILABURKAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DIGUNAKAN SEWENANG-WENANGNYA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI INDIVIDU SEPERTI EN. ESA BIN HARON.



·         STAF GALERIA PERDANA MENGETAHUI HAKIKAT YANG BERLAKU TETAPI MASING-MASING TAKUT UNTUK BERSUARA KERANA INGIN MENJAGA KEPENTINGAN MASING-MASING. ADA SEGELINTIR YANG BERSUBAHAT MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DAN ADA YANG `MENUTUP MATA’ AKAN PERBUATAN EN. ESA BIN HARON. BARANGKALI KERANA TAKUT MEMIKIRKAN BETAPA KEBAL DAN KUATNYA PENGARUH EN. ESA BIN HARON SEHINGGAKAN UNDANG-UNDANG TIDAK BERANI `MENYENTUHNYA’. MALAH ADA YANG BERSEKUTU DENGAN BELIAU KERANA MENGETAHUI BANYAK `MANFAAT’ YANG AKAN DIPEROLEHI SEKIRANYA MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON.



1. menggunakan aset milik Galeria Perdana di rumah beliau untuk kegunaan peribadi



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: BARANGAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH PERABUT, TELEVISYEN, PETI AIS, SET SOFA DAN KERUSI MEJA. KESEMUA ASET INI BERADA DI KUARTES LAMA YANG PERNAH DIDUDUKI OLEH PENGARAH TERDAHULU. SEWAKTU PERPINDAHAN KE KUARTERS BARU, KESEMUA ASET INI DIBAWA BERSAMA BAGI MENGELAKKAN KEROSAKKAN ATAU MUSNAH. TIDAK TIMBUL SOAL MENGGUNAKAN ASET MILIK GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI KERANA ASET-ASET TERSEBUT SEMEMANGNYA TELAH LAMA BERADA DI KUATERS.



JAWAPAN:



·         UNTUK MAKLUMAN, SEWAKTU PEMERIKSAAN ASET DIJALANKAN DI GALERIA PERDANA, EN. ESA BIN HARON ADALAH PEGAWAI ASET DAN PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH PEMBANTU TADBIR YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PEMERIKSAAN ASET. PERLU DIINGATKAN BAHAWA PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH RAKAN SEKUTU EN. ESA BIN HARON. INI MENYEBABKAN ADA ASET YANG TIDAK DISENARAIKAN ATAU `DISEMBUNYIKAN’.



·         BARANGAN (ASET) SEPERTI TELEVISYEN DAN PETI AIS SEMEMANGNYA MILIK GALERIA PERDANA YANG DILETAKKAN DI GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN BERSAMA STAF. NAMUN, BARANGAN INI TERMASUK BARANGAN YANG LAIN TELAH DIBAWA KE KEDIAMAN EN. ESA BIN HARON DI KUARTERS GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI BELIAU SEDANGKAN BARANGAN BERKENAAN ADALAH UNTUK KEGUNAAN STAF. PERLU DIFAHAMI BAHAWA EN. ESA BIN HARON BUKAN PENDUDUK LANGKAWI DAN MEMIKIRKAN TEMPOH PERSARAAN YANG HAMPIR, BELIAU MEMIKIRKAN LEBIH BAIK SEKIRANYA MENGGUNAKAN BARANGAN MILIK GALERIA PERDANA DARIPADA MEMBELI BARANGAN BERKENAAN KERANA IA AKAN MENYUSAHKAN BELIAU SEKIRANYA BELIAU BERPINDAH. LAGIPUN, BELIAU JARANG BERADA DI GALERIA PERDANA.



·         TELEVISYEN YANG SEBELUM INI DALAM KEADAAN ELOK TELAH ROSAK SETELAH DIGUNA PAKAI OLEH EN. ESA BIN HARON.



·         DAKWAAN BAHAWA TIDAK TIMBUL SOAL MENGGUNAKAN ASET MILIK GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI KERANA ASET-ASET TERSEBUT SEMEMANGNYA TELAH LAMA BERADA DI KUARTERS ADALAH TIDAK BERASAS KERANA ASET BERKENAAN SEBELUM INI ADALAH HAK MILIK BERSAMA STAF DAN TELAH DIBAWA MASUK KE KEDIAMAN EN. ESA BIN HARON ATAS ARAHAN BELIAU TANPA PERSETUJUAN STAF.



2. mengambil cuti dengan sewenang-wenangnya tanpa melalui saluran yang betul (tanpa declare)



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: TUDUHAN PENGARAH GALERIA PERDANA MENGAMBIL CUTI SEWENANG-WENANGNYA ADALAH TIDAK BERASAS. INI KERANA BERDASARKAN PENYATA  CUTI TAHUNAN MELALUI CAPAIAN HRMIS BAGI SEPANJANG TAHUN 2012 MENUNJUKKAN BAHAWA JUMLAH CUTI YANG TELAH DIPOHON DAN DILULUSKAN ADALAH SEBANYAK 42 HARI DENGAN BAKI CUTI ADALAH SEBANYAK 34 HARI.



JAWAPAN:



·         PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH PEMBANTU TADBIR YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGISI HRMIS BAGI SEMUA KAKITANGAN GALERIA PERDANA DI MANA BELIAU MEMPUNYAI `PASSWORD’ UNTUK SEMUA KAKITANGAN. REKOD CUTI DAN SEBAGAINYA SAMA ADA MELALUI CAPAIAN HRMIS ATAU TIDAK DIBUAT MELALUI BELIAU. PERLU DIINGATKAN BAHAWA PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH RAKAN SEKUTU EN. ESA BIN HARON. JADI INI MEMUDAHKAN EN. ESA BIN HARON MENGAMBIL CUTI SEWENANG-WENANGNYA.



·         PERLU DISIASAT SEMULA MENGAPA SEBELUM DISIASAT EN. ESA BI HARON JARANG BERADA DI GALERIA PERDANA. BELIAU MEMBERI ALASAN BAHAWA BELIAU BERADA DI KUALA KEDAH SEDANGKAN KEHADIRANNYA DI SANA JUGA ADALAH JARANG. SERINGKALI BELIAU MEMBERI ALASAN MENGHADIRI MESYUARAT DI JMM. PERLU DISIASAT SEMULA ADAKAH DAKWAAN KEHADIRAN BELIAU DI TEMPAT-TEMPAT BERKENAAN ADALAH BENAR ATAU TIDAK. SEKIRANYA DIDAPATI BELIAU MENIPU, INI BERMAKNA BELIAU TELAH PONTENG KERJA.



·         PERLU DIKETAHUI BAHAWA EN. ESA BIN HARON MEMILIKI DUA ISTERI YANG BERADA DI JOHOR DAN KUALA LUMPUR. INI MENYEBABKAN EN. ESA BIN HARON SELALU PONTENG KERJA KERANA INGIN BERJUMPA DENGAN ISTERI-ISTERINYA. JADI BELIAU JARANG BERADA DI LANGKAWI KERANA PERJALANAN YANG BERULANG-ALIK ANTARA LANGKAWI, KUALA KEDAH, KUALA LUMPUR DAN JOHOR INI MEMENATKAN BELIAU KERANA USIA BELIAU YANG TELAH LANJUT.



·         BELIAU JUGA MERUPAKAN PENGARAH YANG TIDAK BERETIKA KERANA MENGGUNAKAN PENGARUHNYA DAN KUASANYA UNTUK MENGGANGGU DAN MENGGODA KAKITANGAN WANITA GALERIA PERDANA SAMA ADA MELALUI SMS ATAU KATA-KATA YANG TIDAK BERSESUAIAN. HAL INI LEBIH KETARA SEWAKTU KETIADAAN ISTERI-ISTERINYA. KAKITANGAN WANITA GALERIA PERDANA (TIDAK TERMASUK PN. ROHANI BINTI HASSAN) TERPAKSA MELAYAN GODAAN BELIAU KERANA TIDAK INGIN DIKATAKAN `MELAWAN BOS’.

3. mengarahkan agar artifak barangan-barangan Tun Dr.Mahathir dibakar (dimusnahkan).



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: ARTIFAK YANG DIMAKSUDKAN MERUPAKAN KOTAK-KOTAK PEMBUNGKUS HADIAH YANG TELAH ROSAK, KOYAK DAN LAPUK. IA TIDAK SESUAI UNTUK DISIMPAN KERANA SELAIN MENGGUNAKAN RUANG YANG BANYAK, IA JUGA BOLEH MEROSAKKAN ARTIFAK YANG LAIN. SELAIN ITU, KEBANYAKKAN KOTAK TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI REKOD ATAU STATUS ASAL-USULNYA. WALAU BAGAIMANAPUN KOTAK-KOTAK YANG MASIH ELOK KEADAANNYA, IA TETAP DIJAGA DAN DISIMPAN RAPI. JUSTERU ITU, PEMUSNAHAN KOTAK-KOTAK INI TIDAK DILAKUKAN SESUKA HATI, TAPI ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DIBERIKAN.



JAWAPAN:



·         MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK, ARTIFAK YANG DIMAKSUDKAN MERUPAKAN KOTAK-KOTAK PEMBUNGKUS HADIAH YANG TELAH ROSAK, KOYAK DAN LAPUK. DAKWAAN INI ADALAH TIDAK BERASAS.



·         PERTAMA, KOTAK-KOTAK PEMBUNGKUS HADIAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH JMM DAN KPKK BUKANLAH KOTAK PEMBUNGKUS HADIAH BIASA YANG SERING KITA TERIMA. IA ADALAH ARTIFAK. IA TELAH DIBERI SECARA KHUSUS DAN ADA YANG DITEMPAH KHAS UNTUK TUN MAHATHIR. ADA YANG DIBUAT DARIPADA BALDU, ADA YANG DIUKIR INDAH DENGAN KAYU DAN ADA YANG DIBUAT DENGAN TANGAN.



·         KEDUA, KOTAK-KOTAK INI ADA YANG LEBIH MAHAL DAN BERHARGA DARIPADA `ISI’ DI DALAMNYA, ADA YANG MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KOLEKSI YANG DIDATANGKAN KHAS BERSAMA ISI DI DALAMNYA DAN ADA YANG MENGANDUNGI MAKLUMAT ARTIFAK BERKENAAN ISI DI DALAMNYA KERANA KEBANYAKAN MAKLUMAT ARTIFAK SEPERTI HADIAH DARIPADA SIAPA DAN CAP MOHOR PEMBESAR ATAU JATA NEGARA PEMBERI HADIAH DITULIS DI KOTAK DAN DIUKIR INDAH. IA ADALAH ARTIFAK YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA DAN MERUPAKAN KERUGIAN BESAR KEPADA NEGARA KERANA SEBAHAGIAN BESAR KOTAK-KOTAK INI HANYA DIBUAT DALAM SATU UNIT, KHAS UNTUK TUN MAHATHIR. SETELAH DIMUSNAHKAN, IA TIADA GANTI. TIDAK WUJUD LAGI DI DUNIA INI.



·         KETIGA, SEPATUTNYA SEBELUM EN. ESA BIN HARON MENGARAHKAN AGAR ARTIFAK BARANGAN-BARANGAN TUN. DR. MAHATHIR DIMUATKAN KE DALAM LORI DAN DIBAKAR TANPA ADAB DAN RASA SAYANG KEPADA HARTA WARISAN NEGARA, BELIAU SEPATUTNYA MENDAPATKAN PENDAPAT PAKAR SAMA ADA WAJAR ATAU TIDAK ARTIFAK TERSEBUT DIMUSNAHKAN. INI KERANA EN. ESA BIN HARON TIDAK MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA SESUATU ARTIFAK ITU BERNILAI ATAU TIDAK. SEHARUSNYA JUGA SEBELUM DIMUSNAHKAN, JUMLAH DAN GAMBAR ARTIFAK BERKENAAN DIAMBIL UNTUK REKOD. TINDAKAN TIDAK MATANG DAN TIDAK PROFESIONAL EN. ESA BIN HARON AMAT MEMALUKAN. SEKIRANYA ADA ARTIFAK YANG TELAH ROSAK, KOYAK DAN LAPUK, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB BELIAU DAN JABATAN MUZIUM UNTUK MEMBAIK PULIH ARTIFAK BERKENAAN, BUKANNYA MEMUSNAHKANNYA. JIKA DEMIKIAN, ARTIFAK YANG KITA TEMUI DARIPADA KAPAL-KAPAL YANG KARAM DI LAUTAN NEGARA SEWAKTU ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA SEPERTI PINGGAN MANGKUK YANG TELAH PECAH, SEPATUTNYA DIBUANG DAN TIDAK DISIMPAN KERANA TELAH ROSAK. NAMUN, WALAUPUN TIADA REKOD MENGENAINYA, BURUK, WARNA TELAH LUNTUR, PECAH DAN TIDAK LENGKAP, ARTIFAK BERKENAAN TETAP DIBAIK PULIH DAN DIPAMERKAN KEPADA MASYARAKAT UMUM KERANA IA TIDAK AKAN WUJUD LAGI DALAM LIPATAN SEJARAH KITA JIKA DIMUSNAHKAN.



·         KEEMPAT, SEWAJARNYA, SATU JAWATANKUASA KHAS YANG DISERTAI OLEH PAKAR PERLU DIWUJUDKAN SEBELUM EN. ESA BIN HARON MEMUSNAHKAN ARTIFAK BERKENAAN UNTUK MENGKAJI PERLU ATAU TIDAK ARTIFAK BERKENAAN DIMUSNAHKAN. EN. ESA BIN HARON BOLEH MERUJUK KEPADA JABATAN WARISAN NEGARA SEBELUM MEMUSNAHKAN ARTIFAK BERKENAAN. EN. ESA BIN HARON JUGA SEPATUTNYA MEMINTA IZIN DARIPADA TUN MAHATHIR SEBELUM MEMUSNAHKAN KOLEKSI PERIBADI BELIAU YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DICARI GANTI LAGI. INI MERUPAKAN SATU KERUGIAN BESAR TERHADAP NEGARA KERANA KEHILANGAN WARISAN NEGARA. BAYANGKAN PERASAAN KITA BILA HADIAH YANG KITA TERIMA DAN DIJAGA RAPI TELAH DIMUSNAHKAN OLEH ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. BAYANGKAN JUGA PERASAAN SI PEMBERI HADIAH SEKIRANYA MENGETAHUI PEMBERIANNYA TIDAK DAHARGAI. DALAM KONTEKS INI, SI PEMBERI HADIAH ADALAH ORANG KENAMAAN DAN PEMBESAR NEGARA. SETIAP HADIAH YANG DITERIMA OLEH TUN MAHATHIR MEMILIKI KEISTIMEWAAN DAN KENANGAN ISTIMEWA SERTA BERSIFAT PERIBADI KEPADA TUN MAHATHIR. SEHARUSNYA PIHAK BERWAJIB PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA TUN MAHATHIR AKAN TINDAKAN EN. ESA BIN HARON DAN MEMINTA PENDAPAT TUN MAHATHIR BERKENAAN ISU INI.



·         MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK, ARTIFAK BERKENAAN TIDAK SESUAI UNTUK DISIMPAN KERANA SELAIN MENGGUNAKAN RUANG YANG BANYAK, IA JUGA BOLEH MEROSAKKAN ARTIFAK YANG LAIN. DAKWAAN INI ADALAH TIDAK BERASAS. INI KERANA GALERIA PERDANA MEMPUNYAI BEBERAPA STOR DAN RUANG PENYIMPANAN YANG BESAR DAN LUAS, JADI TIDAK TIMBUL ISU MENGGUNAKAN RUANG YANG BANYAK DAN BOLEH MEROSAKKAN ARTIFAK YANG LAIN.



·         MENURUT LAPORAN JMM DAN KPKK, KEBANYAKKAN (BUKAN SEMUA) KOTAK TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI REKOD ATAU STATUS ASAL-USULNYA. PERSOALANNYA, SEKIRANYA KITA MENGETAHUI BAHAWA SESUATU OBJEK ITU ADALAH BERHARGA, HARTA WARISAN NEGARA DAN MEMPUNYAI NILAI SEJARAH, ADAKAH KITA AKAN MEMUSNAHKANNYA MESKIPUN IA TIDAK MEMPUNYAI REKOD ATAU STATUS ASAL-USULNYA? JMM SEHARUSNYA MENGKAJI DAN MENYIASAT ASAL USULNYA KERANA ITU ADALAH TUGAS JMM. LAGIPUN, DAKWAAN KOTAK TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI REKOD ATAU STATUS ASAL-USULNYA ADALAH TIDAK BERASAS KERANA KITA MENGETAHUI SEMUA ARTIFAK BERKENAAN MERUPAKAN PEMBERIAN KEPADA TUN MAHATHIR. JADI, REKOD DAN STATUS ASAL USULNYA SEPATUTNYA ADA. MENJADI TUGAS JMM UNTUK MEREKODKAN DATA BERKENAAN. JIKA TIADA, INI BERMAKNA JABATAN MUZIUM TIDAK MENJALANKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA.



·         MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK, PEMUSNAHAN KOTAK-KOTAK INI TIDAK DILAKUKAN SESUKA HATI, TAPI ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DIBERIKAN. KENYATAAN INI JELAS MENUNJUKKAN MEMANG BERLAKU PEMUSNAHAN ARTIFAK DI GALERIA PERDANA. KENYATAAN BAHAWA PEMUSNAHAN ARTIFAK TIDAK DILAKUKAN SESUKA HATI , TAPI ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DIBERIKAN JUGA ADALAH TIDAK BERASAS KERANA TERNYATA EN. ESA BIN HARON TIDAK BERFIKIR PANJANG DAN TIDAK MERUJUK PIHAK BERWAJIB DAN PIHAK BERKENAAN SEPERTI TUN MAHATHIR SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMUSNAHKAN ARTIFAK BERKENAAN. JADI, DI MANA DASAR TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG DICANANGKAN? EN. ESA BIN HARON SESUNGGUHNYA TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK MENENTUKAN APAKAH NILAI SEJARAH YANG PATUT DIMUSNAHKAN.



4. menerima rasuah dalam projek pembinaan semula pagar dan lain-lain projek pembangunan di Galeria Perdana, Langkawi.




MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: ADALAH TERLALU SUKAR UNTUK MEMBUKTIKAN SESEORANG ITU TERLIBAT DENGAN MENERIMA RASUAH KERANA IA MEMERLUKAN BUKTI TRANSAKSI YANG KUKUH DAN JELAS. EN ESA ADALAH PEGAWAI PEMANTAU DALAM PROJEK PEMBINAAN PAGAR. URUSAN PEMILIHAN KONTRAKTOR ADALAH MENGIKUT SPESIFIKASI YANG DITENTUKAN OLEH JAWATANKUASA SEBUTHARGA YANG DILANTIK. PENGARAH GALERIA PERDANA TIDAK PERNAH MEMPENGARUHI DALAM DAN TIDAK TERLIBAT DALAM PEMILIHAN KONTRAKTOR. JUSTERU ITU, TUDUHAN PENGARAH GALERIA PERDANA MENERIMA RASUAH DALAM PROJEK PEMBINAAN SEMULA PAGAR GALERIA PERDANA ADALAH TIDAK BERASAS.

JAWAPAN:



·         UNTUK PROJEK PEMBINAAN PAGAR, SEHARUSNYA DISIASAT MENGAPA PROJEK BERKENAAN LEWAT DISIAPKAN, MENGAPA IA TIDAK BERJALAN MEGIKUT JADUAL, SUDAH BERAPA KALI IA `BERTUKAR TANGAN’, BERAPA KOS TAMBAHAN YANG TERLIBAT DAN SIAPA YANG TERBABIT.



·         UNTUK MAKLUMAN, PROJEK PENGHAWA DINGIN (AIR-COND) DI GALERIA PERDANA ADALAH MILIK KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA, DATO’ IBRAHIM BIN ISMAIL. JADI, PENYELEWENGAN DAN PEMBABITAN RASUAH DALAM PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN DI GALERIA PERDANA, LANGKAWI TIDAK DIDEDAHKAN DAN DIBIARKAN KERANA INGIN MELINDUNGI KEPENTINGAN PIHAK-PIHAK TERTENTU. WUJUD JUGA KRONI-KRONI YANG MENJAGA SESAMA SENDIRI KERANA MENDAPAT KEUNTUNGAN `ATAS ANGIN’ DARIPADA PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIJALANKAN DI GALERIA PERDANA, LANGKAWI.



·         UNTUK MAKLUMAN, DUIT SEWA KUARTERS GALERIA PERDANA YANG MENCECAH ANGKA RIBUAN RINGGIT YANG DIBAYAR OLEH KONTRAKTOR SEMASA MENDUDUKI KUARTERS GALERIA PERDANA SEWAKTU MENJALANKAN PROJEK PEMBANGUNAN TELAH DIBOLOT OLEH EN. ESA BIN HARON SEORANG SEDANGKAN DUIT SEWA BERKENAAN PERLU DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI DAN PROGRAM UNTUK STAF GALERIA PERDANA SERTA PERLU DIAGIHKAN ANTARA STAF. MINTA DISIASAT PERKARA INI.


·         SELAIN ITU, MINTA DISIASAT EN. ESA BIN HARON YANG TIDAK MEMBAYAR BIL ELEKTRIK DI KUARTERSNYA DI GALERIA PERDANA SEJAK PERTENGAHAN TAHUN 2012 SEHINGGA MENCECAH LEBIH RM 2 RIBU. INI MENYEBABKAN EN. ESA SERING TIDUR DI PEJABATNYA DI GALERIA PERDANA JIKA BELIAU PULANG KE LANGKAWI KERANA BEKALAN ELEKTRIK DI KUARTERSNYA TELAH DIPOTONG. KADANG-KALA BELIAU MENGAMBIL FIUS DARI PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN ATAU KUARTERS YANG TIDAK BERPENGHUNI. INI MENYEBABKAN METER ELEKTRIK DI KUARTERSNYA MASIH BERJALAN WALAUPUN BEKALAN ELEKTRIK TELAH DIPOTONG. INI BERMAKNA EN. ESA BIN HARON TELAH MELAKUKAN PENYAMBUNGAN ELEKTRIK SECARA HARAM. TINDAKAN INI SANGAT MEMALUKAN BAGI SEORANG YANG BERGELAR PENGARAH. BELIAU JUGA BOLEH DILABELKAN SEBAGAI PENCURI KERANA MENCURI DARI TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD) KERANA MENGGUNAKAN ELEKTRIK SECARA HARAM.


·         NOMBOR METER ELEKTRIK BERKENAAN ADALAH 3102512677.  BIL DIBUAT ATAS NAMA KETUA PENGARAH. SAYA YAKIN PIHAK JMM TELAH MENUTUP KESALAHAN EN. ESA BIN HARON DENGAN MENJELASKAN BIL BERKENAAN. MOHON DISIASAT SEGERA PERKARA INI. SILA RUJUK TNB LANGKAWI. HUTANG EN. ESA BIN HARON KEPADA TNB ADALAH HUTANG PERIBADI. JANGAN DIBAZIRKAN WANG KERAJAAN DAN WANG PEMBAYAR CUKAI UNTUK MEMBAYAR HUTANG BERKENAAN.



·         SAYA YAKIN BUKTI-BUKTI TELAH DIHAPUSKAN SETELAH EN. ESA BIN HARON MENGETAHUI BELIAU AKAN DISIASAT. PIHAK JMM DAN KPKK JUGA BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI KERANA PERLU MELINDUNGI KEPENTINGAN `ORANG DALAM’ YANG TERLIBAT DAN MENJAGA NAMA BAIK JABATAN DAN KEMENTERIAN.



5. En.Khairol Azlan bin Ishak

Beliau telah membakar artifak barangan Tun Dr. Mahathir atas arahan En.Esa bin Haron. Selain itu, beliau pernah mengambil duit di kaunter tiket di Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: PENJELASAN MEMBAKAR ARTIFAK ADALAH SEPERTI DI PARA 4 DI ATAS. TUDUHAN TERHADAP ENCIK KHAIROL MENGAMBIL DUIT DI KAUNTER TIKET DI GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI SEMASA MENJAGA KAUNTER TIKET ADALAH TIDAK BERASAS. SEKIRANYA IA BERLAKU PASTINYA JUMLAH KUTIPAN DAN JUMLAH PENGELUARAN TIKET TIDAK SAMA. SABAN HARI PENGIRAAN HASIL KUTIPAN AKAN DILAKUKAN DAN HASIL JUALAN MESTILAH SAMA DENGAN NILAI TIKET YANG DIKELUARKAN. SETAKAT INI TIADA LAPORAN YANG MENYATAKAN BERLAKU PENYELEWENGAN DALAM PENGURUSAN TIKET.



JAWAPAN:



·         PERLU DIINGATKAN BAHAWA EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK ADALAH RAKAN SEKUTU EN. ESA BIN HARON. SEBAGAI SEORANG PEMBANTU MUZIUM, BELIAU SEHARUSNYA MEMILIKI PERASAAN MENYAYANGI ARTIFAK WARISAN NEGARA DAN SEDAR TINDAKANNYA MEMBAKAR ARTIFAK BARANGAN TUN MAHATHIR ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK WAJAR.



·         SETELAH MENYEDARI TERDAPAT PENYELEWENGAN DI KAUNTER TIKET GALERIA PERDANA (STAF MENGAMBIL DUIT DI KAUNTER TIKET UNTUK KEGUNAAN PERIBADI), BARULAH SISTEM KUTIPAN KAUNTER TIKET YANG BARU DILAKSANAKAN. SISTEM BARU INI MENYUKARKAN PENYELEWENGAN DARIPADA BERLAKU TETAPI TIDAK MUSTAHIL PENYELEWENGAN MASIH BERLAKU. MISALNYA, STAF MEMBERI TIKET PERCUMA KEPADA KAWAN-KAWAN ATAU AHLI KELUARGA YANG DATANG BERKUNJUNG KE GALERIA PERDANA. TIKET KADANGKALA DIBERI UNTUK MENINGKATKAN JUMLAH PELAWAT DAN KADANGKALA DIBIARKAN MASUK BEGITU SAHAJA. JADI PENIPUAN BOLEH BERLAKU SEKIRANYA TIKET DIKELUARKAN TETAPI WANG TIDAK ADA ATAS ALASAN MEMBERIKAN TIKET PERCUMA.


·         EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK JUGA MERUPAKAN PENJAWAT AWAM YANG TIDAK BERMORAL DAN MENCEMAR NAMA BAIK PENJAWAT AWAM YANG LAIN. BELIAU SERING TERLIBAT DENGAN PERGADUHAN KERANA SIFAT PANAS BARANNYA. BELIAU PERNAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL KERANA CEDERA BERGADUH. MALAH BELIAU PERNAH MENCEDERAKAN STAF GALERIA PERDANA DAN MENGUGUT MENCEDERAKAN STAF YANG LAIN. SELAIN ITU, KERANA MENJADI RAKAN SEKUTU EN. ESA BIN HARON, MAKA BELIAU MERASAKAN BAHAWA BELIAU ADALAH `KEBAL’. JESTERU BELIAU BERANI MELAWAN PEGAWAI ATASAN DAN TIDAK MENGHORMATI STAF YANG LEBIH LAMA BEKERJA DI GALERIA PERDANA (STAF SENIOR).  


·         EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK SERING PONTENG KERJA. MISALNYA, BELIAU AKAN BALIK KE RUMAHNYA DI KUARTERS GALERIA PERDANA DALAM TEMPOH YANG LAMA MESKIPUN DALAM WAKTU KERJA. BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG PEMBANTU MUZIUM YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK BERETIKA KERANA SERING MEROKOK DI DALAM MAKMAL DAN STOR GALERIA PERDANA DAN DI DALAM GALERIA PERDANA. BAYANGKAN SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN YANG MEMUSNAHKAN ARTIFAK YANG BERNILAI JUTAAN RINGGIT HANYA KERANA SEBATANG ROKOK. MALAH KETIKA BULAN RAMADHAN, BELIAU AKAN PONTENG PUASA BERSAMA BEBERAPA STAF GALERIA PERDANA YANG LAIN DAN MAKAN DI GALERIA PERDANA. BAYANGKAN JIKA PERBUATAN INI DILIHAT OLEH PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA. APA TANGGAPAN MEREKA TERHADAP KAKITANGAN KERAJAAN DAN ORANG ISLAM?


·         SELAIN ITU, EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK TELAH BEBERAPA KALI MEROSAKKAN ARTIFAK DAN MEMECAHKAN ARTIFAK SEPERTI PASU PORSELIN KERANA SIKAP BELIAU YANG CUAI DAN BEKERJA SAMBIL LEWA. ARTIFAK YANG TELAH DIROSAKKAN TIDAK DIREKODKAN DAN ADA YANG TELAH DIBUANG. HANYA KADANG KALA SAHAJA ARTIFAK ITU DIBAIK PULIH. KEHILANGAN INI TIDAK DISEDARI KERANA JUMLAH ARTIFAK SEBANYAK 9 RIBU LEBIH DI GALERIA PERDANA MASIH BELUM DIDOKUMENTASIKAN SECARA TERATUR WALAUPUN TELAH DITEGUR OLEH JABATAN AUDIT. INI KERANA SIKAP PEMBANTU MUZIUM SEPERTI EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK YANG TIDAK BEKERJA SECARA SISTEMATIK MENYEBABKAN BARANGAN YANG DIPAMERKAN TIDAK DILETAKKAN DI TEMPATNYA SEMULA DI DALAM STOR LALU MENYEBABKAN KEHILANGAN ARTIFAK TIDAK DISEDARI.


6. Pn.Rohani binti Hassan

Beliau menjadi batu api dalam mengganggu keharmonian sehingga menyebabkan terjadinya permusuhan di antara staf-staf Galeria Perdana serta memusnahkan perpaduan di kalangan staf-staf Galeria Perdana,Langkawi. Selain itu,beliau juga ada menjalinkan hubungan sulit dengan staf lelaki Galeria Perdana iaitu En.Khairol Azlan bin Ishak dan Mohd Nazri bin Mohd Sati, termasuklah En.Esa bin Haron sendiri. Beliau juga turut terlibat dalam mengambil wang di kaunter tiket Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: TUDUHAN PUAN ROHANI MENGAMBIL WANG DI KAUNTER JUGA ADALAH SEPERTI JAWAPAN DI PARA 6 DI ATAS. BERKAITAN HUBUNGAN SULIT ANTARA PUAN ROHANI DENGAN STAF-STAF LELAKI SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN KERANA TIADA BUKTI YANG JELAS DAN KUKUH BAGI MENYOKONG TUDUHAN INI.

JAWAPAN:



·         PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH WANITA LICIK YANG MENGGUNAKAN AIR MATA DAN RASA SIMPATI UNTUK MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN BAGI KEPENTINGAN DIRI BELIAU. BELIAU INGIN KEKAL MENJADI TUMPUAN DI GALERIA PERDANA DAN AKAN MENYINGKIRKAN SESIAPA SAHAJA YANG DILIHAT DAPAT MENGGUGAT KEDUDUKAN BELIAU MESKIPUN BELIAU HANYALAH PEMBANTU TADBIR. ADALAH TIDAK MUSTAHIL PN. ROHANI BINTI HASSAN MENGGUNAKAN SIHIR DAN ILMU HITAM BAGI MENGAWAL GALERIA PERDANA. BEBERAPA ORANG STAF TELAH MENJADI MANGSA BELIAU. MUNGKIN ADA PIHAK YANG AKAN MENYANGKAL DAKWAAN INI DENGAN MENYATAKAN BAHAWA IA ISU YANG TIDAK RELEVEN. NAMUN, SEBELUM PIHAK BERWAJIB `LEPAS TANGAN’ AKAN ISU AKIDAH DAN MORAL YANG MELIBATKAN PENJAWAT AWAM INI, PERLU DIINGATKAN SUATU KETIKA DAHULU PERNAH DIUSULKAN ISU PENGGUNAAN SIHIR DAN ILMU HITAM DIBAWA KE MUKA KEADILAN. NAMUN, KERANA AGAK MUSTAHIL UNTUK MENDAPATKAN BUKTI HITAM PUTIH, MAKA UNDANG-UNDANG INI SUKAR DILAKSANAKAN. DIMINTA PIHAK BERWAJIB YANG ARIF MENGENAI ISU INI TURUN MENYIASAT DI GALERIA PERDANA MEMANDANGKAN GALERIA PERDANA SUDAH MENJADI KUCAR-KACIR KERANA PERBUATAN PN. ROHANI BINTI HASSAN.



·         UNTUK MEMASTIKAN SEMUA TUMPUAN DIBERIKAN KEPADA BELIAU DAN MENYINGKIRKAN `PESAING’ BELIAU, PN. ROHANI BINTI HASSAN TELAH BERTINDAK MEMFITNAH BEBERAPA ORANG STAF DAN MENJADI BATU API DALAM MENGGANGGU KEHARMONIAN SEHINGGA MENYEBABKAN TERJADINYA PERMUSUHAN DI ANTARA STAF-STAF GALERIA PERDANA SERTA MEMUSNAHKAN PERPADUAN DI KALANGAN STAF-STAF GALERIA PERDANA, LANGKAWI. INI BUKANLAH OMONGAN KOSONG KERANA PN. ROHANI BINTI HASSAN SEMEMANGNYA `TERKENAL’ KERANA PERASAAN HASAD DENGKI DAN PERNAH `MELAGA-LAGAKAN’ BEBERAPA PIHAK DAN MASIH MAMPU BERMUKA TEMBOK DAN BERSIKAP SEPERTI TIADA APA YANG BERLAKU WALAUPUN TELAH `DITANGKAP’ MENJADI `BATU API’.



·         PN. ROHANI BINTI HASSAN JUGA JUGA ADA MENJALINKAN HUBUNGAN SULIT DENGAN STAF LELAKI GALERIA PERDANA IAITU EN.KHAIROL AZLAN BIN ISHAK DAN MOHD NAZRI BIN MOHD SATI, TERMASUKLAH EN.ESA BIN HARON SENDIRI. SETELAH DISIASAT, PN. ROHANI BINTI HASSAN KURANG BERINTERAKSI DENGAN EN.KHAIROL AZLAN BIN ISHAK, MOHD NAZRI BIN MOHD SATI DAN EN.ESA BIN HARON KERANA MEREKA TAKUT RAHSIA MEREKA AKAN TERDEDAH. SEBELUM INI, EN.KHAIROL AZLAN BIN ISHAK YANG BARU BERKAHWIN TINGGAL BERSENDIRIAN DI KUARTERS GALERIA PERDANA KERANA ISTERINYA BERTUGAS DI TEMPAT LAIN. BAGI EN.ESA BIN HARON PULA, MESKIPUN BERISTERI DUA, BELIAU TINGGAL BERSENDIRIAN DI KUARTERS GALERIA PERDANA. JESTERU, PN. ROHANI BINTI HASSAN MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENJALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN EN.KHAIROL AZLAN BIN ISHAK DAN EN.ESA BIN HARON BAGI MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA DI GALERIA PERDANA. SEBELUM INI, MOHD NAZRI BIN MOHD SATI PERNAH TINGGAL SELAMA LEBIH DUA TAHUN DENGAN PN. ROHANI BINTI HASSAN WALAUPUN KETIKA ITU PN. ROHANI BINTI HASSAN TELAH BERKAHWIN.





·         MUNGKIN ADA PIHAK YANG BERANGGAPAN DAKWAAN KE ATAS PN. ROHANI BINTI HASSAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGAIBKAN BELIAU. MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYATAKAN PERLU DIKEMUKAKAN BUKTI UNTUK MENYABITKAN MEREKA DENGAN DAKWAAN INI. SEKALI LAGI DITEGASKAN TERDAPAT PEMBABITAN SIHIR DAN ILMU HITAM DALAM KES INI. BUKTI BOLEH `DIKABURI’ MENGGUNAKAN SIHIR DAN ILMU HITAM. ILMU PUKAU JUGA BOLEH MENGABURI PIHAK YANG DATANG MENYIASAT. SUKAR UNTUK MENCARI SAKSI KERANA PERBUATAN TERKUTUK PN. ROHANI BINTI HASSAN DILAKUKAN SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI. JIKA UJIAN POLIGRAF DIJALANKAN KE ATAS MEREKA SEKALIPUN, SIHIR DAN ILMU HITAM MAMPU MENGUBAH KEBENARAN UJIAN BERKENAAN. MOHON PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN DENGAN BAHAGIAN KEAGAMAAN MENYIASAT KES INI KERANA KES INI TELAH MENCEMAR NAMA BAIK AGAMA ISLAM. PN. ROHANI BINTI HASSAN SEMESTINYA AKAN MENAFIKAN DAKWAAN INI DENGAN SEKERAS-KERASNYA DAN AKAN CUBA MERAIH SIMPATI DENGAN `BERLAKON’ MENGGUNAKAN AIR MATA. APA YANG DISEBUT DI SINI BENAR-BENAR BERLAKU DAN KEPINCANGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA INI TELAH MELIBATKAN ISU AKIDAH DAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PIHAK BERWAJIB UNTUK MENYIASAT PERKARA INI AGAR INSTITUSI PERKHIDMATAN AWAM DI NEGARA INI TIDAK DICEMARI DENGAN  KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK YANG MENJIJIKKAN SEPERTI PERBUATAN PN. ROHANI BINTI HASSAN. ADALAH DIYAKINI PN. ROHANI BINTI HASSAN, EN.KHAIROL AZLAN BIN ISHAK, MOHD NAZRI BIN MOHD SATI DAN EN.ESA BIN HARON TIDAK AKAN MENGAKU PERBUATAN KEJI MEREKA SEKALI PUN JIKA DIPAKSA MENGANGKAT SUMPAH DENGAN AL-QURAN. SEMOGA PERBUATAN TERKUTUK INI MENDAPAT PEMBALASAN YANG SETIMPAL DARIPADA TUHAN.





·         PN. ROHANI BINTI HASSAN JUGA TERLIBAT DALAM MENGAMBIL WANG DI KAUNTER TIKET GALERIA PERDANA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI SEMASA MENJAGA KAUNTER TIKET. ADA JUGA PIHAK YANG MEMPERTIKAIKAN BAHAWA PN. ROHANI BINTI HASSAN JARANG MENJAGA KAUNTER NAMUN MASIH MENERIMA ELAUN MENJAGA KAUNTER TIKET. PERBUATAN MENCURI BELIAU JUGA SUKAR DIKESAN KERANA PERBUATAN BERKENAAN DILAKUKAN KETIKA BERSAMA-SAMA MENJAGA KAUNTER TIKET DENGAN RAKAN SEKUTUNYA IAITU MOHD NAZRI BIN MOHD SATI DAN EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK. MEREKA BERSAMA-SAMA MENYEMBUNYIKAN PERBUATAN MENCURI MEREKA DAN PENYELEWENGAN YANG TELAH DILAKUKAN.





7. En. Mohd Nazri bin Mohd Sati

Bersubahat dan menyembunyikan perbuatan Pn. Rohani binti Hassan mengambil wang di kaunter tiket Galeria Perdana untuk kegunaan sendiri semasa menjaga kaunter tiket.



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: PENJELASAN PERKARA INI ADALAH SEPERTI DI PARA 6 DI ATAS.


JAWAPAN:



·         SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN, HUBUNGAN TERLARANG ANTARA PN. ROHANI BINTI HASSAN DAN MOHD NAZRI BIN MOHD SATI TELAH MENYEBABKAN MOHD NAZRI BIN MOHD SATI SANGGUP MENYEMBUNYIKAN PERBUATAN MENGAMBIL WANG DI KAUNTER TIKET OLEH PN. ROHANI BINTI HASSAN. MALAH `KESETIAAN’ MOHD NAZRI BIN MOHD SATI TERHADAP PN. ROHANI BINTI HASSAN  TIDAK DAPAT DISANGKAL MEMANDANGKAN MEREKA PERNAH TINGGAL BERSAMA. SELAIN ITU, MOHD NAZRI BIN MOHD SATI SENDIRI BERTINDAK MENGAMBIL WANG DI KAUNTER TIKET UNTUK KEGUNAAN PERIBADI.





RUMUSAN



MENURUT LAPORAN  JMM DAN KPKK: HASIL SIASATAN MENDAPATI ADALAH SUKAR UNTUK MENSABITKAN SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN JENAYAH ATAU TELAH MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993  TANPA ADA BUKTI YANG BOLEH MENYOKONG ATAU SAKSI YANG BENAR-BENAR ADIL. TUDUHAN YANG DILEMPARKAN  ADALAH BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN MARUAH DAN KREDIBILITI SESEORANG DAN BERSIFAT SURAT LAYANG SEMATA-MATA. JABATAN MUZIUM MALAYSIA TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR KEPADA PENGAMAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN SERTA SENTIASA AKAN MEMBERIKAN KERJASAMA YANG SEPENUHNYA JIKA DIPERLUKAN.

JAWAPAN:



·         HASIL SIASATAN MENDAPATI ADALAH SUKAR UNTUK MENSABITKAN SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN JENAYAH ATAU TELAH MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993  TANPA ADA BUKTI YANG BOLEH MENYOKONG ATAU SAKSI YANG BENAR-BENAR ADIL. = BUKTI YANG ADA TELAH DISEMBUNYIKAN DAN ADA YANG TELAH DIMUSNAHKAN. SEPERTI YANG TELAH SAYA MAKLUM,  TERDAPAT `INFORMER' DI DALAM JABATAN MUZIUM MALAYSIA (JMM) YANG TELAH MEMBERITAHU EN.ESA BIN HARON MENGENAI EMAIL `WHISTLE BLOWING' YANG DIHANTAR. INI MENYEBABKAN EN. ESA BIN HARON BERTINDAK MENGHAPUSKAN BUKTI DAN CUBA MENUTUP KESALAHAN BELIAU. SAKSI YANG BENAR-BENAR ADIL DI GALERIA PERDANA SUKAR UNTUK TAMPIL KE HADAPAN KERANA TAKUT `DIHENTAM’ SEKIRANYA BERSUARA.



·         DAKWAAN YANG DIBUAT BUKANNYA BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN MARUAH DAN KREDIBILITI SESEORANG DAN BERSIFAT SURAT LAYANG SEMATA-MATA. APA YANG DIDAKWA BENAR-BENAR TERJADI. OLEH SEBAB ITULAH DIGESA AGAR PIHAK BERWAJIB TURUN MENYIASAT DAN BUKANNYA MENYERAHKAN SIASATAN BULAT-BULAT KEPADA PIHAK JMM DAN KPKK KERANA PIHAK JMM DAN KPKK PASTI TIDAK MAHU NAMA JABATAN DAN KEMENTERIAN MEREKA TERCEMAR LEBIH-LEBIH LAGI MENJELANG PILIHAN RAYA YANG AKAN DIADAKAN. SEKIRANYA ISU INI TERSIAR DI TELEVISYEN DAN DADA AKHBAR, MASYARAKAT PASTI AKAN MEMANDANG SERONG TERHADAP PENJAWAT AWAM LEBIH-LEBIH LAGI SETELAH KERAJAAN MENGUMUMKAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM.


·         JABATAN MUZIUM MALAYSIA TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR KEPADA PENGAMAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN SERTA SENTIASA AKAN MEMBERIKAN KERJASAMA YANG SEPENUHNYA JIKA DIPERLUKAN. = INI ADALAH IKRAR UNTUK SENTIASA BERLAKU BENAR DAN TELUS. NAMUN MENGAPA JMM MASIH BERTOLAK ANSUR KEPADA EN. ESA BIN HARON? MENGAPA PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA DIBIARKAN DAN DILINDUNGI? ADAKAH KERANA INGIN MELINDUNGI KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU?



·         SELAIN ITU, ISU EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK DAN PN. ROHANI BINTI HASSAN YANG TIDAK MENGHORMATI SERTA MELAWAN ARAHAN PEGAWAI ATASAN JUGA TIDAK DIJELASKAN.



·         DAKWAAN EN. KHAIROL AZLAN BIN ISHAK DAN PN. ROHANI BINTI HASSAN  MENGHASUT DAN MEMPENGARUHI EN.ESA BIN HARON UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PEKERJA LAIN (PEGAWAI ATASAN) TERMASUK PEMECATAN BERDASARKAN ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH SERTA TUDUHAN MELULU BERUNSUR PERIBADI JUGA TIDAK DIJELASKAN.



·       ADUAN INI DIBUAT ATAS DASAR KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA. SAYA BERHARAP ADUAN INI MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA DAN PIHAK BERWAJIB MENYIASAT SEMULA ISU PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI GALERIA PERDANA DENGAN TELITI DAN BUKAN SEKADAR `MELEPASKAN BATUK DI TANGGA’.

No comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...