TERKINI :

Thursday, March 21, 2013

Wartawan Utusan nak ke Harakah?

Oleh H FANSURI

Orang Utusan nak kerja Harakah?Baru-baru ini, pemberita Utusan Malaysia mengajak saya berbual-bual dengan saya. Antara isunya adalah hal kemelut kerja di tempat mereka.
 
Seperti biasa, saya pun bercerita juga hal kemelut kerja yang semakin kalut menjelang hari-hari pembubaran Parlimen dan penggulingan Najib Razak ini.
 
Perkongsian rasa dan pertukaran pemikiran itu boleh dikatakan seimbang. Kejujuran itu menyebabkan kami tidak meng'SB'kan antara satu sama lain.

Ya, ada gurau-gurau juga sepanjang bualan itu. MUngkin sama juga dengan ahli-ahli Parlimen BN dan PR yang bergaduh dalam pembentangan, tetapi siap bergelak ketawa semula selepas berlabun di cafe! 

Tapi wartawan tak pandai hendak hipokrit. Kisah Lahad Datu juga berbangkit. Hal ini tentu saja laris dalam bualan. Ia adalah hal kedaulatan negara. Maka setiap jiwa pasti akan dihanyutkan oleh kisah ini setiap saat setiap ketika.

"Kalau dah menang nanti, kalau ada kerja kosong Harakah, bagtahulah," kata beliau, dengan nada gurau. 
 
Pemberita itu turut mengetahui kisah-kisah wartawan Utusan yang kini sudah giat menulis dalam Harakah juga. 

"Orang-orang macam Subky Latiff..." dia sekadar menyebut beberapa nama lain juga. Dia kecewa Said Zahari (mantan KP Utusan) tidak dipanggil untuk menulis kolum di Utusan. 
 
Saya beritahu juga bahawa Utusan Malaysia dahulu tidak seperti yang wujud hari ini. Utusan di bawah Pak Said melaporkan hal parti secara seimbang.
 
Sejak Usman Awang, Said Zahari tewas dalam peristiwa Mogok Utusan, 1961, maka Utusan sudah tidak sunyi daripada saman-menyaman.

Hasmuni Awi dalam satu mesyuaratnya bersama wartawan Harakah dahulu turut menyatakan hal sedemikian. Kata beliau, sejak 1960-an, Utusan amat mewah dengan surat-surat saman daripada pihak-pihak tertentu.
 
Maka, memang sejak 1961, ketika semua wartawan revolusioner ditendang oleh Umno, akhbar itu berterusan diburu kuasa kehakiman atas dosa fitnah.
 
Segelas nescafe dihirup bersama kebab ayam dan nasi mandy. Di Restoren Rawsha malam itu, suasana tenang. Mereka pun minta diri untuk pulang.
 
Di akhir bualan, mereka hadiahkan Utusan Malaysia kepada dalam keadaan rasa serba salah. Entah bagaimana mereka tahu saya pulaukan Utusan.
 
"Saya rasa, awak ni mungkin ada masalah dengan akhbar ini," kata beliau, sambil menyerahkan senaskhah akhbar tersebut. Saya tersenyum sahaja.
 
"Memang saya pulaukan, tetapi wartawan mereka saya hargai," kata saya lagi. Di sinilah peluang untuk saya jelaskan pendirian seorang revolusioner.
 
Kalau saya pulaukan, kenapa saya terima jemputan makan malam bersama mereka itu. Bukan tiada pengikut ajaran Tauhid dalam istana Firaun di Mesir. Akhirnya, semua mereka dibunuh setelah identiti mereka terdedah.
 
Antara yang dibunuh adalah Masyitah, seorang penyikat rambut puteri Firaun yang masyhur itu. Kuburnya harum mewangi kerana sabar menyembunyikan imannya pada zaman-zaman Musa a.s menggulingkan rejim Fir'aun.
 
Ya, wartawan Utusan dalam gurau itu sedang cari ruang juga untuk bekerja di Harakah. Entah bagaimanalah Umno melayan mereka selama ini?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...