TERKINI :

Thursday, March 7, 2013

Sudah TV3 & UTUSAN tak mau..lalu radio Filipina yang temuramah dengan Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicadangkan supaya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan perkembangan di sabah sekarang.

"Saya mencadangkan agar dia membenarkan pertemuan formal antara dia dengan pemimpin pembangkang," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan ini, kata Anwar perlu untuk saling memahami dan bekerjasama.. "tetapi dia sebagaimana sebelum ini tidak pernah memberikan respon," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam wawancara khas melalui telefon dengan radio Filipina, Philippine Inquirer yang dirakamkan hari ini.

Anwar mengaku, ada perbezaan pendapat antara PM dengan pembangkang, "tetapi bila datang situasi di Sabah dan Lahad Datu sekarang, saya meminta dia membenarkan satu mesyuarat formal."

"Tetapi sebagaimana sebelum ini, dia tidak memberikan sebarang respon," kata Anwar ketika diminta oleh media itu untuk memberikan mesej beliau kepada perdana menteri, Najib.

Dalam wawancara itu juga, Anwar mengaku mempunyai hubungan baik dengan Pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari.

Namun Anwar menegaskan dia  tidak jumpa Sultan Sulu ini dan tidak tahu dakwaan ini (yang mengatakan  beliau mempengaruhi mereka ke Sabah).

"Saya berjumpa Misuari dan beberapa tahun kebelakangan ini di Jakarta dan kami berbincang hal peribadi dan juga masa depan filipina.

"Saya juga kawan baik keluarga Aquino, kita berjumpa dari masa ke masa dan berbincang mengenai masa depan Mindanao, dia tahu pandangan saya menentang keganasan," jelas Anwar.

Berhubung dengan ke mana seharusnya Malaysia dan Filipina pergi selepas ini, Anwar meminta supaya apa yang berlaku sekarang di dikhususkan kepada isu keselamatan Malaysia, Sabah dan kawasan persekitarannya.

"Saya tidak setuju ia dikembangkan kepada pertempuran dengan orang Sulu atau Filipina," tegas Anwar.

Beliau mengharapkan, hubungan dua hala perlu dikekalkan dengan baik termasuklah hubungan dagang, ekonomi, budaya dan juga pendidikan, "perjalanan kita masih jauh."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...