TERKINI :

Wednesday, March 6, 2013

Sepanas di #LahadDatu.. ini Lagi panas dengan bekas PANGLIMA TENTERA joint PKR..

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Masuk PKR Hari Ini 


PETALING JAYA, 6 MAC: Mantan Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Md Hashim Hussein hari ini mengumumkan kesediaan untuk menabur bakti dan idea berhubung sistem pertahanan keselamatan negara bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Sambil ditemani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman ini dibuat seiring dengan langkah yang diambil oleh beberapa bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia terasuk mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, ini merupakan masa yang tepat memandangkan sebelum ini pelbagai pihak menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan berhubung penyertaan di dalam Pakatan Rakyat.

Menceritakan pengalaman berkhidmatan selama lebih 40 tahun sebagai anggota pertahanan negara, beliau bersependapat dan mengakui apa yang dijelaskan oleh Jeneral(B) Datuk Abdul Ghafir adalah benar.

“Suara naluri pada diri saya berkocak dan bergelora. Semasa saya Panglima Tentera Darat, timbalan saya Datuk Ghafir.

“Dia sebut semasa beliau bertugas di Namibia mengenai peralatan, pakaian dan ambulan. Pegawai pertama berkongsi dengan saya, apa yang diceritakan Datuk Ghafir adalah betul. Takkan kita ingin pertikaikan.

“Kami telah pergi ke utara dan singgah di Pulau Mutiara. Disitu ada dua kem pasukan besar. Yang menyedihkan saya sebagai pesara tentera keadaan bangunan tepi pagar pun daif.

“Siapa yang kecam kenyataan Datuk Ghafir, saya sudah tengok sendiri.
“Kalau saya boleh berkongsi sebenarnya kem-kem tentera ini luaran sahaja nampak cantik, dalam MasyaAllah dari segi tempat tinggal, tandas dan perabot,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Di dalam tempoh perkhidmatan, Tan Sri Md Hashim pernah menyandang jawatan Pegawai Memerintah 11 RAMD, Komandan LATEDA selain dilantik sebagai Komander pertama untuk mengetuai Batalion Malaysia (MALBAT) dalam misi UN Protection Force (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina.

Pada 13 Ogos 1994, beliau dilantik sebagai Panglima 10 Briged Para pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dan seterusnya mengambil alih jawatan Panglima Tentera Darat mulai 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.

Beliau juga merupakan pegawai pertama yang diberi penghormatan di US Army Command dan General Staff Collage, Port Leavenworth Hall Of Fame.

Selain dipanggil untuk memberikan syarahan berhubung ketenteraan di beberapa negara, beliau turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan menjelang persaraan perkhidmatan mulai tahun 2003 sehingga tahun 2006.

Tan Sri Md Hashim juga merupakan Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan, Konvensyen Senjata Kimia di Kementeri Luar Negeri dari tahun 2006 sehingga tahun 2010.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...