TERKINI :

Thursday, March 21, 2013

[PANAS] Ada KCS berpakat dengan bakal MB Kedah untuk jatuhkan kerajaan negeri Kedah..!!

Tugasan Hakiki KCS dan Pakatan dengan Mukhriz Memutuskan Garisan Profersionalisme.
Oleh: Teropong Hikmat

http://www.yourcolor.net/academy/wp-content/uploads/2011/11/yourcolor-financial-reports.jpgPada Mac 2008, di Seri Mentaloon diadakan satu perjumpaan antara semua Pegawai KCS dengan Menteri Besar yang baru dilanti selepas menang Pilihanraya Umum ke -12. Antara ucapan YAB Ustaz Azizan yang menjadi sejarah ialah pembebasan KCS dari paksaan menyokong dan mendokong parti politik kerajaan yang memerintah kerajaan.

Antara ucapan MB ialah... Tuan-tuan dari kalangan yang terpelajar, apa yang tuan-tuan belajar di universiti, tuan-tuan gunakanlah untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan yang profersional. Saya tidak akan memaksa tuan-tuan bekerja untuk parti saya, tuan-tuan boleh menjadi UMNO, MCA, MIC atau apa saja parti yang tuan-tuan suka. Ini negara bebas, tuan-tuan berhak untuk menganuti sebarang kefahaman politik. Saya ada jentera parti saya yang telah bekerja memenangkan kami sebagai kerajaan yang memerintah negeri ini. Saya perlukan para pegawai yang profersional untuk berkhidmat kepada rakyat yang memilih kita semua".

Selepas ucapan pada malam itu, KCS bebas menyokong atau menentang PAS-PKR-DAP, tetapi mereka wajib profersional melaksanakan tugas hakiki pentadbiran dan menyimpan kerahsiaan maklumat tertentu berkaitan kerajaan. Mereka bebas menyokong BN-UMNO selagi tidak melakukan tugasan pentadbiran atas kehendak UMNO seperti yang pernah berlaku sebelumnya. Ramai yang mengistiharkan secara terbuka sokongan dan simpati mereka kepada UMNO, dan ia tidak membimbangkan MB.

Sepanjang 5 tahun ini, MB dan pimpinan politik bertindak secara adil dan saksama. Tiada KCS yang teraniaya, ditekan, ditukar sesuka hati atas kehendak politik. Malah senarai pertukaran KCS pun MB hanya perhatikan sahaja. Itu kehendak Setiausaha Kerajaan menyusun jentera pentadbirannya. Ada kala MB dimarahi penyokong dibawah kerana tidak campurtangan dengan tugasan KCS, malah MB lebih lembut dengan pegawai dari penyokong sendiri. MB sangat menghormati profersionalime pegawai, seperti mana dia profersional sebagai MB.

Sepanjang 104 tahun usia KCS, 66 tahun kewujudan UMNO dan 56 tahun negara Malaysia ini merdeka, ramai KCS memilih UMNO sebagai wadah politik mereka, ada yang tidak berparti dan ada yang memilih PAS, walaupun terlalu sedikit jumlahnya. Mereka semua hanya kenal BN-UMNO sebagai kerajaan, kenal pemimpin dan cara mereka memerintah. Ramai yang terikut dan terbalut dengan cara UMNO.

Bila YAB Ustaz Azizan membebaskan mereka untuk terus bersama pilihan mereka, tetapi harus profersional dalam tugasan, adakah bermakna mereka boleh bekerja dan berpartisipasi dalam kegiatan untuk menjatuhkan kerajaan? Bagi cerdik pandai seperti mereka yang layak diterima masuk menganggotai KCS daripada puluhan ribu anak Kedah lulusan universiti, mereka patut memahami sempadan tanpa garis yang 'digariskan' pada malam itu. Mereka boleh menjadi ahli pembangkang di Kedah, tetapi wajarkah mengadakan usaha dan rundingan dengan pembangkang untuk menumbangkan PR atas nama KCS?

PRU-13 semakin hampir dan hanya menghitung hari. Mukhriz Tun Mahadhir adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan sedang berusaha menjatuhkan PAS-PKR - DAP dari persada kuasa. Mengadakan pertemuan dan merundingkan tindakan para pegawai tadbir untuk membantu Mukhriz menumbangkan kerajaan adalah diluar batasan dan garis sempadan 'kebebasan' yang diberikan oleh YAB MB.

Tindakan Md Suhaimi Abdul Rahman, memimpin beberapa KCS junior mengadakan rundingan sulit dengan Mukhriz di Hotel Sentosa pada hari Khamis 7 Mac 2013 adalah satu kesilapan yang disengajakan. Tindakan itu terkeluar dari profersionalisme pegawai yang berkhidmat untuk kerajaan yang memerintah. Ia seperti seorang Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (TKSU) mengajak beberapa Pengarah dan Penolong Pengarah mengadakan rundingan dan perbincangan dengan Anwar Ibrahim atau Tg Hj Hadi Awang untuk menumbangkan BN di Putrajaya, pada waktu BN tidak membuat sebarang tindakan yang merugikan rakyat maupun pegawai. Kalau BN berperilaku seperti sekarang mungkin tindakan itu menjadi terpuji.

Kalau KSU itu membantu BN-UMNO atau PAS dalam ceramah atau mesyuarat parti atas kapasitinya sebagai ahli UMNO atau PAS, untuk mengukuhkan partinya, ia boleh diterima kerana dia memiliki hak itu sebagai rakyat Malaysia. Tetapi kalau dia berunding, mengajak rakan setugas sejawatnya atas kapasiti mereka sebagai pegawai yang menjalankan pentadbiran kerajaan yang melibatkan banyak rahsia dan maklumat sulit kerajaan, untuk berpakat merebahkan kerajaan memerintah, itu tidak wajar.

Tindakan mereka diketuai oleh Md Suhaimi Abdul Rahman selaku Pentadbir Tanah Kulim, Halim Hassan sebagai Penolong Pengarah UPEN, Nasrun sebagai Pegawai Tadbir KCS di JKR, Noorul Huda sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar, Junaidi Abd Rani sebagai Pegawai di SUK, Zainizam Zainon pegawai tadbir JPS dan yang lain-lain -10 orang semuanya. Apa salah MB dan Kerajaan PR sehingga mereka bersekedudukan dengan Mukhriz untuk merebahkan Ustaz Azizan dan PR di Kedah?

Apakah yang mereka rundingkan? Apa yang mereka hajatkan, apa mereka mahu? Saya rasa mereka sedang terjun ke telaga buruk!

1 comment:

orangpencen said...

nah....lagi sekali pimpinan pas kedah kena luku kepala oleh puak puak yang tak makan ajaq ni. so..tunggu apa lagi? nak tunggu sampai depa sepak kepala kut... buat baik tu perlu kena pada tempatnya...barulah bijaksana namanya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...