TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-4-OeBar0Z5E/VClwdCryreI/AAAAAAAAYmU/D45mzR3ZKHo/s1600/output_PvvRXl.gif

http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014



Wednesday, March 20, 2013

Mukriz yang bakal MB KEDAH dikatakan akan bertanding di Bukit Kayu Hitam..!!!

Mukhriz bertanding di Bukit Kayu Hitam?
MOHD SOFEE WAHAB
20 Mac 2013
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
 
Desas-desus mengatakan bahawa Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bakal bertanding di Dun Bukit Kayu Hitam.

Ada sumber mengatakan Ahli Parlimen berkenaan pernah dipelawa Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar untuk mengambil alih kawasan takluknya itu.

Ahmad Zaini berkata, sebelum itu beliau pernah mendengar ‘gosip’ tersebut melalui masyarakat sekitar Kubang Pasu namun, tidak menjadi masalah sekiranya benar Mukhriz mahu bertanding di kawasannya itu.

Menurutnya, beliau bersedia untuk ‘melepaskan’ kerusinya itu seandainya perkara yang diperkatakan masyarakat adalah benar.

“Saya tiada masalah dan mengalu-alukan kehadiran beliau (Mukhriz) ke kawasan ini. Apa yang penting adalah kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Apa yang diperkatakan rakyat kemungkinan adalah satu kebaikan untuk parti dan kita sentiasa menerima pandangan mereka kerana rakyat merupakan penentu kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun BN tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun, pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.

Bagi kerusi itu, ada desas-desus menyatakan kerusi calon BN, Ahmad Zaini yang menang dalam PRU12 menewaskan Che On Yusof dari PKR, mungkin akan digantikan nama lain.

Antara senarai nama disebut-sebut seperti Setiausaha Umno Kubang Pasu, Datuk Samsudin Ahmad serta Naib Ketua Umno Kubang Pasu iaitu Zulfitri Yaacob, yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dilihat mempunyai kelayakan sebagai muka baru dalam PRU13 kali ini.

Milik Saad atau tidak?

Dalam pada itu, nama Zulfitri turut dikatakan berpotensi mengisi kerusi Dun Jitra yang kini disandang calon BN, Datuk Saad Man, namun yang menjadi persoalan adakah ia masih kekal milik Saad atau tidak.

Pada PRU12 lalu, Saad menang dengan majoriti 2,258, apabila mendapat 12,065 undi menumpaskan calon Pas, Dr Rohani Abdul Mutalib hanya mendapat 9,807 undi.

Kejayaan ini meneruskan tradisi kecemerlangan BN pada PRU11 apabila turut dimenangi calon BN, Profesor Datuk Dr Othman Ishak dengan majoriti 5,756 undi.

Senario sebaliknya berlaku bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu kerana Umno Kedah mungkin akan mengekalkan muka lama untuk menjadi calon dalam PRU nanti kerana yakin akan meneruskan tradisi kegemilangan BN.

Pada PRU12, kerusi Parlimen Kubang Pasu dimenangi calon BN, Johari, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan majoriti 7,060 apabila mendapat 24,179 undi menewaskan calon Pas, Datuk Dr Abd Isa Ismail dengan 17,119 undi.

Menurut sumber, berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga kawasan berkenaan boleh dikatakan kawasan selamat bagi BN berbanding kawasan lain kerana percaya sokongan rakyat akan sentiasa berterusan sama ada calon lama kekal atau tidak.

Siapa Jamal Nasir?

Ura-ura mengatakan kombinasi parti Pakatan Rakyat (PR) akan mengetengahkan calon baru yang dilihat layak untuk bertanding dan nama yang disebut ialah Jamal Nasir.

Calon berkenaan dilihat berpotensi untuk bertanding di Dun Jitra atas tiket Pas kerana difahamkan Rohani hanya akan diberi peluang bertanding di Parlimen Kubang Pasu dan desas desus juga mengatakan bahawa Abd Isa akan menarik diri kali ini.

Jamal berkata, dia tiada masalah sekiranya dipertanggungjawabkan untuk bertanding di kawasan tersebut namun, sama ada dicalonkan ataupun tidak itu bergantung kepada Pas Pusat.

“Pengesahan sama ada pencalonan untuk bertanding di mana-mana kawasan belum mendapat kesahihannya dan saya menghormati keputusan yang dibuat Pas Pusat.

“Walau bagaimanapun, dengan semangat penyokong, hasil usaha yang dilakukan sebelum PRU13 kali ini, parti optimis kemenangan akan memihak kepada PR dan melalui program yang dianjurkan di sekitar Kubang Pasu membuktikan bahawa persediaan sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...