TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-nBJEWnq7b0Q/U_T1wDTVboI/AAAAAAAAX_E/4bNcGYWqrWA/s1600/output_rwY6mI.gif

http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
22/09/2014
http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014


Wednesday, March 6, 2013

Kibaran bendera menjelang PRU13

Oleh DR AMINUDIN MANSOR


KEMPEN pilihan raya semakin rancak. Perang strategi melalui kibaran bendera berlaku di mana-mana. Pemerhati dan penganalisis politik mengatakan, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah yang paling hangat dan bersemangat sejak berlangsungnya pilihan raya di negara ini kerana semuanya mahukan kemenangan untuk mendapat mandat rakyat.

Kajian dan pemerhatian ini berdasarkan kepada program perhimpunan dan juga usaha menghimpunkan para penyokong parti, sama ada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun dalam kalangan parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang disertai oleh Pas, DAP dan parti-parti lain. Isu demi isu dimainkan dan tuduh-menuduh menjadi permainan politik.

Menghimpunkan orang ramai atau penyokong parti bukannya senang. Memasang bendera parti di sepanjang jalan, di atas pokok dan juga di atas bangunan, atas puncak bukit tertentu juga bukan senang. Semuanya memerlukan upah dan semangat cinta akan parti sahaja dapat membuktikan bendera berkibar dengan megah.

Dalam pemerhatian penulis di beberapa kawasan pelbagai warna bendera menceriakan suasana yang berkibar bagaikan esok akan berlangsung PRU13. Baik bendera BN, Pas, DAP, PKR berkibar megah dan melambai-lambai pengundi.

Namun, strategi kempen melalui kibaran bendera ini kini dikatakan kurang berkesan dan tidak dapat menambat hati para pengundi. Kempen melalui ceramah, syarahan dan penerangan lebih dekat dengan hati rakyat, berkesan dapat memancing undi disebabkan ia terus didengar dan kadang-kadang termasuk akal serta diterima oleh para pengundi. Bagaimanapun ada juga ceramah yang kurang mendapat sambutan rakyat. Para penceramah terpaksa gunakan pelbagai pendekatan dan strategi. Isu dan cerita lama tak lagi diterima rakyat.

Jelaslah, politik itu umpama peperangan yang tidak berdarah. Peperangan politik menjelang pilihan raya juga memerlukan teknik dan kaedah yang tersendiri. Jika kaedah yang dilakukan biasa sahaja ia tidak berkesan. Kempen melalui Facebook, Twitter, blog dan sebagainya cepat diterima oleh generasi muda. Manakala golongan dewasa lebih santai mendengar ceramah dan kempen melalui penerangan dan ucapan.

Dalam hal ini, iaitu melalui ceramah dan juga kempen internet, setiap orang harus berfikir mencari dan meneliti asas kebenaran. Rakyat khususnya pengundi tidak harus dan mudah terpedaya dengan pelbagai kempen serta ceramah yang ada unsur-unsur fitnah boleh memecahbelahkan ummah.

Kejayaan sesebuah parti yang bertanding dalam PRU13 terletak pada sokongan rakyat terbanyak. Sokongan rakyat terbanyak pula banyak bergantung pada keberkesanan ceramah dan kempen di media baru yang ditujukan kepada generasi muda. Semuanya mempunyai kaitan dan pertalian panjang. Bagaimanapun, rakyat sudah lama menanti Parlimen dibubarkan.

Justeru, dalam kempen politik menjelang PRU13 ini, kita harus memahami, meneliti dan mengetahui perang saraf dan tipu muslihat yang dilakukan oleh mana-mana parti. Carilah kebenaran dan juga kekuatan parti yang boleh membela nasib rakyat pada masa depan.

Kejayaan pengundi adalah apabila dapat memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka - menjadi suara untuk menyuarakan permasalahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan juga di peringkat Parlimen.

Lantaran itu, kibaran bendera dan himpunan berjuta rakyat masih belum tentu dapat membuktikan kekuatan dan kemenangan bagi sesebuah parti bertanding. Tambahan pula yang berhimpun tidak mendaftar sebagai pengundi. Pemilihan wakil rakyat yang bertanding di peringkat Dun dan Parlimen hanya rakyat di kawasan tersebut yang akan menentukannya.

No comments:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...