TERKINI :

Monday, March 25, 2013

Jemaah Dato’-Dato’ Kedah dan YSB beri sumbangan untuk Tabung Wira Lahad Datu

ALOR SETAR - Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah Darul Aman menyumbang sebanyak RM20,000 untuk Tabung Wira Lahad Datu yang disampaikan oleh Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Sultan Badlishah yang diadakan di Istana Anak Bukit, di sini.

Turut sama menyampaikan sumbangan ialah Yayasan Sultan Bahiyah (YSB) yang diwakili oleh Pengerusi YSB, YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri DiRaj Tunku Puteri Intan Safinaz.

Setiausaha Jemaah Dato’-Dato’ Negeri Kedah, Dato’ Ismail Hamid berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah sebagai tanda simpati dan mengenang jasa perajurit dan perwira negara yang telah terkorban.


“Kematian mereka telah meninggalkan kesan yang besar kepada keluarga masing-masing dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya,” ujarnya.

Pengerusi Lembaga Amanah YSB, Dato’ Bijaya Indera Dato Seri Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh keluarga perajurit yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...