TERKINI :

Sunday, March 3, 2013

Isu Lahad Datu - Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) menyeru semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat

Nik Abdul Aziz Nik Mat


‎[admin] Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi menyelamatkan negara daripada musibah dan bala bencana setelah digemparkan dengan berlakunya pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah yang melibatkan anggota keselamatan negara.

Dewan Ulamak PAS Sabah yang diketuai oleh Ustaz Nuruddin Bin Ibrahim juga mencadangkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri Sabah untuk melakukan solat hajat bagi tujuan yang sama pada masa-masa tertentu.

"Kita minta kepada masyarakat Malaysia agar mendirikan solat hajat tak kira secara bersendirian ataupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah khususnya", kata Ustaz Nuruddin Ibrahim.

"DUPNS juga meminta pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengerahkan masjid dan surau di seluruh negeri supaya turut mendirikan solat hajat bagi memberi kebersamaan dalam memastikan negara kita terpelihara dari bahaya yang perlu kita hindari", tambah Ustaz Nuruddin lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...