TERKINI :

Wednesday, March 6, 2013

[Gempar] Jangan ingat BOM di #LahadDatu sahaja.. BOM di mahkamah awal tahun lalu apa cerita..??


Walaupun #LahadDatu bergegar kita jangan lupa BOM yang meletup di Mahkamah awal tahun dahulu...!

Apa yang berlaku pada 9 Januari 2012 dahulu? Pada hari tersebut tiga butir bom telah meletup di hadapan mahkamah Jalan Duta. Bom jangka ini meletup satu persatu sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan kes liwat Saiful. Suasana di hadapan pekarangan mahkamah dimana ada 15,000 orang berkumpul menjadi gempar. Ledakan bom ini memusnahkan kereta YB Elizebeth Wong dan beberapa buah kereta yang lain.

Apa sebenarnya makna ledakan bom ini? Bom jangka ini dipasang oleh ajen-ajen upahan.... Mustahil ini kerja Angkatan Muda Keadilan.

Tujuan bom ini diledakan jelas untuk menyediakan peluang kepada Utusan, Berita Harian, TV3 dan dan dan... memburukkan penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul dihadapan mahkamah. Ajen-ajen dan burua-barua upahan ini menjangkakan Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Bila Anwar didapati bersalah maka penyokong Anwar akan meledakan bom sebagai bantahan.

Sayang sekali sandiwara ini gagal kerana Anwar didapati TIDAK bersalah...dan BOM MELETUP... apa jadi dengan KES TERSEBUT????

[pertikan tulisan Tukar Tiub aka Hishamudin Rais]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...