TERKINI :

Thursday, March 21, 2013

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Oleh Aspan Alias

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya di jadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin ‘touch-n-go’ seperti yang di tuduh oleh pihak Chua Soi Lek itu kerana LKS merupakan pemimpin  parti yang di terima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau di terima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah di terima oleh semua kaum dan rakyat.
Tindakan CSL melabelkan LKS sebagi ‘touch-n-go’ itu hanya melambangkan ketakutan MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau adalah pemimpin ‘versatile’ dan di terima oleh rakyat di mana-mana.
CLS sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika CLS melabelkan LKS sebagai ‘touch-n-go’ saya pula ingin melabelkan CLS sebagai pemimpin ‘touch–no-go’ kerana beliau tidak dapat di terima oleh rakyat di kebanyakan kawasan dalam negara ini.

CSL lebih elok tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti yang semakin hampir kepada kematian. Sampai sekarang ini CLS masih teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh hendak 'equate' kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.
Biarkan DAP melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya ini.
Semasa itu nanti barulah MCA dan rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan Persekutuan kita ini.
Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.
Hanya BN sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan rakyat sendiri.
CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...