TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://gorgon0.readthisstory.net/my-7990890

http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
http://1.bp.blogspot.com/-PSXQm8gdB8M/U27scXFF43I/AAAAAAAAXBE/opeKQqKKodY/s1600/kedahlanie-mensdelayspray.gif
12/08/2014



Wednesday, March 6, 2013

Boleh sesiapa buat pencerahan tak... Petugas Insaniah yang dikatakan nie berapa % dari keseluruhan pekerja di sana..??

Petugas Insaniah anjur pentas Bersih Insaniah 2.0 di Padang Lumat Khamis ini

5 Mac 2013

ALOR SETAR - Petugas Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akan menganjurkan siri penerangan isu kolej itu yang betul dan sebenar dinamakan Pentas Bersih Insaniah 2.0 Khamis ini.

Program di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat, dekat Yan pada 9 malam itu adalah siri penjelajahan dan penerangan kedua selepas Pentas Bersih Insaniah yang pertama di Jalan Suka Menanti di sini minggu lepas.

Penolong Pendaftar Kanan Insaniah Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, yang mewakili petugas Insaniah, berkata objektif penganjuran ialah memperjelas isu sebenar berlaku dalam kolej itu berserta fakta dan bukti.

Beliau berkata petugas tidak mahu tindakan mereka menuntut hak daripada pengurusan tertinggi dikaitkan dengan mana-mana parti politik, dan agar masyarakat jelas serta tidak terkeliru dengan dakwaan palsu berkaitan isu Insaniah.

"Semua lapisan masyarakat dijemput hadir dan digalakkan memakai pakaian putih sebagai tanda sokongan. Pihak skuad Bersih Insaniah juga menjemput semua wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen negeri Kedah, dan juga semua pemimpin politik sama ada PAS, Umno, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan mana-mana parti politik lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Azki berkata mereka juga berharap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dapat hadir pada malam itu kerana lokasi penganjuran hanya 500 meter dari rumah beliau.

"Jangan nanti bila pemimpin dari parti lain datang, dia nak kaitkan kami dengan mana-mana parti politik pulak, tapi dia tak mau turun. Turun untuk dengar sendiri masalah rakyat Kedah yang berada dalam Insaniah, yang diabaikan kebajikan mereka," katanya.

Sebelum ini, petugas mendakwa kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu tidak membayar wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bank, insurans dan institusi kewangan lain sedangkan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Mereka mendakwa sikap Insaniah yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar petugas terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

Sehubungan itu, dua laporan polis dibuat beberapa petugas berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam Insaniah, dan satu aduan turut dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja berhubung perkara tersebut.

Petugas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Azizan mendakwa mereka ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej itu, sedangkan mereka hanya berjuang untuk hak dan kebajikan mereka.

Mereka turut mendesak Rektor Insaniah Profesor Datuk Dr Jamil Osman dan Azizan, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah, berundur dari kolej universiti itu. - Bernama

3 comments:

StaffSenior INSANiAH said...

Assalamualaikum dan salam Perjuangan kepada seluruh Rakyat Kedah secara amnya, dan kepada STAFF INSANIAH pada khasnya...

Saya terpanggil untuk menjawab berdasarkan fakta. Maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Sumber Manusia (PSM) INSANIAH bilangan STAFF INSANIAH ialah seramai 415 orang termasuk kakitangan akademik dan pentadbiran TIDAK TERMASUK INSANIAH HOLDING SDN. BHD. dan berstatus PINJAMAN

Keseluruhan akademik = 218 orang
Keseluruhan admin = 197 orang

Tetap adademik = 60 orang
Tetap ADMIN = 81 orang

BERSIH KUIN disokong lebih kurang 90% daripada kakitangan INSANIAH tetapi yang mewakili dan menyokong BERSIH KUIN secara terang²an adalah daripada kakitangan yang berjawatan TETAP sahaja. Manakala yang menyokong dari belakang tabir ialah kakitangan yang berstatus SEMENTARA, SAMBILAN, KONTRAK.

Majority Pengurusan Tertinggi
INSANIAH ialah berstatus KONTRAK termasuk REKTOR, JAMIL OSMAN.

adakah ini menjawab persoalan?
#bersihKUIN
#tolakJaZan

pahlawanhijau said...

Waalaikumsalam...saya bersetuju dgn ulasan yg diberikan oleh Staffsenior insaniah...dan disini saya ingin menambah sikit lagi...majoriti yang menyokong GERAKAN BERSIH KUIN ini ialah dari ahli dan penyokong pakatan rakyat terutamanya PAS..kami bersatu hati dan tenaga bersama-sama rakan UMNO di insaniah untuk menuntut hak2 kami...
#asal bulan AZIZAN

amar jawa said...

pada PRU 2008, Insaniah dicop sebagai kubu pembangkang dan majoritinya adalah PAS.
PRU2013, staf2 insaniah dicop sebagai sebagai ejen UMNO oleh ust Azizan apabila bersuara menuntut kebajikan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...