TERKINI :

Thursday, March 14, 2013

Bantuan Pendidikan Sek Agama - Negeri PR sekadar dapat one-off tapi negeri lain dapat bantuan tahunan.

Negeri Pakatan Rakyat masih dipinggirkan dalam bantuan pendidikan

ALOR SETAR – Pendidikan merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun masih terdapat unsur diskriminasi, di mana negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dipinggirkan oleh kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, laungan 1 Malaysia oleh kerajaan persekutuan yang dibangga-banggakan tidak membezakan fahaman politik, namun adalah sebaliknya.

“Sebagai wakil kerajaan negeri, saya telah hadir satu mesyuarat bantuan pendidikan di Kuala Lumpur bersama Kementerian Pelajaran, hasil daripada keputusan mesyuarat, kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada sekolah agama kepada semua negeri, tetapi empat negeri di bawah Pakatan Rakyat hanya dapat bantuan one-off saja, tetapi negeri lain dapat bantuan tahunan.


‘Inikah dinamakan negara yang adil…mengapa perlu pinggirkan negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat, jika tak ada negeri, maka tak adalah persekutuan,” ujar beliau pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Cina oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, amalan diskriminasi ini tidak menghalang kerajaan negeri untuk memperuntukkan jumlah wang yang banyak bagi memastikan sektor pendidikan di negeri ini terus cemerlang.

“Kita di peringkat negeri menitikberatkan pendidikan yang boleh melahirkan insan yang harmoni dan cerdik pandai, maka kerajaan negeri memperuntukkan banyak wang untuk pendidikan.

“Jika negara ini benar-benar mengamalkan demokrasi, mengapa kebebasan media disekat, di mana negeri-negeri Pakatan Rakyat sentiasa diserang dengan pelbagai tohmahan, namun tidak diberi peluang dan ruang untuk memberi jawapan.

“Sedangkan dalam undang-undang pun pihak tertuduh diberi peluang untuk membela diri dan memberi jawapan,” ujar beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...