TERKINI :

Thursday, March 14, 2013

Aura kebangkitan rakyat untuk berubah bertambah jelas

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-WGgSO0TZyxM/T7OhACx_ViI/AAAAAAAAPvE/jB8xNky3_Oo/s400/kedah-pakatan-300x202.jpg
Saya sudah berada di Kedah sejak tiga hari yang lepas dalam siri ceramah saya bersama Pakatan Rakyat. Kedah merupakan negeri yang selalu saya kunjungi untuk berceramah dan bertemu muka dengan orang ramai.

Daripada lawatan saya sebulan yang lalu dengan lawatan kali ini amat banyak kemajuannya. Saya telah berceramah dan bertemu di beberapa peti undi sejak dua hari yang lepas sebagai lanjutan kepada lawatan saya yang lalu.

Kali ini pertambahan sambutan amat memberangsangkan kerana tempat yang kurang sambutan dahulu telah berubah dengan drastik dan menampakkan sokongan baru yang lebih jelas sekali. Situasi sekarang akan diterjemahkan kepada undi dan nampak UMNO sudah hampir pasti menjadi sejarah. Beberapa kubu kuat UMNO telah berjaya di tembusi dan ramai ahli-ahli UMNO turut bersama dengan saya menghadiri majlis-majlis ceramah penerangan itu.


Aura kebangkitan rakyat di tempat-tempat yang saya lawati mendapat sambutan yang luar biasa, terutamanya di kawasan Parlimen Padang Terap dan kawasan-kawasan yang lain. Kali ini ahli-ahli UMNO datang mendengar penerangan kami secara terbuka dan tidak lagi menanti ketangan kami dengan batu seperti yang berlaku sebelum ini di serata negara kita.

Malam ini pihak PAS telah menguruskan lawatan saya ke Jitra. Insya-Allah akan mendapat sambutan lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...