TERKINI :

Friday, February 8, 2013

Wahai PIMPINAN PR - Jadikan TARIKH TETAP PRU sebagai salah satu janji anda..!!

Tetapkan tarikh PRU 5 tahun sekali
Oleh Lanh

BEKAS Menteri Penerangan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir da lam satu wawancara baru-baru ini berkata bahawa alangkah eloknya pilihan raya umum hanya diadakan secara tetap selepas kerajaan memerintah tamat tempohnya selama lima tahun. Antara lain, beliau berkata: “Tarikh akhir hayat Parlimen 28 April. Maknanya elok sangatlah semua jabatan kerajaan tidak terlibat dalam urusan yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk satu pihak

Ada juga kita dengar cadangan daripada pihak kerajaan sendiri, agar Parlimen dibubarkan dengan sendirinya pada 28 April. Ini satu cadangan yang cukup saya sokong dan ini pembaharuan yang amat baik untuk generasi kita akan datang.

“Biarlah apabila kerajaan itu dipilih, maka dia akan berkhidmat dalam satu penggal yang cukup. Lepas itu biarlah rakyat menentukan, baik buruknya dia, berdasarkan rekod dia untuk lima tahun itu. Kalau kerajaan yang ada sekarang buat keputusan begitu, saya mengalu-alukan. Ini adalah satu pembaharuan, satu transformasi politik yang cukup bijak.

“Hampir dua tahun, rakyat macam tak ada ketentuan. Banyak pelabur-pelabur 'wait and see' (tunggu dan lihat). Pelabur-pelabur yang nak buat macam-macam, dia 'wait and see'. Apabila nak buat pilihan raya, siapa nak menang. siapa nak kalah. Jadi kita rugi amat banyak. Pegawai-pegawai kerajaan pun tak dapat tumpu pada kerja-kerja dia. Orang-orang politik pun banyak main politik, tak tumpu pada kerja-kerja membuat kebaikan dan perbelanjaan pun semua banyak habis. Satu benda yang cukup rugi. Kalau dah dipilih untuk lima tahun, biar dia serve 'full five years'. Lepas tu bubar dengan sendirinya.

“Ini peluang keemasan untuk pihak kerajaan mengamalkan dasar baru ini. Maknanya, dah dekat sangat 28 April. Biar Parlimen, hayat dia mati dengan cara automatik. Lepas tu, isytihar, okey mulai sekarang kita nak pinda sikit, undang-undang pilihan raya ini supaya selepas ini semua pilihan raya ini akan diadakan tiap lima tahun sekali. Kerajaan yang dipilih akan 'serve' (khidmat) untuk rakyat selama lima tahun.”

Kita menyambut baik usaha penetapan tarikh pilihan raya umum ini dan percaya ia mengandungi banyak manfaat kerana sudah diuji dan membuahkan hasil yang cemerlang di banyak negara dunia hatta di Amerika Syarikat dan jiran kita Indonesia. Malah untuk pilihan raya (Pemilu Indonesia) berikutannya, tarikhnya sudah pun diumumkan – 9 April 2014.

Kebanyakan negara demokrasi dunia mempunyai jadual pilihan rayanya. Mungkin negara kita satu-satunya di mana ketua kerajaan (perdana menteri) mempunyai hak menentukan tarikh pilihan raya. Beliau berhak memanggil pilihan raya sekalipun tempoh mandat pemerintahan lima tahun belum tamat. Biasanya pilihan raya dilangsungkan pada ketika parti pemerintah yakin ia mendapat undi dan sokongan kuat rakyat. Ataupun pada ketika parti pemerintah berada dalam keadaan kuat dan selesa.

Berdasarkan ini teka-teki tarikh pilihan raya membayangi negara buat tempoh masa yang panjang. Misalnya untuk PRU13 ini, sejak akhir 2011 lagi sudah diheboh-hebohkan akan diadakan pilihan raya tetapi semuanya tidak menjadi sehingga kini. Sepanjang tempoh ini ‘politiking’ amat panas, menjadikan banyak kerja dan perancangan bukan saja di pihak kerajaan tetapi rakyat tergendala.

Misalnya, perbahasan hangat terjadi agar pilihan raya tidak dilangsungkan pada waktu tertentu seperti musim haji; semua ini menyumbang kepada ketidak-tentuan yang boleh membawa kepada pelbagai hal negatif seperti pembaziran masa dan tenaga manusia.

Sehubungan itu kita melihat bahawa ada keperluan mendesak untuk meminda undang-undang pilihan raya termasuklah menetapkan tarikh pilihan raya hanya selepas mandat sesebuah kerajaan memerintah sudah tamat. Apabila tarikh pilihan raya sudah ditetapkan awal, tidaklah urusan pelbagai pihak tergugat akibat ketidak-tentuan itu seperti yang berlaku sekarang ini

1 comment:

Anak Perelih said...

masalahnya automatik tarkh bubar parlimen lewat dari sesetengah negeri.. Johor 20 mac, n9 27 mac... nanti tergantung.. maksudnya kena kira tarikh dun paling awal terbubar automatik...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...